Thursday, February 20, 2014

Facebook membeli Whatsapp..."Whats" happen?



Facebook telah melakukan langkah pelaburan yang besar dengan membeli sistem mesej popular Whatsapp dengan nilai yang besar iaitu RM 62.7 bilion. Harga ini kita boleh membeli sebuah pulau di Carrebian. Facebook membayar RM39.6 bilion dalam bentuk saham dan wang tunai RM13.2 bilionPerjanjian itu turut melibatkan wang tambahan RM9.9 bilion dalam bentuk saham Facebook untuk pengasas dan kakitangan WhatsApp. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum akan menyertai Lembaga Pengarah Facebook.

Mengapakah Syarikat Facebook perlu mengambil alih Whatsapp walaupun kedua-duanya mempunyai jutaan pengguna dan antara media sosial yang paling popular di dunia. Dianggarkan Whatsapp mempunyai 450 bilion pengguna. Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp.Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan. Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas.



Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat. Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah Facebook mengambil langkah drastik untuk memastikan ia masih lagi releven dan penggabungan ini mungkin akan menghasilkan sesuatu program yang lebih menarik. Kita hanya perlu tunggu dan lihat masa depan Facebook, semakin cerah atau suram hilang begitu sahaja.