Showing posts with label Bola Hit. Show all posts
Showing posts with label Bola Hit. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

World Cup 2014 Brazil Dibelasah 7-1 Oleh German..Sedih! Pedih!


Aku cuma mahu berkongsikan perasaan sedih pada perlawanan awal pagi tadi diantara Brazil dan German. Siapa boleh menyangka Brazil ,sebuah negara bola sepak yang mempunyai pemain terhebat dunia dan telah membelanjakan berjuta-juta dollar tewas dengan memalukan. Percaturan Jurulatih brazil, Luis Filipe Scolari yang lemah dan ketiadaan tonggak utama yang cedera menambah perit kepada pasukan Brazil. Rata-rata penyokong Brazil hampir tidak percaya dengan corak permainan pasukan kesayangan meraka yang memberikan lorong gol yang mudah kepada pasukan German. Apa yang boleh saya katakan lagi hanya mengucapkan "Brazil Go Down With Samba".



Pada masa yang sama, banyak tangan-tangan nakal berkongsikan gambar-gambar nakal mengenai kekalahan pasukan Brazil awal pagi tadi :

















Bagi  anda yang ingin melihat gol-gol yang dijaringkan malam tadi boleh melihat pada link gambar dibawah :




Wednesday, April 23, 2014

Perginya David Moyes..Hipokrasi?


Siapa yang tidak mengenali jurulatih yang bernama David Moyes. Jurulatih sebuah kelab yang ke-3 terkaya dalam senarai kelab bola sepak dunia dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah kelab paling bernilai pada tahun 2013 kira-kira 3.165 Billion USD, tidak lain dan tidak bukan Manchaster United FC (MU). Pada 22 April 2014, ahli lembaga kelab yang merasakan kelab MU telah memasuki ambang era kejatuhan  seperti zaman kegemilangan kesultanan Melaka ini telah mengambil keputusan drastik dengan memecat David Moyes kerana "dituduh" atau "dikambing hitamkan" atas prestasi dingin kelab pada musim 2014 ini. Salam pembuka kata baru ni !


Adakah ia satu langkah yang bijak untuk memecat David Moyes?. Apapun mari kita melihat dahulu prestasi David Moyes semasa mengendali MU. Dalam tempoh 10 bulan, MU telah memperolehi 51jaringan gol, 27 kemenangan, seri 9 dan tewas 15 bukanlah satu keputusan yang teruk. Ini kerana suatu masa ketika dahulu MU dibawah kelolaan Sir Alex Furgeson mengalami detik hitam yang teruk semasa beliau mula-mula menjadi jurulatih MU. Pasukan gergasi ini pernah berada di tangga-11 selama 2 musim. 2 musim !. MU yang kita semua kenal sekarang merupakan MU yang telah mengalami pelbagai kekalahan dan telah mengalami perubahan yang mengambil masa yang lama oleh Sir Alex Furgeson. Maka tidak hairanlah sekiranya sesebuah pasukan yang telah mengubah jurulatih perlulah menggunakan "acuan" baru yang juga memerlukan sedikit masa untuk diuli, dikepal, dicarik dan dibakar untuk menghasilkan sesuatu yang indah. Sikap terburu-buru ahli lembaga pengarah kelab MU ini tanpa mengambil kira sejarah lampau amat mendukacitakan dan memalukan.

Para penyokong MU juga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada permasalahan ini. Ada yang bersetuju dengan tindakan  ini atas rasa cintakan kelab yang semakin mengalami kekalahan demi kekalahan. Meraka amat merindukan sorakan yang menggegar stadium keramat dan mengimpikan legasi MU sentiasa kekal gemilang. Walaubagaimanapun, ada juga penyokong MU yang merasakan peluang patut diberikan lagi kepada David Moyes untuk menjadi jurulatih dan mecari tonik ajaib untuk membawa kembali MU ke jalan yang lurus ! ops silap, ke landasan kemenangan yang sepatutnya.


Perlu diingat David Moyes bukan calang-calang jurulatih. Beliau telah diberikan penghargaan sebagai Jurulatih Sepanjang Tahun pada 2003, 2005 dan 2009 oleh Persatuan Kejurulatihan Liga FA. Beliau telah menghasilkan pemain berbakat seperti Wyane Rooney. Beliau juga telah membawa kelab Everton untuk layak ke UEFA pada tahun 2005 dan berjaya layak ke final piala FA pada 2009. Prestasi beliau ini telah mendapat pujian daripada Sir Alex Furgason, Arsene Wenger dan Kenny Dalglish. Hebat bukan?

