Saturday, April 26, 2014

Store Terbaru Di Petiktetikus..Apple Store !


Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Sekiranya anda memang sudah lama teringin memilikinya dan rasa sukar untuk keluar membelinya, boleh order daripada saya dan penghantaran baranga akan terus ke tangan anda. Sila lawati link yang telah tersedia.


http://petiktetikus.blogspot.com/p/apple-store.html


Macbook Air
 iMac
 Macbook Pro

Friday, April 25, 2014

Alemy Maggi Ketam..Yum! Yum!..OH Yeah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada malam ini saya ingin kongsikan pengalaman saya menjamu "nafsu" makan saya di Kelantan semasa saya dan rombongan SUK  melawat ke sana pada bulan lepas. Masakan maggi ketamnya memang sesedap seperti yang diperkatakan dan sudah menjadi "trademark" kedainya. Saya sempat ke sana untuk merasai sendiri kesedapan maggi ketamnya dan memang tidak mengecewakan.


Sememangnya perjalanan ke kedai Alemy sangat jauh dan mengambil masa beberapa jam kesana. Di sepanjang jalan ke sana rata-rata kedai sudah melabuhkan tirai perniagaan masing-masing  dan banyak kelihatan rumah kampung. Suasana aman dan damai dapat dirasai.  Setelah tiba di kedainya, saya dan rombongan ditempatkan di dalam bilik makan khas dan kami menunggu dengan sabar hidangan maggi ketam yang heboh diperkatakan di media sosial.



Semasa menunggu masakan tiba, saya menerokai kedai Alemy. Suasana dan hiasan kedai yang sederhana, gambar-gambar pelanggan yang pernah melawat untuk menjamu selera digantung di dinding dengan kemas. Ruang makan yang selesa dan tunggu sebentar?....apa tu?....ketam hidup diletakkan dipenjuru kedai. Sememangnya inilah buktinya kedai Alemy menggunakan ketam hidup untuk mengekalkan "kesegarannya". Saya merasa teruja melihat ketam-ketam ini "berdansa" di petak kolam dan membayangkan hidangan makanan yang bakal tiba.
















Panas! harum! dan mengiurkan, itulah 3 rangkai ayat yang dapat saya gambarkan betapa Alemy maggi ketam "berhantu". Rasa kuah supnya yang panas ini sahaja sudah membuatkan liang bulu roma anda terangkat. Ketam yang dimasak memang terasa ke"fresh"annya. Daging dimasak lembut di segala pelusuk sendi ketam. Hidangan ini juga di"kahwinkan" dengan telur dan sayur-sayuran yang menjadi pelengkap kepada hidangan ini. 

Saya sempat berjumpa dengan pemilik kedai dan "mengganggu" beliau memasak sebentar untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Saya sempat berborak dengannya. Beliau membuka kedai makan ini setelah mendapat sokongan daripada pemancing-pemancing ikan yang sudah menjadi pelanggan utamanya. Beliau telah menyewa sebuah kedai kepunyaan Majlis Daerah Pasir Puteh agar mudah dilawati. Pelbagai individu terkenal sudah merasai kesedapan meggi ketamnya tidak kira penyanyi, pelawak, penceramah, ahli politik dan pelbagai lagi. Beliau juga sempat memesan kepada saya untuk menghebahkan kepada individu yang ingin melawat kedainya untuk membuat dahulu tempahan secara menelefon atau membuat tempahan on-line.

Saya akhiri nukilan saya dengan ucapan "Alemy Maggi Ketam, Walaupun Jauh ,Kesedapan Mendekatkan Kita!"




P/S : Kepada pemilik kedai yang ingin mempromosikan kedai makannya di blog saya, boleh email kepada saya atau menelefon saya di 0126899744 atau 019-2012711. Kita boleh berbincang bersama.

Wednesday, April 23, 2014

Perginya David Moyes..Hipokrasi?


Siapa yang tidak mengenali jurulatih yang bernama David Moyes. Jurulatih sebuah kelab yang ke-3 terkaya dalam senarai kelab bola sepak dunia dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah kelab paling bernilai pada tahun 2013 kira-kira 3.165 Billion USD, tidak lain dan tidak bukan Manchaster United FC (MU). Pada 22 April 2014, ahli lembaga kelab yang merasakan kelab MU telah memasuki ambang era kejatuhan  seperti zaman kegemilangan kesultanan Melaka ini telah mengambil keputusan drastik dengan memecat David Moyes kerana "dituduh" atau "dikambing hitamkan" atas prestasi dingin kelab pada musim 2014 ini. Salam pembuka kata baru ni !


