Wednesday, June 30, 2010

Kurang Asam Betul Tol Plus!!


Hari ni hari yang amat memenatkan aku. Seharian bekerja,aku terpaksa kesana-kesini last petang tadi aku ke Istana Mestika. Nukilan aku kali ni bukan kerana kerja, tapi perjalanan aku pulang dari kerja. Seperti biasa aku dalam perjalanan pulang ke rumahku di Kepong. Pergh!! jangan di tanya pasal jem,dasyat!. Tapi tidak mengapalah, aku sudah biasa dengan keadaan ini. Aku biasa mengambil jalan Highway Plus. Perjalanan aku akan bertambah lancar dan cepat pulang ke rumah sekiranya jalan ini ku ambil. Sampai sahaja aku di tol......Neraka Jahannam bermula. sampai jer aku kat tepi tol tu, wajah seorang "akak" terpacul keluar, dengan wajah yang macam mencuka memandang muka ku, aku hulurkan 2 helai wang kertas 1 ringgit dan 3 keping syiling 20 sen bersama tiket. Tiba-tiba, dia berkata" Hei, nanti dulu bagi wang kertas!" bernada kasar. Aku termangu seketika. Aku turutkan sahaja kehendak "akak" ini. tanpa memandang aku semula dia memandang ke skrin di meja dalam pejabat kotak 10x20 nya itu. aku meneruskan perjalanan aku. Persoalan di minda aku, kenapa dia bersikap kurang asam seperti itu, tidak bolehkah memberikan senyuman dan berkata sopan. Inikah yang di ajar di PLUS!!. Saya faham kedudukan akak yang terpaksa duduk di dalam kotak selama beberapa jam melayan kerenah pemandu lain, tapi ini tidak adil bagi saya. Jika "akak" tu tak nak bekerja di situ,bolehla berhenti. Dengan keadaan ekonomi kita yang tidak stabil ini, mustahil la "akak" ni nak buat kerja giler tu. Cuba ambil iktibar pada pekerja tol di Jalan Duta suatu ketika dahulu, tol itu terpaksa ditutup dan beratus hilang pekerjaan. Perlukah insan "akak" ni mengalami nasib yang sama baru sedar kesalahan yang telah dilakukan. Ingatlah sekiranya anda rasa kerja anda paling teruk, banyak lagi kerja yang lebih teruk lebih hina dari kerja anda. Tepuk dada Tanya selera.....

Monday, June 28, 2010

Porno Asia Semakin Hangat


Adakah manusia semakin bodoh atau bangang? pening kepala ku memikirkan persoalan ini. Pelbagai isu baru timbul di benua asia dalam tahun ini. Kejatuhan pentadbiran Jepun dimana parti kerajaan tewas kepada pembangkang, kehilangan pulau batu putih kepada Singapura, jatuhnya pemerintahan parti buruh di Australia dan perdana menteri wanita baru dipilih, rusuhan di Cina dan pengboman di India..tetapi tiada yang lebih hangat daripada tayangan perdana "PeterPorn" yang mana jumlah kutipan kasar telah mencapai 100 ribu pengunjung. Lakonan hebat Ariel dan Luna Maya menjadi tarikan utama filem ini. Hasil kreativiti yang unik kerana penggambaran hanya mengambil masa yang singkat dan menggunakan kamera 3.2 Megapixcel menjadikan ia evolusi perfilem terbaru masa kini. Banyak pengkritik memberikan ulasan yang memberangsangkan dan mengharapkan lebih banyak filem genre seperti ini di buat dengan lebih banyak lagi. Dana khas dari badan perfileman telah bersetuju menyediakan dana yang lebih besar untuk Ariel membuat Sekual ke-2 dan ke-3 sekiranya mendapat sambutan yang hangat.HA! Ha! Ha! Ha!

