Showing posts with label Politikus. Show all posts
Showing posts with label Politikus. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Kerajaan Terengganu Bertukar Tangan....Adakah Seperti Selangor?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi selasa ini, semasa saya menjamu selera sepinggan nasi lemak, mata saya terhenti pada tajuk akhbar harini. Agak terkejut dan hairan,Mengapa?. Menteri besar Terengganu, YB Dato Seri Ahmad Said telah melepaskan jawatan beliau sebagai menteri besar dan Datuk Ahmad Razif  Abd Rahman telah dilantik sebagai penggantinya yang baru. Apa yang telah terjadi?tiada ribut dan ombak tetapi taufan politik tiba-tiba muncul tanpa disedari.

Sebelum saya mula berbicara, saya ingin tekankan saya bukan Pro mana-mana parti dan hanya berminat melihat warna-warni politik Malaysia. Daripada maklumat yang Petiktetikus perolehi, krisis ini bermula semasa menghadapi pilihanraya ke-13 tahun lepas. YB Dato Seri Ahmad Said telah menghantar surat perletakan jawatan yang telah ditandatangani oleh beliau kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebelum perlantikan YB Dato Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal ke-2. Di beritakan Datuk Seri Najib Razak telah menolak surat perletakan jawatan tersebut tetapi YB Dato Seri Ahmad Said tetap akan meletakkan jawatan yang akan berlaku setelah perkahwinan anaknya berlangsung pada 17 May 2014
.

Malapetaka El-Nino belum lagi tiba, tetapi bencana di dalam pentadbiran kerajaan Terengganu tiba lebih awal. Kesudahan cerita ini tidak berhenti disini sahaja. Bekas Menteri Besar Terengganu,YB Dato Seri Ahmad Said telah memilih untuk keluar daripada Parti Barisan Nasional (BN) sebagai adun Bebas dan mengikut maklumat yang baru Petiktetikus terima, 5 lagi ahli ADUN BN turut mengambil langkah yang sama. iaitu :


  1. Adun Ajil                    (YB Ghazali)
  2. Adun Permaisuri          (YB Dato Mat Jidin)
  3. Adun Kemasik            (YB Ir Rosli)
  4. Adun Hulu Besut         (YB Nawi)
  5. Adun Bukit Besi(

Kesan daripada tindakan ini, pembubaran DUN bagi Negeri Terengganu akan berlaku setelah mendapat perkenan sultan. Sebentar! mari kita lihat semula kedudukan kerusi DUN sekarang.













PAS/PKR----------> 15 Kerusi DUN













UMNO------------> 11 Kerusi DUN



Terdapat beberapa berita yang masih lagi belum dipastikan kesahihannya, tetapi yang pasti perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru pasti berlaku.

Berita yang masih tidak dipastikan kesahihannya ialah:
  1. Istana menarik balik penganugerahan perlantikan Datuk Ahmad Razif  Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu
  2. Menteri Besar yang bakal dilantik adalah dikalangan individu daripada PAS
Walauapapun yang berlaku, Petiktetikus cuma berharap agar proses perlantikan ini berlaku dengan suasana aman dan tenteram tanpa berlaku sebarang provokasi. UMNO perlu melakukan tindakan drastik untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti itu. Apa yang berlaku di dalam parti masih menjadi tanda tanya dan saya tidak layak untuk mengutarakan sebab mengapa ini berlaku kerana faktor kekurangan maklumat dan amat sukar untuk membezakan maklumat yang benar dan palsu.

Marilah kita nantikan berita terkini di kaca TV dan sumber media cetak lain. #PrayforTerengganu


Wednesday, November 7, 2012

Malaysia...Why Politician Try to Kill You?.....


Semenjak Malaysia membuka pintu kepada dunia luar untuk mereka diluar sana mengenal kita dengan lebih dekat, ia juga turut memberi peluang kepada kita untuk mengenali negara-negara asing. Penambahan infrastruktur telekomunikasi dari masa kesemasa. Teknologi satelit dan fiber optik membantu penghantaran dan penerimaan maklumat dengan pantas dan tiada apa-apa halangan bagi ia untuk menembusi setiap benua. Kewujudan MSC mewujudkan perkembangan informasi yang meningkatkan produktiviti, kemahiran dan percampuran budaya yang mana ia memberi kesan baik atau buruk. Itu terserah pada  anda untuk menentukannya.