Adakah ia satu langkah yang bijak untuk memecat David Moyes?. Apapun mari kita melihat dahulu prestasi David Moyes semasa mengendali MU. Dalam tempoh 10 bulan, MU telah memperolehi 51jaringan gol, 27 kemenangan, seri 9 dan tewas 15 bukanlah satu keputusan yang teruk. Ini kerana suatu masa ketika dahulu MU dibawah kelolaan Sir Alex Furgeson mengalami detik hitam yang teruk semasa beliau mula-mula menjadi jurulatih MU. Pasukan gergasi ini pernah berada di tangga-11 selama 2 musim. 2 musim !. MU yang kita semua kenal sekarang merupakan MU yang telah mengalami pelbagai kekalahan dan telah mengalami perubahan yang mengambil masa yang lama oleh Sir Alex Furgeson. Maka tidak hairanlah sekiranya sesebuah pasukan yang telah mengubah jurulatih perlulah menggunakan "acuan" baru yang juga memerlukan sedikit masa untuk diuli, dikepal, dicarik dan dibakar untuk menghasilkan sesuatu yang indah. Sikap terburu-buru ahli lembaga pengarah kelab MU ini tanpa mengambil kira sejarah lampau amat mendukacitakan dan memalukan.

Para penyokong MU juga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada permasalahan ini. Ada yang bersetuju dengan tindakan  ini atas rasa cintakan kelab yang semakin mengalami kekalahan demi kekalahan. Meraka amat merindukan sorakan yang menggegar stadium keramat dan mengimpikan legasi MU sentiasa kekal gemilang. Walaubagaimanapun, ada juga penyokong MU yang merasakan peluang patut diberikan lagi kepada David Moyes untuk menjadi jurulatih dan mecari tonik ajaib untuk membawa kembali MU ke jalan yang lurus ! ops silap, ke landasan kemenangan yang sepatutnya.


Perlu diingat David Moyes bukan calang-calang jurulatih. Beliau telah diberikan penghargaan sebagai Jurulatih Sepanjang Tahun pada 2003, 2005 dan 2009 oleh Persatuan Kejurulatihan Liga FA. Beliau telah menghasilkan pemain berbakat seperti Wyane Rooney. Beliau juga telah membawa kelab Everton untuk layak ke UEFA pada tahun 2005 dan berjaya layak ke final piala FA pada 2009. Prestasi beliau ini telah mendapat pujian daripada Sir Alex Furgason, Arsene Wenger dan Kenny Dalglish. Hebat bukan?

Pada pendapat saya kekalahan MU disebabkan  kerana :

  1. Semua pasukan menampilkan permainan yang menarik dan taktik yang seimbang pada liga tahun ini.
  2. Pemain yang mengalami kecederaan dan kekurangan pemaian gantian yang berkualiti
  3. Tindakan CEO kelab yang mengganggu tugas David Moyes
  4. Pemain yang diturunkan tidak memberikan komitmen dan prestasi yang diharapkan
  5. Keletihan kerana jadual sukan bola sepak yang padat
Apapun saya mengucapkan tahniah kepada David Moyes kerana telah mencuba sedaya upaya untuk membentuk pasukan MU yang terbaik walaupun tetap mengalami kekalahan. Ini lah asam garam dunia bola sepak. Semoga kelab akan datang yang akan menggaji anda tidak kira liga eropah,liga sepanyol, liga arab mahupun liga afrika dapat melihat dan menggunakan kebolehan anda ke tahap yang lebih tinggi. "Good Luck David Moyes From Petiktetikus!"



Tuesday, April 22, 2014

Torq X10 Mouse Berteknologi Tinggi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. Hari ini saya tidak sedap duduk kerana jiwa ini terlalu teruja untuk berkongsikan kepada anda  mouse terkini di pasaran iaitu Torq X10 yang sememangnya direkacipta khas untuk gamerz.!