Pada pendapat saya kekalahan MU disebabkan  kerana :

  1. Semua pasukan menampilkan permainan yang menarik dan taktik yang seimbang pada liga tahun ini.
  2. Pemain yang mengalami kecederaan dan kekurangan pemaian gantian yang berkualiti
  3. Tindakan CEO kelab yang mengganggu tugas David Moyes
  4. Pemain yang diturunkan tidak memberikan komitmen dan prestasi yang diharapkan
  5. Keletihan kerana jadual sukan bola sepak yang padat
Apapun saya mengucapkan tahniah kepada David Moyes kerana telah mencuba sedaya upaya untuk membentuk pasukan MU yang terbaik walaupun tetap mengalami kekalahan. Ini lah asam garam dunia bola sepak. Semoga kelab akan datang yang akan menggaji anda tidak kira liga eropah,liga sepanyol, liga arab mahupun liga afrika dapat melihat dan menggunakan kebolehan anda ke tahap yang lebih tinggi. "Good Luck David Moyes From Petiktetikus!"



Saturday, October 20, 2012

ATM vs KELANTAN..menyebutnyer sahaja buat aku berpeluh(LIVE STREAMING)

Pada malam ini kita akan dihidangkan dengan perlawanan bola sepak yang menawarkan kejuaraan Piala Malaysia 2012. Perlawanan kali ini menemukan 2 pasukan hebat, KELANTAN bertempur ATM! dalam slot malam ini. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi pasukan ATM untuk sampai ke tahap ini.



Pelbagai rintangan perlu diharungi, pelbagai pasukan perlu di 'alteri' untuk sampai ke perlawanan akhir. Syabas! semangat juang anda amat saya sanjungi. Semalam pasukan ATM menerima lawatan khas daripada Yang di-Pertuan Agong sedikit sebanyak menaikkan semangat juang pasukan ini. Kapten Pasukan ATM, Hairuddin Omar percaya, dengan susunan tektikal yang kemas dan semangat pasukan yang utuh sahaja dapat memastikan mereka dapan bergelar juara dan mengakhiri penantian untuk mengucup trofi agung ini.


Manakala bagi pasukan KELANTAN, kemenangan berganda(actually untuk piala ke-3) diperlukan bagi mengukuhkan cengkaman dan taruhan pasukan yang bergelar The Red Warior dalam arena bola sepak Malaysia. Kapten pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menyebut tiada bebanan untuk beliau menjaringkan gol . Sifat yakin ini menunjukkan betapa pastinya pasukan ini memenangi perlawanan pada malam ini. Tidak perlulah dipertikaikan lagi kekuatan jentera pasukan Kelantan ini yang mempunyai penjaga gol yang berkaliber, kawalan pertahanan yang kuat dan susunan taktikal daripada jurulatih yang sukar dibaca rentaknya.


Sudah pastinya harapan kedua-dua jurulatih ATM dan Kelantan untuk muncul sebagai individu yang membawa kelab ini ke puncak kegemilangan. Berperanglah ATM sehingga ke kelongsong peluru yang terakhir  dan berjuanglah Kelantan dengan semangat kijang buas di padang pada malam ini. GOOD LUCK,LET THE BEST TEAM WINS :)

Petiktetikus menemui link intuk melihat perlawanan secara LIVE STREAMING. Sila ke link ini untuk menontonya...

KEPUTUSAN AKHIR  :  ATM 2 KELANTAN 3

Tuesday, October 16, 2012

MALAYSIA vs HONG KONG 2012...MESTI TENGOK!!!


Assalamualaikum dan selamat malam. Wah! saya berdebar-debar menanti bermulanya perlawanan persahabatan antara pasukan harimau Malaysia dan Hong Kong. Perlawanan yang sedang berlangsung pada malam ini adalah satu perlawanan penting yang akan menentukan TURUN dan NAIK ranking pasukan kebangganan kita. Jadi perlawanan pada malam ini sementinya "KELAS A", bukan ke begitu?.