Kenapa perlunya Ariel berkelakuan gampang seperti ini, dia memiliki segala yang diperlukan dan diimpikan oleh setiap lelaki. Popular, Hansem,Kemewahan,Isteri dan seorang Ikon....kenapa dia perlu merosakkan semua hanya kerana kebodohan membuat rakaman seks yang kononnya untuk disimpan sebagai khazanah berharga untuk tatapan anak cucu. Aku agak terkejut melihat tabloid berita semalam mengatakan terdapat 7 lagi wanita yang "mungkin" bErAmAh MesRa!! bersama Ariel. Wow satu lagi klon Tiger Woods dijumpai. Apakah sudah tiada lagi "kemaluan" pada dirinya menjaja tayangan blue secara sengaja,OPs!! tidak sengaja kot, mungkin dia ada menghantar handphone untuk dibaiki,atau hantar laptop untuk di selelenggara dan secara tidak sengaja manusia yang dahagakan seks membuat salinan dan diedarkan secara meluas di internet? yep,ini bukan salah Ariel!...so naive...BULLSHIT!!...yang anda buat rakaman tu siapa suruh! kan dah memalukan diri dan keluarga. Walaubagaimanpun kita tidak boleh memandang kejadian ini tidak berlaku di bumi tercinta Malaysia ini. Rakaman budak sekolah,anak gadis yang menyerahkan keperawanan secara sukarela sambil ketawa dan lagi menyedihkan dirogol secara terang-terang dilakukan oleh rakyat di negara kita. kita menghina negara orang, tetapi setompok tahi lembu terkena kepada diri sendiri. Dimanakah nilai murni seperti malu dan besopan santun hilang? adakah ini bayangan masa depan untuk bakal anak-anak yang akan kita"cipta" nanti?sanggupkah kita melihat ini berlaku kepada keluarga kita? Oh tidak!. Lihatlah negara barat seperti Amerika yang mempunyai kebebasan mutlak, apa yang telah terjadi kepada negara mereka sekarang? semakin hancur dan musnah setelah kehilangan pedoman dan akal fikiran dijadikan sampah disimpan di dalam laci sehingga berkarat. Ingatlah keseronokan seperti ini hanya sementara....kesan keburukan yang terhasil daripadanya lebih teruk dan dasyat mungkin dikenang sepanjang zaman...seperti pelakon ini....meninggalkan legasi "PETERPORN"

Kehidupan,Ilusi dan Fantasi?


Tiada apapun yang mudah di dalam dunia ini, walhal untuk mati pun merupakan perilaku yang amat sukar. Tak percaya? cuba ambil sebilah pisau dan cuma letakkan di leher. letak jer ok!. pasti dalam sekelip mata pelbagai andaian tersembur keluar daripada fikiran kita. terfikir betapa sakitnya kulit jika ditoreh pisau, nasib anak-anak yang kehilangan bapa,kematian yang tidak ditangisi dan bendbenda keduniaan yang begitu sayang ditinggalkan. Susahkan? seperti penulis katakan tadi, apapun dari yang penting kepada benda yang remeh ianya memerlukan semangat yang kuat dan fikiran yang rasional untuk dilakukan. Apakah itu kehidupan. Apa makna Hidup? adakah ia dirasakan semasa membuka mata dari tidur, adakah ia dirasakan semasa menarik nafas semasa kepenatan atau kelegaan selepas membuang air besar! kelakar bukan, tapi inilah realitinya. perasaan ini sering dipandang enteng dan tidak diambil peduli. Alangkah ruginya. Berbalik kita kepada tajuk utama, Apakah nilai kehidupan sebenarnya?

Penerangan secara saintifik mengupaskan "hidup"merupakan entiti yang memberika isyarat dan proses pengekalan diri secara biologi dan sekiranya ia berlaku sebaliknya, entiti tersebut telah menamatkan proses pengekalan diri secara saintifiknya "inanimate" maksudnya MATI. Fuhh! faham tak korang?. peliknya, kenapa agaknya? dalam dunia sains dan teknologi unsur roh tidak boleh digunapakai. Ia tidak boleh dibuktikan kewujudannya. Sekiranya sains tidak boleh membuktikan roh, maka kewujudannya ditolak. Hidup ini sering dipertikaikan dari mana kewujudannya. ok kita tingalkan persoalan itu, biarlah pakar yang mempunyai master dan PHD memikirkannya.

Sebagai umat islam kita wajib bersyukur dengan anugerah kehidupan yang diberikan oleh Allah, Allah telah membentuk setiap kenhidupan dengan unik dan mempunyai "purpose" masing-masing. Manusia khasnya diciptakan untuk menyembahnya,tanpa bebelah bahagi. Walaupun ada segelintir yang merasakan hidup ini hanyalah ilusi dan mainan mimpi. Maka timbullah cerita fiksyen seperti "Matrix". Ya penulis mengakui ia merupan salah satu movie yang diminati. pelakonnya yang hansem dan cantik beserta grafik 3D yang mengujakan membuatkan individu terlupa bahaya kesan penayangan movie tersebut. ia menjadikan manusia mempertikaikan kehidupan realiti sekarang dan menganggap apa yang di dalam movie itu benar-benar berlaku,"manusia menjadi hamba mesin".Lebih parah lagi ada remaja yang belum cukup mentah telah membunuh dirinya semata-mata ia percaya dia masih berada di alam mimpi dan tidak menyukai kehidupannya sekarang.Ini benar-benar berlaku. Mudahya manusia terpedaya.

