Friday, March 7, 2014

"Cloud Storage" Pilih Yang Mana Anda Suka !

Suatu ketika dahulu kita menyimpan data hanya di dalam disket (FFD). Kepingan empat segi yang nampak seperti "biskut marry" ini hanya bolen meyimpan data sebanyak 1.44 MB. Apa yang boleh disimpan dengan space data sebegini kecil? . Hanya data rekod biasa sahaja yang boleh di simpan. Kemudian kita masuk ke era CD di mana saiz simpanan semakin besar iaitu 700 MB dan seterusnya pengenalan kepada DVD dengan saiz 4.7 GB. Kemudian, kita masuk ke era pendrive dan external yang membolehkan kita menyimpan data sebesar dan boleh dibawa kemana-mana. Walaupun ia nampak mudah dan selamat tetapi, sekiranya ia rosak atau dicuri, segala data anda akan hilang begitu sahaja. Meraung sekuat mana pun anda tidak akan mendapatkan data anda kembali. Adakah ada cara yang menjamin keselamatan data anda dan anda boleh mendapatkan data anda di mana sahaja anda berada? Yup ada!. Selamat datang ke era "CLOUD".

"Cloud" atau "Cloud Storage" merupakan peti simpanan virtual data anda. Maksudnya, anda menyimpan data anda di dalam internet. Saban tahun banyak syarikat telah mengeluarkan perkhidmatan ini dengan menawarkan saiz "storage" yang besar dengan nilai yang menarik (free pun ada). Kenapa saya kata selamat?, ini kerana data anda tidak mudah hilang dan anda boleh mencapai data anda daripada mana-mana Pc mahupun laptop asalkan ada sambungan internet. Mudahkan?.

Pada hari ini saya ingin kongsikan "Cloud Storage" yang ada di web sekarang, anda boleh menekan tajuk yang "TERSOROK" untuk ke setiap jenis "Cloud" dan link akan membawa ke laman web utamanya untuk anda mencubanya.  dan Calon-calonya ialah :



Amazon sudah tidak perlu saya perkenalkan lagi. Ia merupakan salah satu syarikat yang mula-mula membuat jualan langsung secara onlile. Kali ini, Amazon memperkenalkan Amazon Cloud Drive. Anda tidaka boleh menyimpan data dalam kuantiti yang besar di sini  kerana anda hanya boleh menyimpan data sebesar 5GB percuma. Untuk membenarkan diri anda menerima ruang data yang besar anda perlu membayar RM 40 untuk 20 GB setahun,  RM 150 untuk 100 GB setahun dan RM 1500 untuk 1TB  setahun. Amboi !






Satu produk daripada Apple yang bagi saya tidak sesuai untuk penyimpanan data bersaiz besar. Ia hanya boleh digunakan oleh pengguna yang telah memiliki akaun Apple. Ia boleh digunakan dengan mendownload aplikasi ini daripada "online store" di mana ia akan menyimpan data daripada tablet Apple  seperti contact, nota, dan kalender. Percuma untuk ruang saiz 5GB. RM 60 untuk tambahan 10 GB , RM 120 untuk 20GB dan RM 300 untuk 50 GB.



Ini merupakan satu perkhidmatan berasaskan desktop dan web yang mana ia menyediakan ruang 10 Gb secara percuma. Selain daripada itu, pengguna juga tidak terikat dengan sebarang syarat dan jenis data yang boleh di simpan di sini. Sekiranya jumlah ruang yang diberikan masih tidak mencukupi, anda boleh membayar RM 300 setahun untuk mendapatkan ruang tanpa had. Tidakkah itu menarik?. Sistem ini akan mewujudkan satu "drive" di dalam PC anda dan sebarang data yang anda letakkan di dalamnya dengan kepantasan 132MB dalam masa 19 saat. Satu perkhidmatan yang menakjubkan. Data anda boleh di "mirorr" kan dan server ini di lengkapi dengan inkripsi 256-bit AES untuk menjaga keselamatan data anda.







Ia menyediakan ruang sebesar 10 GB bagi yang mendaftar secara percuma. Walaubagaimanapun, ia akan mengurangkan simpanan file tidak lebih daripada 250 MB, kenapala ia di setkan sebegitu rupa?. Untuk meningkatkan tahap data anda, seperti biasa anda perlu mendaftar dan membayar RM 30 untuk 100GB  untuk akaun persendirian. Sekiranya di daftarkan untuk syarikat, anda perlu membayar RM 15 untuk 1 user untuk "pool storage" sebanyak 100GB. Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan tahap simpanan size data sebanyak 2GB untuk setiap operasi.Tidak ada fungsi paparan "media file" yang anda hantar ke Box via paparan website. Sistem ini direkabentuk hanya untuk tambah (add),edit, kongsi dokumen dan teks.  Walaubagaimanapun ia merupakan aplikasi yang mudah digunakan dan mudah untuk mewujudkan file "cloud" daripada PC anda.





Apabila saya mula-mula membuka website ini, saya merasakan ia seperti "cloud" yang lain. Setelah di kaji saya dapati ia menyediakan 5GB ruang data dengan 2GB untuk setiap fail yang diwujudkan . Untuk menambahkan saiz ruang data, anda perlu membayar dari harga RM 13 sebulan untuk 100GB  sehinggalah RM 120 sebulan untuk 1 TB . Walaubagaimanapun Ia akan meminta anda mendaftar dan membuat pembayaran awal untuk 1 tahun, satu langkah untuk membuatkan anda terikat dengan perisian ini.

Ia mudah digunakan dan anda tidak perlu menukar file sedia ada di dalam PC anda. Untuk sync file anda dengan sistem "cloud" ini, anda hanya perlu menarik ia ke dalam folder "My Cubby" yang akan tersedia atau "right -click" folder sediada di dalam PC anda dan tambahkan ia secata sync. Ia menyediakan sistem  inkripsi AES 256-bit untuk keselamatan data anda dan mempunya kemampuan penghantaran saiz data yang pantas. Perkongsian data dengan pengguna lain amat mudah dilakukan dengan hanya menghantar "link" file kepadanya. Menariknya ia mempunyai kemampuan "media playback" dan "version tracking" di dalam app ini dimana ia akan membuang data lama yang tidak digunakan untuk memberi ruang kepada data baru.






Siapa pegawai kerajaan yang tidak pernah menggunakan Dropbox?. Saya sendiri menggunakan perkhidmatan ini. Ia memberikan anda 2GB ruang data sebagai permulaan dan dengan bayaran RM 200 anda akan diberikan 100GB setahun, 

Dropbox akan mewujudkan satu fail  yang mudah di dalam hardisk anda yang mana anda diberi kebebasan untuk menukar lokasinya. Semua data yang anda masukkan di dalam fail akan di kemaskini (sync) di setiap pc yang anda intallkan apliklasi ini. Pastikan anda tidak terlupa pasword anda.




 PILIHAN LAIN DARIPADA PETIKTETIKUS :
















No comments:

Post a Comment