Thursday, June 11, 2015

Windows 10 Beroperasi Lancar Di Laptop Apple Berbanding OS X..Wahahahaha !



Hai rakan-rakan pembaca PETIKTETIKUS semua. Saya kembali lagi dengan pelbagai isu IT dan teknologi yang berlaku di dunia sekarang. hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang pelik dan agak hebat (tergelak sekejap bila taip post ini ). Perisian terbaru daripada Windows iaitu Windows 10 boleh beroperasi lagi baik di laptop Apple berbanding sistem operasinya OS X

Ya ! berita ini benar sekali. Untuk membuat perbandingan antara 2 sistem operasi ini, kebiasanya kita akan melakukan instalasi di Macbook menggunakan "BootCamp" dan menjalankan proses 'cross-platform benchmark' untuk menyelesaikan teka-teki ini. Ujikaji ini telah dilakukan oleh pelajar di Tufts Universiti di Medford-Somerville Massachusetts US. Keputusan akhir, Windows 10 lagi laju daripada OS X

Ini rumusan yang diberikan Alex King di dalam blog  bertajuk " Testing the 12-inch MacBook's Performance dengan Windows 10" ,

" Saya telah melakukan sistem upgrade daripada Windows 8.1 kepada Windows 10 di laptop Macbook . Saya diberi tempoh 1 bulan menggunakan Windows 10 secara percuma. Seperti biasa , setelah saya selesai upgrade kepada Windows 10, saya set kualiti resolusi grafik kepada yang tertinggi mengikut spesifikasi laptop Macbook iaitu 2304 x 1440 (16:10) dan mula bermain-main dengan sistem operasi Windows ini.

Saya dapat merasakan Windows 10 beroperasi dengan lancar tanpa ada sebarang "hanging" atau "lagging". Ia berfungsi dengan baik sekali sehinggkan saya merasakan ia lebih baik daripada OS X.  Walaupun saya mematikan Transperency di OS X, Mission Control tidak bergerak lancar berbanding apabila menggunakan Windows 10 dan saya menghidupkan Aero Glass ia bergerak lancar seperti tiada program yang lain mengganggu prestasinya. Ia menjadikan saya lebih sayang pada Macbook 12-inch saya."

Oleh yang demikian, Apple perlu melakukan modifikasi menyeluruh keatas program OS X atau sistem pengoperasian ini akan ketinggalan dan terkubur. Bukan mudah untuk Apple untuk sampai ke tahap ini dimana sebelum ini sistem pengoperasian Max OS adalah yang terunik dan pantas di dalam perkakasannya. Agak pelik bila suatu hari nanti, apabila ada pelanggan yang membeli laptop Macbook dan berkata " bro, boleh tukar OS tak ? "