Oleh yang demikian kita sebagai manusia tidak kira yang beragama atau tidak mempunyai agama(menolak kewujudan tuhan) secara logikalnya hendaklah benar-benar mengkaji apakah erti sebanar sebuah kehidupan, Kepayahan,kesusahan,kegembiraan,kesedihan dan lain-lain perasaan merupakan rempah ratus yang perlu ditelan dan dicerna. Hargailah kerana ia merupakan perhentian terakhir sebelum menuju pintu Syurga atau Neraka

Sunday, June 27, 2010

Gelabah Jumpa Awek Cun.......


Semalaman penulis termenung melihat dinding langit. Bukan melihat cicak yang sedang hangat mengawan, tetapi memikirkan masalah aku bila berhadapan wanita yang "HOT". Persoalan yang timbul disini kenapalah tuhan mencipta wanita yang cantik ini bukan untuk disatukan bersama aku. Hairan kerana apabila aku bertanya kepada rakan-rakanku addakah aku berpeluang untuk mengorat awek itu?. Diorang bantai gelak sakan,Hampeh betul. Salah seorang rakan ku menjelaskan dah menjadi hukum alam yang mana awek cun untuk pakwe hansem, awek kaya dengan pakwe kaya, hukum alam ni tak boleh diubah, kalau tak kiamatlah dunia...Ah!! aku tak percaya, kerana buakan aku tak pernah terserempak pasangan yang "janggal" di mana aweknya lawa giler, leh la bagi 10 markah, tapi balak dia gemuk dalam markah antara 2-3 markah. Hah! aku sergah mamber aku dengan alasan yang ku berikan tadi. Seorang rakanku mencelah mengatakan"amir,amir si balak tu mesti orang kaya tau,tah-tah bos diaker anak datuk ker, apala ko ni". Tersentak aku mendengar alasan dia. Betul jugak katanya. Seorang lagi memberi pendapat, "Tapikan mir, kalau ko la dapat susun ayat power, mungkin leh la!".timbul sedikit semangat dalam diriku. Tapi mungkin ker ayat manis dapat membantu. Bukan semua wanita bodoh dan dungu untuk cair hanya kerana kata-kata. Aku kembali pening kepala......aku dah menganggap wanita dah jadi macam Makhluk asing dari plenet jupiter!!!!!

Tuntut Ilmu Hari Ahad......






hari ni ialah hari ahad. Hari yang biasanya menggembirakan kanak-kanak kecil kerana ibubapa mereka bakal membawa mereka "berjalan-jalan" tak kiralah pergi naik Genting ke , tengok wayangke atau g balik kampung. Huhuhu best nyer. Tapi penulis terpaksa berkorban masa untuk belajar di SpaceUtm. Yep! penulis masih menuntut di sini untuk "upgrade" diploma kepada Degree....hehe jangan jeles. Banyak masa bersama rakan-rakan terpaksa penulis korbankan, kawan rapatku sendiri telah mula mengembangkan sayap bertemu rakan baru dan mencuba aktiviti baru, dasyat ma!. Mana taknyer, pergi "climbing", "Diving" at Pangkor and Tioman dan main "Paintball" ahhhhhhhhhhhhhh!. Macam mana nak buat yer....hanya ucapan maaf yang dapat diucapkan kepada rakan-rakan yang ada mengajak dan menjemput dan mahupun mengharapkan penulis datang..... Setiap individu memang kena buat pengorbanan. penulis cuba buat terbaik. Untuk Kelas hari ini penulis kena buat Public Speaking..Pensyarah penulis dah mula marah-marah sebab banyak pelajarnya 'membaca' daripada membuat ucapan, terkejut penulis nasib baik aku start awal..hehe siap kena puji lagi tau. Ops! sebelum terlupa ...Dalam bahasa Inggeris!! wish me luck ok......Not to late for me to saya GOOD MORNING EVERYONE

Saturday, June 26, 2010

Hari Ilmu Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010...Wow! meriahnya




