Tuesday, February 2, 2016

Teknologi 2016..Gadget Yang Pasti Buat Anda Terngaga !

Assalamualaikum pembaca petiktetikus. Pejam dan celik kita sudah berada dalam tahun 2016. pada tahun 2015 kita sudah ditunjukkan dengan pelbagai gadget yang menakjubkan. Tetapi tahukah anda, pada tahun ini, anda akan dikejutkan lagi sehingga pengsan rasanya. Pelbagai teknologi dicipta pada tahun ini dan saya memilih 10 teknologi terhebat pada pandangan saya.

PERHATIAN !

Pastikan anda dalam kedudukan selesa semasa membaca, segala kecederaan mental dan fizikal tidak akan ditanggung oleh Petiktetikus



PLAYSTATION VR


Ini adalah satu lagi teknologi maya yang dibawa oleh Sony untuk menyanyingi satu lagi syarikat iaitu Oculus rift yang akan ada di dalam senarai ini. Ia diperkenalkan kepada umum sebagai Projek Morpheus pada tahun 2014. Ia salah satu usaha Sony untuk memanapoli teknologi game maya (virtual reality). Prototype model ini mempunyai paparan oled display yang memaparkan kualiti gambar yang hebat iaitu 1920 x rgb x 1080, bersama-sama kawalan sensor gerakan yang memaparkan frame 120 persaat...Wow!





OURA


Oura adalah satu gadget kesihatan yang berbentuk seperti cincin yang berfungsi untuk mengesan kesihatan pemakainya dan mencadangkan beberapa kaedah pemakanan, senaman dan rehat (tidur). Tidak seperti gadget lain yang dilihat tidak selesa dipakai, Oura  mempunyai design yang menarik dan selesa.Ia juga di datangkan dengan pelbagai saiz. 







SEABOARD


Musik juga mempunyai gadget terkini dan ia amat hebat sekali.Ia mempunyai key bergetah yang mempunyai pelbagai fungsi dan note bunyi yang boleh dimanipulasi oleh individu yang ingin mewujudkan satu bunyi yang lain dan unik. Lihat video dan anda pasti akan kagum dan cool !





DIETSENSOR



Pernahkan anda melihat gadget yang boleh mengesan apa jenis makanan yang anda makanan dengan menggunakan sensor. DietSensor di datangkan dengan 1 unit sensor yang akan mengesan jenis makanan anda dan akan memberikan maklumat tentang makanan di smatrphone anda. App yang mudah dan membantu anda memilih pemakanan anda





SAMSUNG GALAXCY S7 EDGE


Smartphone samsung bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Untuk model terbaru ini, diketahui tidak akan banyak beza daripada model sebelumnya tetapi ia akan di"upgrade" dengan membaiki semua kelemahan pada model sebelumnya. Ia termasuk dari segi paparan sentuhan, kelajuan cip dan perisian dan perkakasan kamera. Nantikan sahaja kemunculannya





NOKIA OZO



Ini lah masanya untuk membuat rakaman "virtual reality" secara pro. Nokia telah mencipta kamera yang boleh dikawal secara wireless dan boleh membuat rakaman audio dan video 360 darjah tanpa sekatan. hebat bukan?. Ia boleh digunakan oleh penggiat movie tanah air untuk membuat satu filem yang lain daripada biasa.





DOLBY ATMOS SPEAKER SYSTEM


Anda akan merasai suasana baru mendengar tayangan video di rumah anda. Teknologi baru daripada Dolby kali ini adalah dengan menghalakan bunyi keatas kearah syiling dan memantul kepada individu. Ia akan menghasilkan satu bunyi yang unik dan anda dapat merasai suasana pawagam dengan lebih nyata.




MICROSOFT HOLOLENS



Gergasi perisian Microsoft telah mula mengorak langkah di dalam teknologi hologram. Ia merupakan satu teknologi dimana virtual realiti akan bergerak secara langsung dengan dunia nyata yang akan membentuk satu suasana dunia baru. Maksudnya anda boleh mereka sesuatu  dan memaparkan di dunia nyata. Seperti cerita ironman.





APPLE IPHONE 7 / 7 PLUS


Ya amat janggal jika tiada iPhone di dalam senarai ini. iPhone 7 ini akan didatangkan dengan teknologi terbaru seperti 'waterproof ' dan 'wireless charging'. kemungkinan besar lubang jack untuk headphone juga akan dibuang. Tunggu dan lihat apa lagi perubahan yang akan ada pada model ini.




OCULUS RIFT

Syarikat yang menjadi peneraju kepada virtual realiti dan menjadi penyebab kepada kewujudan syarikat lain untuk bersaing di dalam teknologi virtual realiti, tidak lain dan tidak bukan, memperkenalkan Oculus Rift.  Ia direkabentuk khas untuk permainan video game. Ia sekarang sudah meluaskan sayap kepada media sosial dan media streaming.