Sekali imbas, saya tidak menyangka ia mempunyai permukaan karbon fiber yang mana penutup atasnya boleh dibuka dengan mudah. Kenapa saya kata mudah? penutup atasnya melekat kepada badan mouse hanya dengan magnet!. Dengan ini, proses pembersihan  dan penukaran komponen yang rosak mudah dilakukan. 



Ia mempunya pengesan laser yang mempuyai kualiti hebat iaitu 8200 DPI dengan 1000Hz rate .Ia juga boleh diprogramkan sebanyak 9 jenis arahan pada 9 butang pada mouse tersebut. Lampu RGB yang boleh dikonfigurasi, kabel usb sepanjang 6 kaki yang dililitkan bersama lapisan perak untuk ketahanan, sistem kawalan berat, pemegang yang selesa dan yang paling unik ialah ia mempunyai storan memory 512KB untuk set profil berlainan.




Mouse ini bakal dilancarkan di USA terlebih dahulu kemudian akan tiba ke Malaysia tidak lama kemudian. Pastikan anda mempunyai koleksi mouse ini!

Promosi Petiktetikus Store Bulan Mei ! Nantikan



PROMOSI HEBAT DARIPADA PETIKTETIKUS STOR UNTUK BULAN HADAPAN!

SEMUA JENIS PROJEKTOR DAN PRINTER AKAN MENDAPAT REBAT SEBANYAK 
RM 100


MARILAH MELAWAT DAN MEMBELI PERALATAN DARIPADA LAMAN PETIKTETIKUS STORE

SEGALA PEMBELIAN AKAN TERUS DIHANTAR KE TANGAN ANDA !

KEPUASAN ANDA KEGEMBIRAAN KAMI



Tips Keselamatan PC dan Laptop Semasa Hujan , Banjir Atau Petir


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut Petiktetikus. Hujan  turun di kawasan rumah saya dan saya bersyukur kerana ini tanda-tanda musim kemarau bakal berlalu pergi. Mesti pembaca sekalian tertanya-tanya mengapa saya bercerita mengenai hujan?. Saban kali ketika musim hujan tiba, berlaku kerosakan berlaku pada PC/Laptop. Ia jarang berlaku tetapi tidak bermakna ia tidak akan berlaku sebab kita tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan ia berlaku. (hahaha pening tak?)

Hari ini, saya ingin kongsikan tip-tip keselamatan ketika hujan, banjir dan petir :
  1. Jangan letakkan PC/laptop anda  sangat dekat dengan tingkap. Tidak kira ia tertutup atau tidak, percikan air mungkin akan masuk tanpa kita sedari
  2. Matikan PC/laptop anda semasa hujan kerana takut terkena panahan petir pada perkakasan anda
  3. Gunakan AVR (auto voltage regulator) untuk mengawal  kuasa lebihan (over flow) ke perkakasan anda
  4. Sekiranya anda menggunakan penyambungan kabel internet untuk PC/laptop anda, hubungkan sekali kabel talian telefon ke AVR anda untuk mengelakkan kuasa lebihan melalui modem TM anda.
  5. Jangan membuka laptop anda di bawah pokok atau pondok terbuka semasa hujan, anda mudah menjadi sasaran petir ( jarang bukan semestinya tiada)
  6. Sekiranya berlaku banjir. Jangan sesekali mengecas laptop anda walaupun anda merasakan soket anda kering.
  7. Tukar adapter dan kabel kuasa anda sekira ianya telah lama terendam di dalam air
  8. Sekiranya semasa anda menggunakan PC/laptop dan anda ada terbau hangit, terus matikan kuasa kerana kerosakan lebih teruk akan dihadapi sekira terus dibiarkan. Tidak perlu menjerit ketakutan, ia tidak akan meletup.

Saturday, April 19, 2014

Dwap Barbarian Vape & Grill..Cubalah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin buat satu kelainan daripada biasa. Seperti biasa, anda semua tahu blog saya hanya membicarakan mengenai IT dan teknologi. Walaubagaimanapun saya ingin cuba membuat satu segmen iaitu FHN (Food Hunting Night). Saya akan cuba melawat kawasan yang menyediakan makanan yang unik dan menarik dan berkongsikan pengalaman saya bersama anda. Semoga anda pembaca Petiktetikus terhibur !


