Tuesday, May 13, 2014

Kerajaan Terengganu Bertukar Tangan....Adakah Seperti Selangor?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi selasa ini, semasa saya menjamu selera sepinggan nasi lemak, mata saya terhenti pada tajuk akhbar harini. Agak terkejut dan hairan,Mengapa?. Menteri besar Terengganu, YB Dato Seri Ahmad Said telah melepaskan jawatan beliau sebagai menteri besar dan Datuk Ahmad Razif  Abd Rahman telah dilantik sebagai penggantinya yang baru. Apa yang telah terjadi?tiada ribut dan ombak tetapi taufan politik tiba-tiba muncul tanpa disedari.

Sebelum saya mula berbicara, saya ingin tekankan saya bukan Pro mana-mana parti dan hanya berminat melihat warna-warni politik Malaysia. Daripada maklumat yang Petiktetikus perolehi, krisis ini bermula semasa menghadapi pilihanraya ke-13 tahun lepas. YB Dato Seri Ahmad Said telah menghantar surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani oleh beliau kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebelum perlantikan YB Dato Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal ke-2. Di beritakan Datuk Seri Najib Razak telah menolak surat perletakan jawatan tersebut tetapi YB Dato Seri Ahmad Said tetap akan meletakkan jawatan yang akan berlaku setelah perkahwinan anaknya berlangsung pada 17 May 2014
.

Malapetaka El-Nino belum lagi tiba, tetapi bencana di dalam pentadbiran kerajaan Terengganu tiba lebih awal. Kesudahan cerita ini tidak berhenti disini sahaja. Bekas Menteri Besar Terengganu,YB Dato Seri Ahmad Said telah memilih untuk keluar daripada Parti Barisan Nasional (BN) sebagai adun Bebas dan mengikut maklumat yang baru Petiktetikus terima, 5 lagi ahli ADUN BN turut mengambil langkah yang sama. iaitu :


  1. Adun Ajil                    (YB Ghazali)
  2. Adun Permaisuri          (YB Dato Mat Jidin)
  3. Adun Kemasik            (YB Ir Rosli)
  4. Adun Hulu Besut         (YB Nawi)
  5. Adun Bukit Besi(

Kesan daripada tindakan ini, pembubaran DUN bagi Negeri Terengganu akan berlaku setelah mendapat perkenan sultan. Sebentar! mari kita lihat semula kedudukan kerusi DUN sekarang.













PAS/PKR----------> 15 Kerusi DUN













UMNO------------> 11 Kerusi DUN



Terdapat beberapa berita yang masih lagi belum dipastikan kesahihannya, tetapi yang pasti perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru pasti berlaku.

Berita yang masih tidak dipastikan kesahihannya ialah:
  1. Istana menarik balik penganugerahan perlantikan Datuk Ahmad Razif  Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu
  2. Menteri Besar yang bakal dilantik adalah dikalangan individu daripada PAS
Walauapapun yang berlaku, Petiktetikus cuma berharap agar proses perlantikan ini berlaku dengan suasana aman dan tenteram tanpa berlaku sebarang provokasi. UMNO perlu melakukan tindakan drastik untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti itu. Apa yang berlaku di dalam parti masih menjadi tanda tanya dan saya tidak layak untuk mengutarakan sebab mengapa ini berlaku kerana faktor kekurangan maklumat dan amat sukar untuk membezakan maklumat yang benar dan palsu.

Marilah kita nantikan berita terkini di kaca TV dan sumber media cetak lain. #PrayforTerengganu


Saturday, May 3, 2014

SKYPE GROUP VIDEO CALLING....PERCUMA !!!!!!


Berita baik kepada semua pengguna Skype. Seperti yang anda semua tahu, Skype merupakan satu medium perhubungan  "peer-to peer"  antara pengguna dengan menggunakan 'microphone', 'webcam' untuk 'video life streaming' dan 'instant messaging' melalui internet. Ia sangat popular dikalangan pelajar, penjawat awam dan swasta malahan kanak-kanak di Malaysia. Ia sering digunakan untuk panggilan telefon dan perbualan video menggunakan laptop/PC atau telefon pintar . Walaubagaimanapun terdapat beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan Skype kerana dikhuatiri maklumat rahsia mudah dibocorkan, penggunaan 'bandwidth' yang tinggi dan penyebab produktiviti syarikat menurun. Apapun itu tetap tidak menghalang pengguna diseluruh dunia menggunakannya. Dianggarkan terdapat 668 billion pengguna berdaftar dan 80% daripadanya mennggunakan Skype dengan kerap. Pelaburan Microsoft membeli Skype memang berbaloi, USD 8.5 billion sudah menampakkan hasilnya.

Petiktetikus sebenarnya ingin memaklumkan kepada semua pengguna Skype di luar sana, Microsoft telah mengumumkan  perkhidmata Skype 'Group Video Calling' adalah PERCUMA!!!!!

Skype GM bagi pemasaran dan penggguna, Philip Snalune , telah mengumumkan " Pada masa akan datang , kami akan mampu menyediakan panggilan 'group video' kepada semua pengguna dalam pelbagai platform tanpa ada apa-apa kos". Untuk pengetahuan pembaca Petiktetikus sekalian, sebelum ini bagi menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mendaftar di Skype Premium dan perlu membayar senyak RM 12.00 untuk 1 hari penggunaan dan RM 25.00 sebulan.