Penulis berasa amat terkejut dengan sambutan penduduk negeri Selangor menghadiri majlis anjuran kerajaan negeri yang julung-julung kalinya diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Seawal pukul 7 tadi beberapa buah bas telah sampai menurunkan muatan yang tidak sabar-sabar terlibat dalam majlis ini dan sudah pastinya ia akan mencipta sejarah tersendiri bagi yang meyertainya. Penglibatan Sektor Awam , Sektor Swasta , Pusat pengajian Tinggi, Sekolah Menengah dan Rendah dan tidak dilupakan juga penduduk di sekitar Shah Alam ini membuatkan lokasi tasik dipenuhi ribuan manusia. Penulis terkejut dengan jumlah keharian yang diperolehi sekitar pukul 8.30am tadi..jumlah keseluruhan telah mencapai 14000 orang..Bangganya menjadi rakyat Selangor di saat ini. Pelbagai acara di adakan di sini. Program membaca buku secara beramai-ramai secara serentak. Wow!! penulis sendiri berasa "excited". melihat kanak-kanak kecil berlari-lari sambil memegang buku, ibu bapa memangku anak-anak mereka dan bersama-sama membaca buku dan pemberian buku secara percuma membuatkan pembaca merasakan budaya ilmu yang ingin diterapkan oleh kerajaan negeri telah berjaya hari ini. OH! sebelum terlupa ACARA INI AKAN DI MASUKKAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD!! dengan jumlah pembaca buku terbanyak. Memang sepatutnyaia direkodkan,jika tidak,penulis sendiri akan merasa kecewa. Daripada sudut pandangan penulis yang sekarang ni berada betul-betul di sebelah tasik, dapat dilihat beratus-ratus orang duduk di sepanjang persisiran tasik, melaungkan semangat ,gelak ketawa dan membaca buku. Sampan-sampan dikayuh perlahan di tasik dan sebagai kejutan sebuah belon kapal terbang akan menjadi tanda majlis ini dirasmikan. Ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada kerajaan negeri dan Exco kesayangan kita YB. Halimah sebagai pemegang porfolio pendidikan di Negeri Selangor, yang telah berjaya merialisasikan program ini. Program ini akan dirasmikan secara rasmi oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ. Kehadiran beliau dengan menaiki bot sambil diiringi oleh pemberita dan pihak berkuasa amat mengujakan. Keramahan baginda lebih terserlah dengan lambaian mesra kepada rakyat-rakyatnya yang menunggu di tepi tasik. Penulis merasa lebih seronok apabila melihat kontijen-kontijen membuat aksi "ombak" di sepanjang tasik.....sebijik seperti melihat perlawanan bola sepak. Oleh itu, bagi sesiapa yang masih berada dirumah, tiada apa-apa aktiviti yang hendak dilakukan, marilah beramai-ramai ke sini........JOM!!

ikhlas membuat laporan dari Tasik Shah Alam....PsyCotic


Friday, June 25, 2010

Cinta,apakah ia ilusi?



