Thursday, June 12, 2014

Terbaru DI Petiktetikus Store !



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Petiktetikus sudah mengemaskini produk laptop dan telah menambahkan beberapa inventori baru di dalam Petiktetikus Store. Antaranya :



Sila lawati link-link yang tersedia di PAGE di atas dan semoga perkhidmatan yang saya sediakan dapat memudahkan pembelian anda. Saya menerima sebarang pertanyaan dan pandangan pada bila-bila masa di mana, anda boleh menelefon saya atau terus komen di bawah.

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Petiktetikus. 


Saturday, June 7, 2014

Hari Bapa Semakin Hampir...4 Hadiah Cadangan Petiktetikus

Bapa adalah anugerah terindah selepas ibu kita (maaf abah, anak mama la katakan). Beliau merupakan tonggak sesebuah keluarga dan imam kepada isteri dan anak-anaknya. Maka individu seperti ini selayaknya diberikan anugerah yang paling tingggi. Pada 15 Jun 2014 ini, kita di Malaysia akan menyambut Hari Bapa dan petiktetikus pasti anda sedang memikirkan apa yang patut dibelikan kepada bapa masing-masing. Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan cadangan hadiah yang boleh diberikan kepada ayah anda.


SAMSUNG GEAR FIT

Menyediakan kemudahan menyimpan data diri secara 'real-time' mengenai hasil aktiviti harian dan senaman yang telah dilakukan dengan memaparkan ia dalam bentuk paparan grafik degupan jantung hasil daripada pengesan (sensor) pada jam tersebut. Aplikasi ini juga akan mencadangkan apa senaman yang boleh dilakukan mengikut individu yang memakainya.






SAMSUNG GALAXY NOTE


Satu lagi produk daripada Samsung. Ia boleh dispesifikasikan sebagai "Portable Laptop". Ia dilengkapi dengan pelbagai aplikasi seperti diari, kalander, note pad, S planner, E-mail, Photo frame dan multi window. Ia sudah pastinya amat berguna untuk aktiviti kerja bapa.




POWER BANK


Menjadi kemestian bagi bapa kita yang selalu kerja diluar dan menggunakan 'smartphone' dengan kerap menyebabkan kehabisan bateri. Oleh yang demikian hadiah sebuah power bank adalah salah satu cadangan yang bijak untuk memastikan beliau tidak terputus hubungan dengan rakan sekerja dan keluarganya





GLOBAL POSITION SYSTEM (GPS)

Bukan semua tempat bapa tahu bagaimana ke sana. Setiap tahun ada sahaja jalan baru dibina dan bangunan baru dibangunkan dan situasi ini akan memeningkan kepalanya. Oleh itu, penggunaan GPS adalah diperlukan untuk dia mudah ke sesuatu tempat dan sudah pastinya salah satu tempatnya ialah kawasan perkelahan untuk keluarganya.




Walau betapa banyak hadiah yang diberikan dan berapa nilai harga setiap satunya, hadiah yang semestinya tidak ternilai ialah apabila semua keluarga dapat berkumpul bersama-sama, makan dan berbual dengan gembira.



SELAMAT HARI BAPA

Friday, June 6, 2014

Selamat Datang iOS 8...Terbaru Dan Menarik, Wow!


Tahukah anda apakah itu perhimpunan WWDC?. Bagi penggemar produk Apple, nama ini semestinya tidak asing bagi komuniti ini. WWDC ialah singkatan bagi "Worldwide Developers Conference" yang dilakukan di California setiap tahun oleh Syarikat Apple Inc. Ia merupakan satu acara untuk memaparkan perisian dan perkakasan terbaru dan teknologi terkini yang akan digunapakai . Pada masa yang sama, sebarang perbincangan dan pengujian(tester) untuk produk Apple turut dilakukan.



Baru-baru ini, di dalam majlis WWDC ini, Apple Inc telah memperkenalkan produk perisian terbaru yang akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini. Ia merupakan perisian iOS 8. Apakah iOS 8 ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna dan perkakasan Apple? mari kita lihat penambahbaikan pada iOS 8 ini :

(video pelancaran iOS 8)

Penunjuk Penggunan Bateri

Bukan sesuatu yang baru dimana iPhone mudah kehabisan bateri. Ini bergantung pada bagaimana kita set iPhone kita seperti mengurangkkan tahap kecerahan skrin dan mematikan perisian yang tidak digunakan. Walaubagaimanapun pengguna tidak dapat menentukan perisian mana yang menggunakan sumber tenaga yang banyak. Dengan ciri terbaru ini, ia dapat memaparkan perisian yang menyedut tenaga berlebihan dan pengguna boleh "uninstall" atau mematikan perisian itu. Ia satu kelebihan yang cukup besar kepada pengguna iPhone.

