Wednesday, February 26, 2014

Musim Panas Yang Membingungkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Petiktetikus. Cuaca di kawasan saya boleh dikategorikan panas tahap "memanggang". Hasilnya saya mengalami demam dan sakit kepala sepanjang hari. Suhu yang tinggi ini juga menyebabkan produktiviti menjadi sedikit terganggu dan kalau boleh saya tidak mahu melakukan tugasan diluar pejabat.


Keadaan panas yang masih tidak nampak titik noktah ini mengajar kita supaya bersyukur semasa tuhan memberikan cuaca yang nyaman dan selesa. Pelbagai kesusahan dan kepayahan yang terpaksa di alami semasa musim panas ini, antaranya kawasan hutan terbakar, tanaman mati dan kekeringan air, wabak penyakit dan kehilangan sumber mata pencariaan. Kebakaran hutan yang berlaku di dalam dan di luar negara menjadi satu masalah besar kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya. Kebakaran yang berlaku di kawasan terpencil dimana tiada sumber air untuk memadamkan kebakaran menyebabkan kebakaran sukar dikawal dan dipadamkan. Usaha individu untuk memadamkan kebakaran ini harusla dipuji kerana mereka bergadai nyawa untuk mengharungi badai api yang membara bagi  memadamkannya. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, PGA  dan lain-lain.

Masalah kekurangan sumber air juga menjadi masalah kronik pada musim panas ini. Apabila bekalan air daripada empangan kering, maka proses agihan air ke kawasan-kawasan di sesebuah negeri akan terganggu. Langkah kerajaan yang biasa dilakukan ialah menggerakkan bantuan bekalan air bersih ke kawasan menggunakan lori tangki air. Kekurangan jumlah lori dan permintaan sumber air yang tinggi juga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Baru-baru ini, sekumpulan penduduk menahan lori tangki air yang melalui di kawasan kejiranannya dengan mengepung lori tersebut. Sedangkan kuota air tersebut untuk kawasan lain. Ada juga yang terpaksa menunggu selama berjam-jam menunggu lori tangki air yang tidak muncul-muncul dan kadangkala bekalan yang disediakan tidak mencukupi. Sedih saya melihat ibu mengendong anaknya sambil berjalan membawa tong-tong air.


Kemusnahan tanaman dan ternakan juga menjadi hidangan pahit di waktu musim kemarau ini. Banyak hasil ternakan mati dan tanam-tanaman tidak dapat hidup seperti biasa. Sebagai contoh kolam ternakan ikan yang terpaksa menanggung kerugian beratus ribu ringgit kerana ternakan mati samada air terlampau panas atau kolam air kering kontang. Tanaman seperti padi tidak dapat diusahakan kerana tiada air  yang dapat dialirkan daripada tali air. Saya melihat para petani menangis kesedihan mengenangkan kesusahan yang bakal mereka tempuhi sekiranya sumber air masih tidak dapat diperolehi.

Bagi individu yang membaca blog ini, saya ingin menasihatkan anda supaya kerap minum air untuk mengelakkan tubuh badan terhidrat. Pengambilan air yang kerap dapat membantu mangawal suhu badan dan menguatkan kekuatan sistem imunisasi tubuh. Selain daripada itu, anda juga hendaklah kerap mandi dan tidak melakukan kerja di kawasan panas terik dalam tempoh yang lama. Bagi umat islam ,Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa semoga Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mengurniakan hujan untuk keselesaan kita bersama. 

Di sini saya kongsikan petikan doa-doa untuk memohon hujan :