Pertemuan 2 insan, teruna dan dara,adam dan hawa mahupun jantan atau betina(sory agak keras) merupakan sisipan cerita indah yang saban kali kita dengar dan lihat di rencana mahupun tayangan drama atau movie. Ia merupakan detik terindah dalam hidup seseorang itu kerana ketika ini fikiran yang waras akan menjadi kurang siuman seketika, perasaan keserasian timbul secara tiba-tiba dan membuatkan anda (mengaku je la) berangan -angankan sebuah kehidupan bahagia disamping pasangan tersayang dan deretan anak-anak yang comel....macam nak picit2 jer pipi diorangkan?......WOIIIII....BANGUN.....DAH...DAH...JANGAN BERKHAYAL LAGI.
Ingatlah wahai rakan-rakanku, selama 26 tahun penulis meredah samudera kehidupan yang penuh cabaran ini tiada yang mudah dan indah seperti yang kita harapkan seperti dalam angan-angan kita. Penceraian,Pergaduhan,Penderaan dan hilang kasih sayang merupakan realiti sebenarnya yang berlaku dalam hidup di zaman moden sekarang ini. Penulis merasakan sogokan kasih sayang yang diterapkan dalam modus pelajaran,wayang dan drama merupakan kiasan sinis peroducer atau pengarang yang melihat dari sudut pandangan mereka secara relatif sahaja. Ya penulis tahu anda tidak bersetuju dengan pandangan penulis sebentar tadi. Anda mungkin akan mengatakan tidak semua perkara negatif tadi berlaku pada setiap orang, dan mungkin anda akan memberi 1001 contoh pasangan yang bahagia,2002 contoh keluarga yang harmoni dan 3003 contoh cinta sejati yang diperolehi....Ya saya tidak mahu mempertikaikan pendapat saudara. tapi ingatlah cinta manusia kepada manusia hanyalah ilusi yang terhasil daripada cetusan logik fikiran dan di lempiaskan dengan nafsu dan keinginan. khayalan ini akan membentuk satu blok bayangan didalam fikiran yang mana lakaran indah akan dihasilkan dan isyarat ini akan dihantar kepada otak dan memberikan riaksi spontan pergerakan tubuh dan perilaku secara zahir sahaja. Yep percaya atau tidak terserahlah kepada anda.Dimanakah cinta? apakah buktinya anda dicintai. Sekiranya apa yang anda boleh buktikan hanyalah pemberian hadiah dan pelukan manja beserta kata-kata manis..lupakan sahaja hasrat untuk menegakkan kebenaran ini.Nilai-nilai kebendaan ini hanyalah sementara sahaja. Anda tak percaya kata-kata penulis? cuba dengar contoh yang akan saya berikan ini...Berapa ramai pasangan yang telah berkahwin merasakan kehangatan cinta setelah 5-10 tahun berkahwin, Berapa ramaikah suami yang merasakan isteri mereka tidak lagi "menyerikan" mahhkota tubuh badan mereka untuk tatapan mereka...Berapa ramaikah mengahwini pasangan yang kononnya suatu ketika dahulu akan sehidup semati dan tiada yang lain?. Jika persoalan ini diutarakan secara umum, jawapan yang pasti diterima pasti mengejutkan anda. Pasti penulis merasakan anda terduduk dan termenung seketika tentang pendapat penulis sebentar tadi...Ya...Kebenaran itu "kesakitan"..perlulah kita menerima tanpa perlu mempertikaikannya

Konspirasi Penutupan Laman Web di Malaysia


Sejak beberapa bulan ini penulis mempunyai beberapa laman web di malaysia telah di tutup atau dihalang tayangannya. penulis ada bertanyakan masalah ini kepada rakan-rakan yang lain,adakah mereka menglami masalah yang sama? yep! jawapan yang sama saya perolehi. Betulke Badan-Badan yang berkenaan telah menghadkan capaian maklumat. Diamanakah kebebasan yang di war-warkan sebelum ini oleh individu yang kita "sayangi" ini?ini merupakan penipuan seterang-terangnya macam sportlight di stadium merdeka. Korang tak percaya apa yang penulis katakan? cuba ambil sedikit masa dan try melayari internet yang biasa anda masuki...pasti ada yang telah di"terminate"kan operasinya. Ini merupakan kekejaman Cyber di era baru ini. Ini tak adil!!!! B*^%S^&t!!!!

Arghhh!! Kenapa Ini terjadi !@#$%


Pernah tak korang berasa kesepian dalam dunia yang fana ini? merasakan bahawa anda dibenci atau dipandang serong walaupun anda telah sedaya upaya memberikan terbaik kepada dunia ini. Yep! saya pernah merasa perasaan yang anda rasakan. itulah salah satu keunikan di dalam kehidupan kita. Tanpa asam garam,pahit manis dunia yang kita hidup bersama ini akan menjadi jumud dan boring tahap cipan. Oleh itu,apa masalah pada kita sebenarnya?. perasan keliru pasti akan keluar dari fikiran anda. antara anda akan salahkan orang lain atau anda akan salahkan diri sendiri. perasaan bahawa tuhan amat kejam kepada diri anda pasti menjadi titik tolak kepada pembunuhan diri sendiri. Nauzubillah! oleh itu, macam mana kita hendak meyelesaikan persoalan ini? perlulah anda ingat bahawa setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini adalah berbeza. tidak kiralah pada bahasa, warna kulit warna mata atau bentuk tubuh(ha!jangan fikir lain lak). Oleh yang demikian, terdapat pelbagai perangai yang kadang kala amat lah baik ya amat!! dan sejahat iblis laknat. apa yang saya hendak katakan disini ialah kerana perbezaan ini kita tidak dapat memuaskan hati semua manusia. oleh itu jika merasakan perasaan anda di abaikan adalah normal dan bukan anda seorang yang merasakannya...berjuta penduduk dunia turut berada di keadaan anda ketika ini. Jika ada individu membenci anda, abaikan dia,jangan dilayan makhluk 3 suku ni. dan sekiranya ada yang menyukai anda, hargailah mereka seperti adik anda sendiri(jangan lebih2 lak,kang ader kena penyepak). Nasib anda sebenarnya anda sendiri tentukan. Tiada bukti menyatakan kesusahan dan kehinaan diwarisi dari keturunan. jikalau ada orang berkata sedemikian..cabutkan kasut mereka dan sumbatkan ke dalam lubang belakang diantara celah kaki. baru sedar apa yang meraka cakap itu adalah penipuan sahaja. percalah bahawa ada orang yang menyayangi anda.Tak percaya? lihatlah individu yang paling dekat dengan anda,siap lagi kalau bukan ibu dan bapa sendiri...merekalah rakan..merekalah sahabat. Dan sekiranya merasakan tuhan mengabaikan anda, ingatlah segala cabaran dan penat lelah sebagai tanda ia sentiasa memerhatikan dan memberikan sepenuh tumpuan kasih sayang kepada anda.PERCAYALAH!!!!