Petiktetikus dapat merasakan Malaysia tercinta ini semakin hari semakin anggun dan cantik dari pandangan mata kasar. Tetapi jika aku tenung dengan lebih dalam lagi, aku dapati terdapat pelbagai "anasir-anasir" jahat yang cuba merosakkan keharmonian yang telah lama kita kecapi. Pernah tak beberapa tahun dulu kita mendengar atau melihat orang ditembak dengan pistol? ataupun pernah ke kita mendengar anak-anak kita diculik kemudian dirogol dan dibakar seperti haiwan? atau pun yang lebih teruk kita melihat ramai yang mati kerana terlampau banyak makan?. Mengapa ia berlaku dengan kerap sekarang?. Lebih teruk lagi apabila kita merasakan isu-isu ini perkara biasa dan kita tidak berasa hairan lagi. What is happen right now?

Pada pendapat saya sendiri, informasi yang mudah dan pelbagai boleh didapati di internet tanpa sebarang tapisan dan pantauan menjadi punca kudis semakin melarat. Dengan hanya memetik tetikus, kita dapat pelajari bagaimana hendak membuat bom tangan, dengan memetik tetikus kita boleh diajar mencuri kereta, dengan hanya memetik tetikus, kita dapat membeli senjata dan yang lebih teruk dan hina lagi kita juga didedahkan bagaimana cara meluahkan protes dengan membakar harta benda orang lain, membelasah siapa sahaja yang berlainan ideologi dan mengajarkan semua ini kepada anak mereka yang mungkin bakal menjadi pemerintah negara ini. Wei! korang sedar tak?

Aku sama sekali tidak menyalahkan IT kerana menjadi penyebab Malaysia ini semakin teruk. Aku menyalahkan individu tertentu yang sempit akalnya yang menapoli pemikiran orang lain hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Parasit-parasit seperti ini yang membuatkan pokok yang utuh dan jitu menjadi kering dan bakal tumbang pada bila-bila masa sahaja. Maklumat yang mereka dapati di internet, kemudiannya mereka memutarbelitkan ia dan menjadikan ia senjata untuk menjatuhkan orang lain. Yep, aku memang memerli ahli-ahli politik yang hipokrit. !

Di dalam mana-mana parti politik, aku dapati pemimpinya tidak berapa memberi masalah. mereka mempunyai pegangan politik yang jelas dan kuat . Kalau anda berdebat dengan mereka tanpa memenuhkan ilmu didada, lebih baik duduk diam dihujung penjuru bilik. Cakap kosong hanya untuk budak-budak sekolah. Yang amat menyedihkan aku ialah pemimpin bawahan ni. Mereka "menjual" nama pemimpin mereka untuk mereka menjahanamkan rakyat seperti kita. Kita diperbodohkana seperti anak ayam dan ditarik hidungnya seperti seladang di sawah. Bagaimana perlu kita"setel" tahi-tahi busuk ini. Mungkin anda berfikir seperti saya, "Aku tiada kuasa untuk menolak". Aku sesekali tidak menolak pendapat itu. Ya!. kesihan rakyat seperti kita. Ditendang dan ditampar sesuka hati.


Aku cuma boleh memohon agar pemimpin kesemua parti politik cuba "membersihkan" badan masing-masing dahulu sebelum menabur janji kepada rakyat Malaysia. Perancangan ekonomi yang mantap dan kemajuan yang semakin kita terima bakal menjadi abu sekiranya orang-orang bawahan ini yang mempunyai perancangan jahat ini dibuang,dibakar atau di tanam terlebih dahulu. Aku amat sayangkan Malaysia,seperti aku sayangi keluarga aku. Apa-apa komplot yang bakal menghancurkan negara , tanpa ragu-ragu aku akan bangkit menghalang puak-puak ini dengan cara dan usaha aku sendiri. Anda bagaimana?

Wednesday, October 3, 2012

Bajet...oh Bajet......OHHH!