Ia bukan perkara baru kerana aplikasi yang lebih kurang sama seperti Skype yang dimiliki oleh Google iaitu "Google Hangout" turut menawarkan perkhidmatan yang sama secara percuma semasa awal pelancarannya. Sudah pastinya langkah Microsoft  ini memberikan kita satu lagi keselesaan menggunakan perkhidmatan Skype dan pada masa yang sama akan menambah lagi pengguna baru pada masa akan datang. Kepada semua pembaca Petiktetikus, cuba dan sila tinggalkan komen anda tentang pengalaman menggunakan aplikasi Skype 'Group Video Calling'


SILA KE LINK INI UNTUK MENEROKAI PENGALAMAN--> SKYPE GROUP  VIDEO CALLING

P/S: Jemput makan semua, Perut petiktetikus sudah berkeroncang.


Friday, May 2, 2014

Jangan Mudah Tertipu..RM20000 Umpan Bahaya !



Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca petiktetikus. Hari ini saya ingin kongsikan masalah yang dihadapi oleh semua warganegara Malaysia iaitu "PHISHING" atau turut dikenali "Penipuan Dalam  Talian". Mudah saja untuk mengenalpasti yang anda sedang memasuki jerat SiCelaka ini. Anda akan menerima pesanan ringkas melalui e-mail atau telefon mudah alih (handphone). Anda diberitahu yang anda menerima durian runtuh sebanyak 10,20,30 malahan 100 ribu ringgit dan anda hanya perlu menelefon nombor yang tertera di dalam pesanan ringkas itu tadi. Cammon la! anda tak pernah menyertai apa-apa  pertandingan atau tidak pernah mendaftar secara dalam talian (online), bagaimana anda boleh menang. Inilah penangan SiCelaka memasang jeratnya.

Petiktetikus akan berkongsikan cara-cara  phishing beroperasi :

  1. Anda akan menerima pesanan ringkas melalui handphone dan e-mail mengatakan anda memenangi sejumlah wang
  2. Di dalam pesanan tersebut menyatakan ia daripada Shell (M) Bhd atau syarikat dan ia merupakan hadiah grand prize!
  3. Anda akan diberikan link ke website shell yang kononnya peraduan ini sedang berjalan untuk membuatkan anda percaya yang ia benar .
  4. Anda akan menelefon talian khidmat pelanggan yang tertera pada email dan pesanan ringkas tadi.
  5. Mereka akan menyatakan wang akan di masukkan ke dalam akaun anda tetapi akaun tersebut hendaklah mempunyai wang melebihi rm1000
  6. Mereka akan meminta nombor akaun bank dan password(kat sini telah terang2 penipuan berlaku)
  7. Setelah no akaun diberikan, mereka akan meminta kita menunggu dalam jangkamasa tempoh waktu tertentu untuk memasukkan wang 
  8. Anda akan perasan semua duit anda hilang dalam tempoh 12 jam atau kurang daripada itu.
Untuk pengetahuan anda para pembaca :

  1. Mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat swasta akan dipaparkan di dalam media cetak seperti surat khabar dan tv
  2. Sebarang kemenangan yang diperolehi, pihak syarikat akan menelefon anda dan akan meminta anda ke pejabat tanpa meminta apa-apa maklumat peribadi
  3. Pejabat itu bermaksud bangunan ibu pejabat, bukan cawangan
  4. Hadiah yang dimenangi tidak bersyarat, bermaksud anda tidak perlu membuat bayaran tambahan 
  5. Operator syarikat mesti warganegara Malaysia, jika anda mendengar dialek suara seperti orang indonesia, thai atau lain-lain baik anda abaikan.

Biasanya aktiviti phishing mensasarkan :

Orang tua- kerana mereka akan menggunakan taktik gertak seperti duit pencen hilang atau taktik budiman dengan memujuk mereka mendaftar atau membeli produk secara online taktik terujaan dengan mengatakan mereka menang peraduan berbentuk wang ringgit. Kurang pendedahan kepada warga tua menjadikan mereka sasaran yang mudah

Pelajar/remaja-mereka ini akan menggunakan taktik terujaan dan taktik peluang dengan menyatakan mereka memerlukan wang ini  untuk kos perbelanjaan dan memberikan mereka bayangan betapa mereka bertuah dapat gunakan wang tersebut untuk keseronokan 

ibu/ibu tunggal - Mennggunakan taktik peluang iaitu mereka akan ditawarkan kerja daripada rumah dengan menerima gaji yang tinggi. Selain daripada itu taktik gertak dan budiman turut digunakan.


Gambarajah paparan yang menunjukkan laman web sebenar dan laman web palsu :

Gambarajah Web Sebenar





Gambarajah Web Palsu


Daripada gambarajah diatas, lihat anak panah yang Petiktetikus tandakan, hendaklah dipastikan bahawa alamat web mesti menggunakan link ".my" dan nombor customer service mestilah menggunakan talian bebas seperti "1-800-xxx-xxx" bukan nombor telefon bimbit.

Semoga semua warga pembaca Petiktetikus lebih berhati-hati dan ingatlah bahawa "rezeki tidak datang bergolek". Sekiranya boleh, tolong ingatkan ayah dan ibu, atuk dan nenek ,adik beradik ,saudara mara dan rakan-rakan mengenai masalah Phishing. Sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri.