Thursday, May 23, 2013

Baru Daripada Microsoft.....XBOX ONE !



Petiktetikus sudah lama menjangkakan Xbox akan mengeluarkan produk terbarunya pada tahun ini. Ya! masaya telah tiba pada harini ini. Xbox telah selamat melancarkan "bayi" terbaru di dalam keluarga Microsoft iaitu Xbox One. Sebelum ini ia telah memilih nama "Durango" (dah macam nama naga) dan Xbox 720, tetapi akhirnya nama Xbox One dipilih. Nasib baik!. Konsol kali ini diharapkan sehebat nama yang diberikan kerana para gamers diluar sana mengharapkan sesuatu yang baru dan hebat daripada Xbox untuk tahun2013 ini.

Pada era moden ini, ruang tamu sudah menjadi begitu kompleks dan sempit, Dan konsol Xbox One ini dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan keupayaan mengenal arahan suara (intelligent voice recognition) dan kawalan pergerakan (gesture control)



Penolong Pengarah Microsoft, Yusuf Mehdi menyatakan perbezaan terbesar antara Xbox One dan 360 ialah konsol berkenaan dapat mengenalpasti penggunanya, Sebagai contoh mudah, anda bermain game lumba kereta, kemudian anda berhenti (pause) atau tutup (shutdown) Xbox, apabila anda ingin meneruskan game tersebut, Xbox One tahu dimana anda berhenti dan tahu anda yang memainkan game tersebut. Sekiranya kawan anda bermain game itu ia akan mengarahkan dia bermain game baru( new game). Dasyat tak?

Selain daripada itu, Xbox One dapat melakukan pelbagai tugas dengan pantas dan lancar tanpa berlaku "hanging" dimana sekiranya anda melayari internet ( ya, Xbox One sudah ada Internet Explorer) dan kemudian ke paparan tontonan movie, ia berlaku tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun kelajuan capaian internet masih bergantung kepada pembekal talian (unifi,maxis dan lain-lain).

Terdapat satu mode yang agak menarik dinamakan "Snap Mode". Anda  boleh Skype dengan rakan anda dan ia terletak di sebelah sisi skrin dan pada yang sama anda boleh melihat tayangan TV atau movie. Penggunan arahan suara juga agak unik dimana anda perlu  bercakap siaran apa yang anda mahu lihat dan Xbox One akan memaparkan ia.

Sekiranya anda ingin tahu Speck Xbox One, antaranya:

  1. 8-core CPU with 5 billion transistors 
  2. 8GB of system memory 
  3. 500GB hard drive
  4. Blu-ray drive 
  5. 802.11n Wi-Fi, HDMI in/output
  6. USB 3.0 support.
  7. support APU untuk Xbox One menggunakan cip AMD

Tuesday, May 14, 2013

Pertempuran TV LED Terbaik 2013 !


Apapun review yang diberi, hak membeli masih ditangan anda. Kali ini tepuk kocek jangan tepuk dada!

Tips untuk membeli tab..Petiktetikus Style



Hai dan selamat sejahtera kepada semua peminat-peminat petiktetikus. Seperti biasa saya mendapat beberapa pertanyaan berkenaan apakah tab yang sesuai untuk dibeli dan memberi prestasi terbaik. Baiklah mari petiktetikus kongsikan bersama-sama anda
  1. Tetapkan budget anda, menjadi kebiasaan rakyat malaysia yang suka terus datang membeli barangan tanpa melakukan persediaan dan ulangkaji. Setiap individu hendaklah menetapkan kadar wang yang mampu dikeluarkan dari poket sendiri ok J
  2. Keperluan anda khususnya untuk membeli tab. Adakah untuk melayari laman web dan media sosial sahaja, melihat video dan gambar atau membuat panggilan dan sms. Ini kerana harga setiap tab berbeza mengikut fungsi dan spec.
  3. Kelajuan dan daya tahan tab perlulah diambil kira pada masa yang sama. Kebiasaanya tab yang berjenama mempunyai tempoh pengunaan bateri yang agak lama berbanding yang datang dari tongkang China dan taiwan (bukan semua produk yang datang dari sana ori yer) dan mempunyai antenna untuk capaian wireless dan 3G yang lebih baik.
  4. Kemampuan untuk menghubungan anda kepada dunia maya dengan talian WIFI atau 3G. Sekiranya anda memerlukan penggunaan internet dimana sahaja anda berada, adalah lebih baik anda membeli produk yang mempunyai kemampuan 3G. Bukan semua kawasan ada WIFI dan kadang-kala anda perlu membuat pendaftaran dahulu
  5. Keselesaan untuk anda memegang dan menyimpannya. Anda perlu juga mengambil kira faktor saiz tab anda. Bagi wanita di Malaysia, mereka suka tab yang kecil,comel dan mudah disimpan di dalam tas tangan (besar tas tangan diorang ni). Bagi lelaki, mereka lebih berminat kepada tab yang mempunyai saiz skrin yang besar dan spec yang tinggi
  6. Kemudahan pembelian secara ansuran mudah malalui penyedia talian mudah alih seperti DIGI, MAXIS dan CELCOM begitu juga Seng Heng dan Courts. Pembelian berbentuk begini menjadi kegemaran pengguna dimana mereka boleh membeli tab dengan harga murah dan mendapat kemudahan lain seperti 3G dan Call/SMS.
  7. Adakah anda membeli tab untuk anda atau anak/anak buah/sedara?. Ini kerana sekira anda membeli untuk mereka, tidak perlulah membeli tab yang berjenama dan mahal kerana mereka ini Cuma berminat untuk bermain game dan melayari internet. Agak meyedihkan sekiranya anda melihat mereka menghempas,mencampak atau mencalarkannya. 


Kerja-Kerja Luar Telah Diselesaikan.....Masa Blog Bermula!

Assalamualaikum Dan Salam Muhibbah. Pertama sekali Petiktetikus bersyukur kerana proses pilihanraya sudah tamat dan ia berlaku di dalam suasana yang aman tanpa pertumpahan darah.Keputusan telah diperolehi dan kerajaan baru telah terbentuk di beberapa negeri.


Walaupun terdapat beberapa individu yang fanatik yang mahu mencetuskan huru-hara, saya mengucapkan syabas kepada yang menjuhinya. Petiktetikus hanya mahu rakyat memahami bahawa politik di Malaysia masih lagi bersih walaupun terdapan beberapa kecacatan. tepatlah perihal orang barat "Not everybody perfect".

Kita tinggalkan perihal politik dan kita terjun kembali ke laguna IT dan Teknologi. Petiktetikus ingin memaklumkan terdapat pelbagai gajet dan perisian yang terkini yang akan dikongsikan bersama pengikut PT. Perkongsian ilmu adalah amat penting supaya kita tidak ketinggalan dan melangkah bersama-sama kearah kemajuan dan permodenan mengikut arus dunia. Tunggu info terkini daripada saya. Pastinya 'HOT STUFF IS COMING !'