Monday, September 7, 2015

Web Browser Chrome 45 Tidak Lgi Membebankan RAM..Alhamdulillah !


Seperti yang kita sedia maklum, web browser Chrome dari Google ini terkenal dengan 'kerakusannya' melahap RAM PC atau laptop kita yang membuatkan kelajuan PC dan laptop terganggu.  Pernah anda lihat berapa banyak memory yang ditarik oleh Chrome? jawapannya , banyak sangat !

Walaubagaimanapun, Google telah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini dan ia telah dilakukan pada perisian Chrome versi 45. Anda akan dapat menerima "loading page" yang pantas, lebih kemas dan tidak lagi menghabiskan bateri laptop anda seperti versi sebelumnya.

Beberapa langkah yang dibuat oleh Google seperti tab di 'restore' dari paparan dari turutan most (kerap) kepada least (kurang kerap) yang dilayari oleh pengguna. Satu lagi perubahan drastik ialah apabila browser mendapati laptop user kekurangan tenaga, ia akan automatik memberhentikan mode restore tab. Chrome 45 juga akan mengesan webpage yang tidak sibuk dengan tugasan lain, ia akan membersihkan memory lama dan yang tidak digunakan. Mengikut kata Google, langkah ini dapat mengurangkan purata 10 % website memory usage dan akan lebih efektif jika pada website yang lebik kompleks. Sebelum terlupa, Chrome ini juga akan secara automatik "pause" sistem FLASH yang tidak bersangkut paut dengan laman webpage yang dilayari. Menarik bukan !


Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama upgrade Google Chrome dan merasai keselesaan melayari laman web tanpa membawa "beban" RAM yang melampau. Cubalah !

Friday, July 24, 2015

15 Adab-Adab Bagi Penghisap Vapour E-Ciggarate



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Vapour. Sudahkah anda vapour untuk hari ini? yang pasti saya sudah. Kenikmatan berkumpul beramai-ramai bersama rakan-rakan menukar pendapat dan mempelajari teknik hisap dan pembersihan mode amat bernilai dan pada masa yang sama mengukuhkan persahabatan dan komuniti antara kita

Oleh yang demikian, perlu diingat bahawa kita sebagai komuniti vapour perlu mengetahui beberapa adab-adab semasa menghisap vapour untuk menjaga nama baik dan komuniti kita bersama. To earn people respect, we must start to behave ourself and be a better person right ?

Tanpa saya membebel panjang, disini saya ingin "mencadangkan" beberapa adab untuk kita ikuti bersama :

1. Jangan hisap di depan kanak-kanak dan bayi. Cammon la, kesian mereka diselubungi asap

2. Jangan hisap di dalam tempat tertutup yang mempunyai ramai orang, walaupun bagi kita bau asap  wangi, tetapi ada individu lain yang tidak selesa

3. Jangan merasa kecil hati sekiranya tip vapour di lap semasa dikongsi bersama.

4. Jangan mengajar kanak-kanak dan remaja mengenai vapour. Mereka masih mentah dan nak beli gula-gula pun minta duit kat  mak ayah lagi.

5. Sekiranya kita menggunakan tisu dalam kuantiti yang banyak untuk membersih subtank di kedai   mamak atau kedai makan yang lain, setelah selesai, kumpulkan dan masukkan di dalam bekas   cawan, jangan biarkan ia bersepah

6. Jangan hembuskan asap vapour ke muka orang direct...nak kena penampor!

7. Jangan sesekali mencuri tester vapour di kedai penjual vapour. Ko beli mode mahal-mahal takkan liquide tak mampu beli. Orang lain nak test pun payah!

8. Sekiranya ditegur orang berkenaan asap vapour di tempat terbuka, balas dengan senyuman dan permohonan maaf. Sebab vapour masih baru di Malaysia dan masih ramai yang tidak tahu wap air vapaour lain daripada asap rokok

9. Sekiranya rakan-rakan minta meminta bantuan dan tunjuk ajak mengenai penjagaan mode dan penukaran kapas mode, jangan digelakkan dan kedekut ilmu. Sharing ilmu bersama-sama, tak rugi pun

10. Jangan melakukan provokasi atau kutuk mengutuk antara liquid-liquid di pasaran, masing-masing ada favourite dan tekak masing-masing selesa dengan liquid tertentu.