Oleh itu.....trust yourself and pray if something good or bad happen so that you body and mind is pure and peace..InsyaAllah

Arigato Ogazaimaz!!!! Sayonara Denmark-san!


haha... wow fantastik...bombastik...just that i imagine in my dream. Japan won...Japan won..Japan won...congratulation. its was a best game Japan ever play. Honda played superbly just like Mohammad Ali trademark"fly like a butterfly and stung like a bee". 2 goal got from outside penalty box and 1 goal got from fooling goal keeper in penalty box. The Denmark player stunt like and ice cold for what just happen. I might though they think"Oh my god,this is not happening,just a dream". hahahaha Sike!!!....its reality my friend...Japan is more firrior than you. Now all nation will set an eyes at this samurai nation for its skill and good quality player they have. Just the time of 90 minute has gone by...the set piece is done properly. Not like i say Denmark play like shit..no..no. They played quite good and just luck flying over Japan this time..Takeshi Okada was the happiest man in the world because of this great success. So we can conform it that 2 Asian nation has gone through to next match.(Australia not one of them,thank god for that). For what it worth, i hope Japanese player will play at other game with mentally prepared just like in this game...Who says Asian play like shit....put it back in your mouth baby !!!!!

Menagis...alahai Itali


Vittek

Tangisan malu atau sedih?

aku dah agak dah,Itali kalah ngan Slovakia...set piece banyak yang tak menjadi..Itali masih dengan perangai lama mereka.."LAMBAT PANAS". jaringan Vittek menjadikan pasukan Itali kelam kabut dan memberi ruang kepada pasukan Slovakia mengkucar kacirkan pertahanan Itali. Jaringan minit terakhir Quagliarella masih tidak dapat membantu pasukan Azzuri ini. Perasaan marah aku kepada jurulatih Itali takkan padam sampai bila-bila. Cepat-cepatla bungkus baju berambus dari dunia Itali...kesilapan demi kesilapan yang tiada jalan penyeselaian bagaikan Marcello tiada inisiatif menukar corak permainan Itali. Apa kebangangan dan kesengalan ada dalam Marcello ini tiada kesudahannya. Kekurangan tonggak harapan,"passing" bola yang masih kelam kabut dan seperti biasa, bentuk bola akan menjadi isu. Common la.....dont be so naive.... ikut kan aku nak mencarut sepanjang malam ni...pasukan yang mana aku pasti menjadi 4 pencabar terakhir akhirnya hancur berkecai...Sumpahan pasukan handalan di bumi afrika mungkin ada kebenarannya..

Thursday, June 24, 2010

Siapa nak beli laptop?meh..meh...


Saban hari kite dengar "abah nak laptop"..."abah along dah nak masuk universiti,takde aper2 ker?"..."apasal kawan adik ader laptop,adik takleh ader?"......inilah rengekan kanak-kanak mahupun remaja di abad ke -21 ni. percaya atau tidak sebelum kita melangkah di dalam era 2000, laptop merupakan perkakasan yang mahal dan hanya boleh dimiliki oleh golongan berada sahaja. orang-orang berstatus koprat sahaja yang membawa "beban" ini ke hulu dan kehilir untuk menjalankan bisnes masing-masing. Pelajar guna laptop????....tak pernah kedengaran ketika itu. laptop merupakan makhluk asing bagi mereka yang mana hanya beberapa orang yang tahu kewujudannya...tanyalah pelajar ketika itu,apa yang mahu diperolehi oleh mereka?...jawapan yang pasti gitar kapok untuk menyayikan lagu "Isabella"..cd player(alah mcm mp3 skrg,tapi dulu pakai cd) untuk menghilangkan boring dan motor untuk membawa cewek-cewek manis yang dahagakan kasih sayang...

Yang pasti cuma Cybercafe yang dikenali oleh hamba allah ni..disinilah counterstrike dilahirkan...warcrafe dizahirkan dan mlrc,facebook,myspace diguna pakai untuk mencari "blind date" untuk menjadi pasangan hidup atau "pasangkan hidup"(faham-faham je la k,tak paham terjun je perigi sekarang). Setelah laptop diperkenalkan dengan harga yang lebih murah dan easy payment...bermulalah revolusi KL drift melanda di bumi merdeka ini Malaysia. Boleh dikatakan semua boleh memikinya...tidak menjadi kejanggalan sekiranya ada mamat memetik papan kekunci di kedai kopi sambil tergelak ketawa sesorang . pada masa yang sama berakhirlah zaman cafe cyber dan banyak mereka terpaksa gulung tikar. What the hell this not our problem right?

so if u all nak membeli laptop boleh la melawat laman ini k

  1. http://www.digitalmall.com.my/index.php
  2. http://www.hardwarezone.com.my/priceguide/
ini la tempat rujukan ku untuk membeli laptop k......yang pasti I LOVE ASUS...peace!!!!!

Tuhan?....Islam?....Malaysia?


Apakah itu tuhan?betulker tuhan tu wujud?kenapa malaysia yang berpendudukan 28,310,000 penduduk masih terdapat indivitu yang tidak mempercayai tuhan? jangan di tanya mengapa melayu kita tak semuanya islam tulen...ada yang pada namanya sahaja...ahmad...dikala malam tonggak "bottle" dan exercise di pub..Inilah realiti di negara tercintaku Malaysia. Hasil kajianku yang agak tekun sebelum ini membuatkanku ingin mengupas apakah itu tuhan tanpa perjudis dan "open minded" k so no heart feeling .WORLD PIECE.
Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan Sebenarnya adalah berbeza-beza dari satu agama ke satu agama yang lain, contohnya aliran utama agama Kristian manganggap Imej tuhan adalah seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Tetapi walaupun demikian, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai secara universial di setiap bangsa.
Maklumat mengenai Tuhan boleh dijumpai dalam kitab agama. Kitab agama sentiasanya dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh dijumpai dalam karya sastera, sebaliknya merujuk kepada alam-semulajadi contoh hukum alam, hukum rimba.
Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti dibawah:
  1. Teisme
    Fahaman yang mengakui kewujudan tuhan.
  2. Agnoteisme
    Fahaman yang meragui kewujudan tuhan.
  3. Ateisma
    Fahaman yang menafi kewujudan tuhan.
So persoalanya sekarang....korang ni dalam group mana?jujur dalam dirimu...jangan dilayan rakan-rakan mu yang akan menyerang pendapatmu tanpa usul periksa..seperti biasa tok imam akan menjerit kalau korang Agnoteisme......tok siak naik bulu kalau ko pilih Atiesma....Oleh itu, fahamilah agama dan didik akalmu dengan bergurukan ulama dan berusaha untuk membaiki diri dari kesesatan, Janganlah kita ISLAM pada nama sahaja,tapi perlu mendalaminya..Islam itu sempurna,islam itu tulen dan apakah buktinya?..Marilah berjuang mencari kebenaran,This is the world we live today...Believe it!!

Kona Kanan Belok Kiri....alamak Lori !!