Papankekunci (Keybord) yang baru.

Tidak salah jika saya katakan bahawa iPhone merupakan perintis penggunaan papankekunci sesentuh (touch screen). Untuk fungsi terbaru di dalam iOS 8 ini, Ia telah ditambah baik dengan pengesan jangkaan ayat yang ditaip yang lebih efisien yang akan mencadangkan kepada pengguna apa ayat yang hendak ditaip seterusnya. Ia juga membenarkan 'developer' untuk menggunakan keybord mengikut kehendak mereka, contohnya kita menaip ayat dengan menekan huruf, ia boleh ditukar dengan 'swipe' sahaja.

Sambungan (Continuity)

Apple telah mengambil kelebihan 'cloud' untuk membentuk satu aplikasi baru yang diberi nama 'Handoff'. Untuk mudah memahami konsep ini, sekiranya anda mempunya iPhone dan Mac, anda menulis e-mail di iphone dan save kemudian menghabiskan penulisan di Mac dan hantarkan e-mail di iPhone. Menarik bukan?. Ia juga menyediakan beberapa bonus seperti 'AirDrop' yang membenarkan ia berkerjasama antara Mac dan perkakasan iOS lain dan menjadikan perkakasan anda sebagai 'hotspot' dengan hanya menekan 1 butang sahaja.

Kamera

Sudah pastinya kamera amat penting untuk semua produk iPhone. iOS 8 telah melonjakkan beberapa perisian kamera ke tahap yang lebih baik. Fungsi baru seperti 'three-second timer" dan 'time-laps capture' untuk video!. Ia dapat menyeimbangkan fokus dan kawalan cahaya pada iPhone.

iCloud galeri gambar

iCloud buat masa ini mempunyai ruang simpanan gambar sebanyak 1000 yang diberikan secara percuma. Pada iOS 8, pengguna boleh 'upgrade' iCloud Photo Library' masing-masing yang akan di upload secara automatik daripada iPhone/iPad. Pengguna hanya diberikan ruang 5GB secara percuma dan perlu membayar untuk ruang data 20GB-1TB. Amat menyedihkan bagi Petiktetikus kerana mempunyai bayak sangat gambar.

Perkongsian Keluarga

Dengan aplikasi iOS 8, Apple telah membuka satu ruang membenarkan Apple ID digabungkan. Ia membenarkan pengguna Apple untuk berkongsi sebarang perisian yang di download dari iTune diantara satu sama lain. 6 pengguna boleh dihubungkan sebagai 'family mamber' dan ini dapat membantu ibubapa mengawal anak-anak mereka mendownload perisian daripada iTune. Dengan perisian ini, ibubapa akan diberi 'notification' dan bergantung kepada mereka untuk membenarkan ia boleh di download atau tidak.


Selain daripada itu, terdapat banyak lagi kelebihan baru pada iOS 8 ini yang sudah pastinya memberikan impak yang besar pada pengguna perkakasan iPhone, iPad dan Mac. Tunggu sahaja tarikh sebenar pelancaran perisian ini dan upgrade perkakasan anda secepat mungkin.





Surface Pro 3....Adakah Lebih Baik dari "abang-abangnya" ?


Setelah menerima pelbagai pandangan dan komen mengenai produk Microsoft Surface, Mereka telah melakukan perubahan drastik pada rekabentuknya, maka lahirlah Microsoft Surface Pro 3.Untuk produk Surface Pro 3 ini, ia dilengkapi dengan paparan skrin yang lebih besar, bentuk badan yang lebih "berisi" daripada produk sebelumnya dan tindak balas keybord yang pantas dan rekebentuknya lebih praktikal. Berat bagi Microsoft Surface Pro 3 hanya 1.76 pound (0.79 kg) !.


Microsoft Surface Pro 3 mempunyai : 
  1. 12" 2160x1440 resolusi skrin
  2. Digerakkan dengan enjin pemprosesan i5-4300U 1.9GHz
  3. Grafik Intel HD 4400
  4. RAM 8GB DDR3/1600MHz
  5. Storan 256GB SSD 
  6. Port USB 3.0
  7. Port Mini Display
  8. WIFI 802.11ac
  9. Bluetooth 4.0
  10. OS Windows 8.1 Pro
Anda boleh membuat pilihan untuk menukar spec  Microsoft Surface Pro 3 samada ingin menggunakan pemprosesan i3 dengan RAM 4GB dan 64GB SSD atau  i7 dengan pemprosesan 8GB RAM dan 512 GB SSD. Anda tentukan sendiri.

Lihat penerangan mengenai produk Microsoft Surface Pro 3 ini :