Perlawanan pada malam ini pastinya merupakan satu perlawanan yang sengit dan hebat. Masing -masing bakal menunjukkan kemahiran pemain dan strategi jurulatih kedua-dua pasukan ini akan diuji semaksima mungkin. Pasukan Hong Kong yang menurunkan pemain-pemain baru di bawah jurulatih Ernie Merrick mahu melakukan sesuatau yang bakal mengejutkan pasukan Malaysia. Bagi pasukan Malaysia pula, Jurulatih Rajagopal semestinya menurunkan pemain yang dinilai cergas sepanjang latihan sebelum ini. Pada masa yang sama, beliau akan melakukan proses pemilihan pemain untuk perlawanan Suzuki Cup AFF 2012 dengan menilai prestasi pemain pada malam ini. Tunjukkan kesungguhan Harimau Malaya sekalian.


Eh, bukankah itu Safee Sali ??... wah beliau akhirnya diturunkan pada malam ini. Saya sungguh tidak menjangkakan penampilan beliau. Saya berharap beliau dapat menunjukkan permainan yang mantap walaupun di kelilingi dengan permasalahan pasukan kelab yang diwakili beliau. sudah pastinya FAM menjalankan tanggungjawab dan usaha yang mengkagumkan untuk memasti Safee Sali dapat beraksi pada malam ini. OH!.. sebelum saya terlupa, tiada pemain dari skuad Kelantan dan ATM yang beraksi pada perlawanan malam ini kerana mereka sudah pastinya bersedia untuk merebut KEJUARAAN PIALA MALAYSIA. The best team will win ok( sudah pastinya bukan Kelantan.....).

Akhir sekali saya berdoa pasukan kebanggaan berjaya melepasi halangan pertama pada malam ini. Hip..Hip..Malaysia....Hip...Hip...Malaysia   >>MALAYSIA BOLEH<<

P/S: separuh masa ke-2, minit ke-60, Safee Sali menjaringkan 1 gol.....yeah!!!!!



Pasukan Malaysia


KEPUTUSAN AKHIR : MALAYSIA 3 HONG KONG 0 

Wednesday, March 7, 2012

Arsenal still Lose Even Winning...Haha :P

They went out in style. But sadly they still lose (i 'am happy actually because i'am chelsea fan).They went out with pride enhanced. Arsenal gave absolutely everything in giving mighty Milan an almighty fright last night in a classic Champions League match that will linger long in the memory. Mission impossible so nearly became the Great Escape.Arsenal are out, their European reverie over for another year. Even  they win 3-0 but  Milan win in aggregate 4-3. So long Arsenal....even u have a cannon but its useless if have no bullet ops!.. to hursh?...Naaaaaaaaaaa  :p


Arsenal (4-2-3-1): Szczesny; Sagna, Vermaelen, Koscielny, Gibbs; Song, Oxlade-Chamberlain (Chamakh 75); Walcott (Park 84) Rosicky, Gervinho; Van Persie. Subs: Fabianski (g), Djourou, Jenkinson, Miquel, Ozyakup. Booked: Sagna, Gibbs, Song.
Goals: Koscielny 7, Rosicky 26, Van Persie 43 pen

AC Milan (4-3-1-2): Abbiati; Abate, Silva, Mexes, Mesbah (Bonera 90); Nocerino, Van Bommel, Emanuelson; El Shaarawy (Aquilani 70); Robinho, Ibrahimovic. Subs: Amelia (g), Zambrotta, Ganz, Yepes, Roma. Booked: Van Bommel, Abate, Nocerino, Ibrahimovic.













Monday, March 5, 2012

Fabulous Result, Tottenham Hotspur 1-3 Manchester United


A Wayne Rooney header and two fine strikes from Ashley Young earned Manchester United a clinical win at Tottenham.Rooney nodded in from a corner by Young to break the deadlock right at the end of a first half that Tottenham had been largely in control of.Tottenham continued to dominate possession after the break but Young made it 2-0 when he volleyed in a high ball after a good run by Nani and then placed a long-range effort past Brad Friedel.Spurs substitute Jermain Defoe pulled one back with a right-foot shot but it was too late in the match to threaten the outcome.
Even though i not MU fan, i really like a good game and this game is one of it. below i give to you some scene from yesterday game. enjoy