Semalam bersamaan 18 April 2014 saya telah ke kedai menyediakan makanan western  bernama  Dwap Barbarian Vape & Grill yang terletak di Laman Seri Business Park, seksyen 13. Saya terbaca komen daripada group di dalam facebook iaitu "Shah Alam Resident" mengatakan makanan milik bumiputera ini menyediakan makanan berbentuk daging kambing yang menarik dan sedap. Selepas isyak saya terus ke sana menggunakan waze (takut tak jumpa, so pakai GPS ler).

Penilaian pertama saya ialah rupa bentuk kedai yang menarik dan santai dan layanan crew yang mesra menjadi salah satu penyebab mungkin mengapa kedai ini menerima komen yang positif daripada pelanggan. Penggemar vape juga akan merasa gembira kerana kedai ini turut menyediakan perkakasan vape yang di susun kemas di kaunter bayaran. Semasa saya makan malam itu, saya nampak beberapa vapers santai ber"vape" sambil menikmati hidangan. Menarik!

Seterusnya saya saya diberi menu makanan dan saya telah memilih 3 jenis makanan :

1. BBQ shredded Lamb
2. Grill Lamb
3. Nacho Libre (desert)

Order saya agak banyak kerana saya telah ber"puasa" daripada tengah hari sehingga malam itu semata-mata ingin memastikan saya merasai kenikmatan makanan "lamb" yang panas!. Semasa menunggu makanan, saya santai sebentar menonton rancangan 'Food Network' yang dipaparkan di TV dan sebelum saya terlupa, kedai ini turut menyediakan capaian internet (wifi).Masa yang diambil untuk menunggu makanan saya siap juga singkat. Berikut gambar makanan yang telah saya pesan :







Setiap makanan memberikan kelazatan yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. Hidangan pertama saya ialah BBQ Shredded Lamb. hidangan ini berbentuk hirisan daging kambing yang telah di salai dan dihias seperti burger dan pada masa yang sama ditemani kentang goreng yang panas. Hirisan daging memang sedap dan rencah yang digunakan lazat sehinggakan saya merasa sayang sekiranya meletakkan sos cili bersama. Semasa hidangan ke-2 tiba, Abang Yaser, pemilik kedai menyapa saya dan berborak mengenai pengalaman perniagaanya dan apa yang mencetus semangat  beliau untuk menceburi bidang masakan walaupun sebelum ini beliau bekerja di bidang lain. Layanan dan celoteh mesra daripada Abang Yaser membuatkan saya makin selesa dan tidak sabar lagi untuk menjamu selera

Hidangan ke-2, Grill Lamb tiba dengan "ganas"nya. Melihat susunan dan bentuk hidangan sahaja sudah membuatkan saya lapar semula. Hidangan 2 potongan lamb bersama-sama koslow dan kentang putar sudah siap sedia terhidang. Kentang putar yang dilenyekkan bersama-sama kulitnya sekali agak menarik pada hemat saya kerana jarang saya melihat ia disediakan begitu. Hidangan daging ini saya merasakan sempurna (hanya pendapat saya sahaja yer) kerana di masak 'well done' tanpa ada kelihatan daging yang tidak masak. Sosnya juga sedap dan jika saya boleh memberi cadangan, Abang Yaser kena lebihkan sos tu. Kemudian saya diberi sos 'black paper' dan kepada para pembaca sekalian, ia agak pedas yer. pedas yang sedap maksud saya.

Hidangan ke-3 dan merupakan hidangan terakhir saya ialah Nacho Libre. Ia merupakan pemanis mulut (desert). Hidangan ini merupakan hidangan yang sesuai selepas ber"perang" dengan hidangan berat sebelumnya. Ais cream yang lazat dan dicampur dengan nacho (sejenis keropok masin) amat rangup di makan. Habis saya makan tanpa meninggalkan sebarang baki. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada Abang Yaser  kerana telah menyediakan hidangan yang lazat kepada saya pada malam itu. Sudah semestinya saya akan datang kembali kerana kelazatan makanan dengan harga yang berpatutan. Mungkin di masa  akan datang saya dapat merasa hidangan sandwish secara percuma boleh Abang Yaser? hehe. Kepada semua peminat Petiktetikus dan makanan western, tidak rugi anda mencuba makanan di   Dwap Barbarian Vape & Grill. Mari !


Alamat:

Blok 6, lot G45,Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 4100 Shah Alam. Selangor

P/S : Kepada pemilik kedai yang ingin mempromosikan kedai makannya di blog saya, boleh email kepada saya atau menelefon saya di 0126899744 atau 019-2012711. Kita boleh berbincang bersama.