Seperti yang korang sedia maklum,perjalanan di waktu subuh ditemani embun-embun dan udara sejuk menyukarkan mata untuk bertahan lama terbuka....kadangkala tertutup dan fikiran mula terawang2 di kayangan...dan ini berlaku semasa tanganku masih di strereng kereta sambil memecut 80 km sejam...fuhh ni kalau Michele Shumacc nampak ni gerenti tabik spring kat aku...Aku berasa hairan dan pelik kenapa aku masih belum excident "tergolek dog". Bukan aku meminta...kuh semangat! harap jauhkan bencana ni...kadangkala aku terdiam sejenak dan mula berfikir,adakah ini petandanya masa dan tarikh tamat"expired" rohku belum tiba lagi dan ini menjadikan walaupun aku memandu selaju-laju atau aku bantai coner 45 dan 90 darjah...aku masih selamat. Melihat kejadian kemalangan yang kerap kali terpampang di halaman akhbar menyeramkan bulu romaku. Putus kepala,koyang muka,patah tulang belakang dan berkecai tanpa perkenalan membuatku hampir muntah kerana perutku mula berasa mual dan loyar. Berbagai langkah telah ku ambil untuk menghilangkan mengantuk ini, antaranya aku sediakan makanan dan minuman di sebelahku.itulah sebabnya keretaku dan jadi macam pusat pelupusan barang terbuang..keduanya aku memasang radio..pergh!! walaupun aku pasang lagu death metal,still mata aku leh layan kuyu beb...serius ni. so usaha dah buat still tak berjaya...agaknya aku kena pasang tv LCD32" kat kereta sambil layan movie kot...ini favorite aku...aku leh layan 4 movie non-stop k...akhirnya langkah terakhir aku ambil...pasrah dan tawakkal ku kepada ALLAH yang Esa menyelamatkanku dari onar dan bahaya yang sentiasa menjadi sahabat dan rakanku ,Tanpa Bayang,Tanpa Bau dan Tanpa Rasa.....


Lawak mcam cipan.....Guling2 keliling longkang



abon memang salah seorang pelawak yang paling aku minati...kelakarnya ya tuhan..............So to all my friends,layan video yang aku sediakan ini okey..

HARI IBU INDAHNYA...HARI BAPA SAYANGNYA


alhamdulillah...life is still good and refreshing. my life being so nice and full of experience that teach me good and bad about life. for over 26 year i'am being brought up to this world, i still fall in love with my mother and dad. don't get me wrong, there are a lot mean of the word "love". respectfully,honor and full of heart is one of them. for my mother, the perfectly women that i have encounter, thank for loving me so much and sometime "hit" me because to mischievous or naughty and yet perverse.pick one. and for my dad even though you so quiet and sometimes seems doesn't care what i'am doing or has done..i know ur have a high hope for me...and care for my well being. SO MOM DAD...I LOVE U...MORE THAN ANYTHING...THAN MY LIFE
[I ONLY HAVE 1 DAD 1 MOM THAT CANNOT BE REPLACE,ONE AND ONLY,BUT I CAN HAVE 4 WIVE AND 20 CHILD THAT EASILY BE REPLACE.THANK GOD FOR THAT]

Wednesday, June 23, 2010

Worldcup....Or .....World suck


Hai...pada tahun ini kita beruntung dan bertuah kerana sukan berprestij di dunia tak kire la dunia kafir ker...dunia islam ker...walhal malaun israel bersama memeriahkan acara ini.Keseronokan melihat lelehan peluh dan skill bak kungfu shaolin menjadi sos cicah dalam pertandingan bola sepak ini. Pelbagai kejutan berlaku dalam Worldcup tahun ini...Pasukan berstatus "kuasa besar" banyak yang memberikan prestasi macam sampah. Apa dah jadi kepada mereka ini? disini saya menyenaraikan beberapa faktor hasil kajian 20 minit ketika mengunyah kepala kepala ikan keli tadi:

1. Keadaan cuaca dan suhu yang panas bak pra-neraka j.a.h.n.n.a.m

2. Fokus terganggu dek pesta yang menyediakan "liqured" dan "booty" yang boleh menaikkan "adik" dan menjatuhkan stamina

3. Jampian dari pawang voodo afrika menjadikan tendangan banyak tersasar

4. Terlampau mengharapkan status di atas kertas..diri hebat..lain hampeh

5. Bising akibat"trompet" yang bunyinya macam itik sembelit tersedak kari basi

saya tak kisah apapun alasan yang bakal mereka berikan...kejayaan hanya akan dikecapi bagi sesiapa yang lebih berdisplin dan fokus....So nasihat saya kepada mereka.....NO More Excuse...Less suck....Less shit ok

What The hell With U?

Setulus Hati Seikhlas NUkilan


Wacana dunia pada masa ini membuatkan ku tak pasti apakah ada lagi jijik daripada najis dan bangkai.......Paradigma dari pandangan mata sentiasa bebeza dan mengelirukan....Jangan percaya hanya pada pandangan sahaja,lihatlah tuturcara dan perilakunya...Bersihkan jiwa dari bayangan keseronokan dunia dan bayangan ilusi nafsu yang sentiasa menoktahkan harapan dan kejayaanku

SALAM PERKENALAN DARI
PsYcotIc LorDZ