Saya PetikGuru

Assalamualaikum Dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah memberi sokongan kepada blog saya. pada mulanya saya hanya sekadar suka-suka ketika mula melibatkan diri dalam arena blog. Tetapi hari demi hari , saya mula tertarik dengan fungsinya. Saya dapat berkongsi maklumat, pandangan dan pada masa yang sama menambah kenalan yang turut sama mempunyai blog. Sehingga hari ini, saya telah berjaya mewujudkan 4 jenis blog yang aktif dan pada masa yang sama mengemaskini blog-blog yang saya rekabentuk untuk rakan-rakan saya.

Di dalam blog ini juga, saya turut memaparkan isu-isu terkini berkenaan teknologi maklumat dan perkakasan terkini yang telah atau bakal dikeluarkan. Saya juga turut menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kelas merekabentuk  blog, kelas keselamatan IT,dan kelas keseronokan IT.

Pada masa yang sama, saya turut menjual perkakasan baru seperti laptop, PC dan projektor, begitu juga barangan "second hand" yang saya memberi jaminan ia masih boleh digunakan dan berkualiti. Saya juga ada menyedikan perkhidmatan terus ke rumah dimana sekiranya anda mengalami sebarang masalah berkenaan PC dan Laptop, saya akan terus ke rumah dengan kadar upah yang berpatutan. Setiap kerja saya dijamin berkualiti dan memuaskan dan sudah pastinya kepuasan anda adalah kegembiraan saya.

Akhir kata, saya gembira dan berbesar hati kerana anda terus memberi sokongan dan mempercayai kebolehan saya untuk membantu memudahkan hidup anda. Saya akan cuba memberikan informasi terkini tanpa henti kepada anda.

anda boleh menghubungi saya di talian :

PetikTetikus Stor

No Hp : 012-6899744 / 019-2012711

Terima Kasih


No comments:

Post a Comment