Wednesday, April 16, 2014

Tahu Cara Mengawal Keselamatan Password anda? Caranya..



Bagaimana Kita mahu memastikan peralatan IT, perbankan dan email selamat?. Sudah pastinya kita memerlukan kata kekunci (passsword) yang unik dan tidak mudah dipecahkan oleh anasir jahat diluar sana. Malam ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tip dengan para pembaca.

  1. Jangan guna nama sendiri 
  2. Sekiranya anda menggunakan nama anda, gabungkan dengan nombor dan lambang seperti @#$/
  3. Jangan guna password yang biasa digunakan seperti 123456789,1qaz2wsx, administrator dan seangkatan dengannya
  4. Jangan gunakan 1 password untuk semua kegunaan harian anda, pelbagaikan.
  5. Gabungkan huruf besar, huruf kecil dan nombor
  6. Gunakan nama samaran yang menggabungkan nombor dan lambang @#$/
  7. Tolong jangan kongsikan password anda dengan orang lain, bukan langkah yang bijak tu
  8. Jangan simpan password ada secara fizikal seperti di dalam kertas, tisu dan buku 555
  9. Jangan simpan password anda secara maya seperti di dalam handphone atau tablet tanpa meletakkan password pada peralatan tersebut. Setkan password berbentuk nombor dan bukan sekadar "swaip"
  10. Kerap menukar password, kalau boleh 3 bulan sekali
  11. Sekiranya anda menggunakan PC/laptop untuk membuat online banking, Tolong kosongkan "cache memory" dan kosongkan"history" pada web browser
  12. Elakkan menggunakan cyber cafe untuk membuat transaksi
  13. Jangan biarkan PC/laptop dibiarkan terbuka tanpa kawalan anda
  14. Sekiranya anda merasakan PC/laptop berfungsi lain dari biasa semasa transaksi online, matikan. Takut ada 'perompak' remote dari tempat lain.
  15. Lihat alamat website perbankan yang anda gunakan, pastikan nama URL betul dan bukan ke link lain. Dikhuatiri anda menjadi mangsa "phishing"

Wayang Terbaru Menanti Anda ! Sudah Bersedia


Yup, Petiktetikus merupakan individu yang 'ketagih' menonton wayang. Tidak kita melihat berseorangan atau bersama rakan-rakan, sekiranya ada wayang baru keluar, sudah pasti tiket akan dibeli keesokan harinya. Oleh yang demikian, siapkan duit anda dan tahan "nafsu" anda untuk movie gempak ini yang bakal ditayangkan :

The Maze Runner

X-Men: Days of Future Past 

The Amazing Spider-Man 2


Godzilla 

Chef



Transformers: Age of Extinction

Lucy 

Hercules

22 Jump Street

Dawn of the Planet of the Apes

Guardians of the Galaxy


Sex Tape

How To Train Your Dragon 2

Teenage Mutant Ninja Turtles

A Million Ways To Die In The West

Jupiter Ascending

The Expendable 3

Maleficent

Selamat Tinggal XP, Eh! Ada Apa Tu?


Selamat tinggal dan terima kasih kerana telah menemani saya selama ini. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan atas pemergian anda. Ucapan dan kata-kata penghargaan ini wajar diberikan kepada windows XP yang secara rasminya telah ditamatkan khidmat dan support pada selasa, 8 April 2014 lepas. Setelah memberikan jasa selama 13 tahun dengan memperomosikan kestabilan dan kebolehupayaan untuk berfungsi dengan sempurna, ia terpaksa dikuburkan untuk memberikan laluan kepada produk sistem pengoperasian terkini dari windows.


Sebagai hadiah terakhir daripada windows XP, windows telah menyediakan satu bentuk permainan komputer interaktif untuk mengingatkan kita keseronokan menggunakan windows XP. Ia diberi nama "Escape from XP".

Ia akan bermula dengan paparan pop-up yang berbentuk seperti minitor lama (CRT ) dan windows XP sedang "boot". permainan arcade ini memerlukan anda menembak icon yang popular pada era XP dimana di dalam permainan ini anda memainkan watak individu terakhir mengawal keselamatan IE6 di dalam XP. Anda perlu melarikan diri anda dari ancaman anasir moden. Ia seperti movie Kurt Russel  "Escape from New York dan Escape from LA". Cara permainan agak mudah dan ia terletak di skrin komputer dalam bentuk tampalan kertas memo.



JOM MAIN GAME INI !----------- Escape from XP








Tuesday, April 15, 2014

Windows 8 ke Windows 8.1, Ada Beza ke?



Apakah sistem pengoperasian yang anda gunakan sekarang?. Adakah anda masih menggunakan Windows XP?. Sudah pastinya anda tahu Windows sudah tidak menyediakan update untuk windows Xp yang akan saya coretkan di dalam post yang akan datang. Jika bukan windows Xp, sudah semestinya anda menggunakan windows 7. Salah satu sistem pengoperasian yang sudah stabil setelah mengalami kegagalan yang memalukan pada sistem pengoperasian Vista. Tidak lama kemudian, tanpa kita merasai kepuasan menggunakan windows 7, windows 8 telah diperkenalkan. Satu sistem pengoperasian yang dikeluarkan untuk pasaran tablet paparan sesentuh. Langkah yang bijak atau berisiko, petiktetikus menyerahkan pada anda menentukannya.

Windows 8 turut mengalami "penyakit" yang sama seperti windows Vista. Sistem pengoperasian yang terlalu terburu-buru direkabentuk, tidak mempunyai rasa selesa semasa menggunakannya, arahan dan fungsi yang mengelirukan (ada antara antara pengguna tidak tahu hendak shut down windows 8!) dan yang paling menyedihkan apabila ia membandingkan dirinya lebih hebat dan sempurna berbanding Android dan Apple. Petiktetikus tidak tahu hendak ketawa atau meraung.



Untuk memperbaiki kelemahan pada windows 8, windows telah melancarkan satu versi penambahbaikan iaitu windows 8.1 pada May 2014. Ia telah dilancarkan pada rakan perkakasan OEM pada 27 Ogos 2013 dan dilancarkan secara percuma kepada pengguna-pengguna windows lain  daripada Windows Store pada 17 oktober 2013. Lesen diberikan kepada versi RTM. Ia telah memperbaiki fungsi 'customization' di paparan awal skrin windows 8. Ia turut menyediakan kemudahan untuk membuka 4 aplikasi serentak di satu halaman windows. Boot terus ke desktop tanpa perlu ke "start screen". Penambahbaikan pada windows 8 stock app dan web browser Bing lebih pantas dan menarik semasa anda melayari internet. Windows juga telah memasukkan fungsi "3D printing","Miracast media streaming" ,"NFC printing" dan "Wifi-Direct"

Paling melucukan pada petiktetikus apabila windows melancarkan windows 8.1 sebagai "update" dan bukan sebagai "service pack". Adakah ia strategi untuk menutup kelemahan dan kesilapan windows?. Apapun diharapkan ia dapat memuaskan hati 60%  pengguna windows di dunia ini.


Video Mengenai Penerangan Windows 8.1


Monday, April 14, 2014

Logitech G502 Proteus Core ....12000 DPI ! Belikan Aku Sebijik !



Kenapa perlu kita perlu merasa teruja dengan mouse ini? mesti ada di antara pembaca petiktetikus merasakan ia seperti mouse biasa di kedai. SILAP!. Ini kerana penggunaan mouse yang sensitif dapat membantu melancarkan pergerakan kerja dan untuk permainan komputer yang lebih puas. Lucu bukan?tidak perlu dihairankan kerana mouse ini memang direkacipta untuk "gamers".


Logitech G502 Proteus Core direkabentuk mengikut keselesaan pengguna yang memerlukan tindak balas yang pantas semasa bermain permainan komputer. Ia mempunyai ciri-ciri seperti sesitiviti 12,000 DPI dan ia boleh direndahkan sehingga 200 mengikut keinginan pengguna. Ia juga mempunya "button" yang boleh diaturcara, mempunyai berat 3.6g dan sensor yang berubah mengikut permukaan meja dan sebagai bonus, ia turut menyediakan fungsi "hyper-fast scroll wheel". Kepuasan di tahap maksimum.

Petiktetikus tidak pasti model mouse ini telah memasuki pasaran Malaysia. Dianggarkan harga untuk produk ini ialah RM 240.00 . Para "gamers" sila nantikan kedatangannya denga jiwa yang sabar.