11. Sekiranya di rumah, hisaplah di beranda atau di luar rumah, kalau tak nanti kena perambat penyapu ngan mak. Kesian orang tua kita

12. Sekiranya di dalam kereta, tanya dahulu tuan punya kereta samada kita boleh hisap vapour di dalam keretanya, nanti esok dah tak dapat tumpang lagi. jalan kaki la jawabnya

13. Jangan sesekali menjual vapour kepada budak-budak hingusan (bawah umur), amat buruk sekali tengok budak darjah tingkatan 1 hisap vape di dalam kelas hisap ngan poyonya.

14. Sekiranya rakan-rakan meletakkan botol liquid diatas meja, minta izin dahulu untuk guna, jangan main tabur terus dalam tank korang, nanti tajam jer mata mamber menjeling

15. Hisap vapour dengan berkhemah, jangan hisap ketika sakit dan di depan orang sakit. Jagalah kesihatan sesama vapour.


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama :)






Sunday, July 19, 2015

Perkongsian Tips Keselamatan Password (Bergambar)..Tengok Puas-Puas Tau


Assalamualaikum dan selamat hari raya petiktetikus ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Dengan hati yang ikhlas saya ingin ucapkan..." I Love You ALL ". Ok berbalik pada sebab utama post ini di buat,  beberapa minggu ini saya menerima beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan 'password' yang digunakan untuk email,media sosial dan akaun bank. Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan menentukan 'password' ini. Untuk memudahkan anda memahaminya, saya paparkan beberapa gambar poster yang saya temui di laman web untuk tatapan pembaca semua atau anda semua boleh ke 'link' dibawah untuk ke post saya sebelum ini yang pernah memberikan tips keselamatan password yer ;



====================================================================







Thursday, June 11, 2015

Windows 10 Beroperasi Lancar Di Laptop Apple Berbanding OS X..Wahahahaha !



Hai rakan-rakan pembaca PETIKTETIKUS semua. Saya kembali lagi dengan pelbagai isu IT dan teknologi yang berlaku di dunia sekarang. hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang pelik dan agak hebat (tergelak sekejap bila taip post ini ). Perisian terbaru daripada Windows iaitu Windows 10 boleh beroperasi lagi baik di laptop Apple berbanding sistem operasinya OS X

Ya ! berita ini benar sekali. Untuk membuat perbandingan antara 2 sistem operasi ini, kebiasanya kita akan melakukan instalasi di Macbook menggunakan "BootCamp" dan menjalankan proses 'cross-platform benchmark' untuk menyelesaikan teka-teki ini. Ujikaji ini telah dilakukan oleh pelajar di Tufts Universiti di Medford-Somerville Massachusetts US. Keputusan akhir, Windows 10 lagi laju daripada OS X

Ini rumusan yang diberikan Alex King di dalam blog  bertajuk " Testing the 12-inch MacBook's Performance dengan Windows 10" ,

" Saya telah melakukan sistem upgrade daripada Windows 8.1 kepada Windows 10 di laptop Macbook . Saya diberi tempoh 1 bulan menggunakan Windows 10 secara percuma. Seperti biasa , setelah saya selesai upgrade kepada Windows 10, saya set kualiti resolusi grafik kepada yang tertinggi mengikut spesifikasi laptop Macbook iaitu 2304 x 1440 (16:10) dan mula bermain-main dengan sistem operasi Windows ini.

Saya dapat merasakan Windows 10 beroperasi dengan lancar tanpa ada sebarang "hanging" atau "lagging". Ia berfungsi dengan baik sekali sehinggkan saya merasakan ia lebih baik daripada OS X.  Walaupun saya mematikan Transperency di OS X, Mission Control tidak bergerak lancar berbanding apabila menggunakan Windows 10 dan saya menghidupkan Aero Glass ia bergerak lancar seperti tiada program yang lain mengganggu prestasinya. Ia menjadikan saya lebih sayang pada Macbook 12-inch saya."

Oleh yang demikian, Apple perlu melakukan modifikasi menyeluruh keatas program OS X atau sistem pengoperasian ini akan ketinggalan dan terkubur. Bukan mudah untuk Apple untuk sampai ke tahap ini dimana sebelum ini sistem pengoperasian Max OS adalah yang terunik dan pantas di dalam perkakasannya. Agak pelik bila suatu hari nanti, apabila ada pelanggan yang membeli laptop Macbook dan berkata " bro, boleh tukar OS tak ? "