Selamat sejahtera semua rakyat Malaysia. Marilah kita merapatkan hubungan saudara antara sesama kita tidak kira berlainan fahaman dan agama. Elakkan diri anda dari segala perkara yang boleh menyebabkan perpecahan dan syak wasangka antara kita. Saya berbanggga menjadi rakyat Malaysia dan terima kasih kepada kerajaan sedia ada kerana masih berjaya mengekalkan keharmonian negara ini...Ini baru mukadimah je k hehe


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana menteri Malaysia yang disayangi kerana telah berjaya membentangkan Bajet 2013 yang boleh dikira semua rakyat bakal menerima manfaatnya. Seperti biasa,setiap kali pembentangan bajet disiarkan di kaca TV, saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk melihat apakah "hadiah" yang bakal diterima oleh penjawat awam. Pada masa yang sama, saya ingin melihat sejauh mana bajet kali ini bersifat realistik atau angan-angan sahaja.  Keseluruhannya, saya berpuas hati. [ fuh lega ada bonus  :) ]


Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan & penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  30. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. (Semak butiran lengkap di sini : Rebat RM200 Telefon Pintar)
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  48. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000. (Semak butiran lengkap : Bantuan BR1M 2.0)
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan. (Semak butiran lengkap : Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah)
  51. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. (Semak butiran lengkap di sini : Baucer Buku RM250)
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
  55. Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam  (Semak butiran lengkap : Bonus Sebulan Setengah)

Kandungan Ucapan Bajet 2013 Oleh PM

Siaran Ulangan Pembentangan Bajet :

Monday, March 5, 2012

Pendengaran SELCAT ke atas Kumpulan Semesta(KSSB) panassssss!



Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelewengan pasir melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan bermula pada pukul 10 pagi ini selepas ditangguhkan suatu ketika dahulu

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan pendengaran awam terhadap dua lagi kes membabitkan Yayasan Selangor mengenai laporan audit dalaman 2010 dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu PKPS Agro Industries Sdn Bhd dan Premium Agro Product Industries Sdn Bhd berhubung pembelian jentera.Beliau berkata keputusan untuk mengadakan pendengaran awam terhadap tiga kes berkenaan diambil selepas Selcat bermesyuarat pada 16 Feb lepas.

Ketika ditanya sama ada keputusan untuk menyambung pendengaran awam ke atas KSSB dibuat selepas isu itu dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin, Teng berkata pihaknya tidak bergantung kepada artikel yang ditulis oleh penulis blog sebaliknya bergantung kepada perkembangan semasa yang memerlukan Selcat menyelesaikan pendengaran ke atas KSSB."Kita buat pendengaran ini kerana ada ahli lembaga KSSB sendiri telah buat kenyataan menafikan ada penyelewengan melibatkan beliau, jadi kami rasakan ini membabitkan pentadbiran KSSB kerana ahli lembaga syarikat itu telah buat kenyataan terbuka yang berkaitan dengan pendengaran Selcat yang belum habis," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai pendengaran awam ke atas KSSB yang tidak diteruskan sebelum ini, Teng berkata maklumat yang dibekalkan oleh anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor pada dua tahun lepas memerlukan siasatan jenayah dan bukan penjelasan daripada KSSB.
Justeru beliau berkata Selcat tidak dapat meneruskan pendengaran awam ke atas maklumat yang diberikan oleh Manikavasagam.

Mengenai pendengaran awam ke atas Yayasan Selangor, Teng berkata ia diadakan selepas Selcat memperoleh laporan daripada audit dalaman berhubung pelantikan pengurus besar yayasan itu dan beberapa perkara mengenai pentadbiran oleh pengurus besar berkenaan.



 

 











UNTUK MENYAKSIKAN SECARA ONLINE BOLEH PERGI KE LINK INI:




Wednesday, February 22, 2012

Pilihanraya 2012 Dah Macam main Konda-Kondi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan rakyat jelata. wah! wah! sekarang ni hangat benar diperkatakan bila agaknya pilihanraya kali ke -13 nih. Pelbagai tarikh dan hari di berikan dan diperkatakan di semua tempat tidak kira kedai kopi( Starbuk, UldTawn dan sebagainya), majlis kenduri kendara,balai raya dan tidak ketinggalan di masjid,kuil dan tokong bagai. Mengapa pilihanraya kali ini begitu penting bagi kedua-dua belah pihak dan apakah natijahnya terhadap kita sebagai pengundi. perluke?ada beza ke? tak yah la?,..ayat sedemikian selalu diperkatakan oleh semua kelompok tidak kira tua muda atau bumi atau tidak. Saya ingin kupaskan mengikut pandangan peribadi saya.


Sebelum saya memulakan nukilan ini, ingin saya tekankan saya tidak meyebelahi mana-mana parti dan saya hanya melihat kepada perspektif keberjayaan dan ketanggungjawaban sesebuah parti itu sahaja. Bismillahhirrahman nirrahim<..>.Tidak perlu lah saya perkatakan bahawa Angkatan Barisan Nasional telah mengalami penyusutan sokongan rakyat terhadap mereka. kehilangan tampuk mahkota kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Selangor telah meruntuhkan tembok"China" Barisan nasional yang seakan-akan tidak percaya akan kejadian ini. bagi parti perikatan pula , rempuhan kuat yang telah dilakukan oleh mereka umpama runtuhnya tembok "Berlin" dimana kebebasan dan pilihan rakyat sendiri telah memberikan mereka mandat untuk memerintah negeri mereka ini. Atau realitinya bukan seindah begitu? .

Setelah pilihanraya ke-12 selesai, Barisan nasional telah mula menjalankan jentera pilihanraya mereka sejak dari awal lagi bagi memperbaiki kelemahan mereka sebelum ini. Istilah "Sudah jatuh baru tergadah" mula dikikis sedikit demi sedikit di dalam parti Barisan supaya sejarah lama tidak lagi berulang. Mereka menjalan  taktik "Perluasan Kuasa" dengan menjaga kebajikan rakyat, perubahan dasar ekonomi dan pemberian insentif yang dapat menarik perhatian rakyat di malaysia ini. Saya tidak mengatakan janji yang ditaburkan di laksanakan, tetapi daripada persentej yang dapat dilihat sekarang lebih kurang 45% sudah mula dijalankan  dengan pemberian BR1M, MK1M dan Skim Rumah Pertama dilihat memberi sedikit  impak dalam pemerhatian rakyat. Satu langkah proaktif dan boleh saya katakan disini bijak bagi pihak Barisan untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Permainan catur yang menarik!

Walaupun begitu , kita tidak boleh memandang enteng keterlibatan Pakatan Rakyat dalam membuat perubahan di dalam negeri dibawah tampuk pemerintaha mereka. Adakah Mereka mentadbir dengan baik? secara jujurnya saya nampak penambahbaikan yang dilakukan. Perubahan dari segi Pemberian Tender, pengurusan kewangan, permasalahan rakyat boleh dikatakan berjaya walaupun tidak menyeluruh. Sesuai saya katakan" not everyone is perfect" tetapi usaha yang dilakukan boleh dibanggakan. Pelabagai usaha dengan wujudnya skim Perumahan Terbengkalai, Sumbangan bantuan pelajaran dan skim pinjaman perniagaan , pengagihan sumber galian , sedikit sebanyak membenarkan rakyat dibawah terajunya merasai sedikit perubahan . Ops! terlupa pula saya pada pemberian 20m3 percuma kepada rakyat di selangor(boleh rupanya dilakukan,tak sangka Barisan  tak terpikir perkara ini). So kadangkala perubahan itu perlu dalam meningkatkan taraf kebajikan rakyat yang dahagakannya sejak sekian lama. Apakah langkah catur seterusnya oleh pihak Perikatan? saya masih tunggu dan lihat.

Mesti para pembaca menunggu saya menceritakan keburukan Barisan atau Perikatan. Lupakan saja niat itu. Bagi saya sebagai penulis, saya merasakan tidak ada perkara atau tindakan yang diambil oleh kedua-dua parti ini tidak menampakkan "Lopak Kotor" yang dalam. Permainan politik yang telah berlaku di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dahulu telah mewarnakan kanves politik sekarang. Rumusannya Politik tidah sesuci susu dan tidak sekotor kutu. Think about it ya!


 Bilakah tarikh Pilihanaya sebenarnya? adakah tahun ini atau tahun depan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Kerajaan sekarang masih mempunyai masa yang panjang untuk memerintah Malaysia tercinta iaitu tahun 2013. mereka masih boleh memantau perubahan politik dan ekonomi semasa tampa perlu tergesa-gesa.  Tapi saya dapat rasakan pilihanraya semakin hampir kerana melihatkan situasi sekarang yang dapat dilihat dengan nyata. Pelbagai isu mula diutarakan dengan drastik oleh kedua-dua parti. antaranya isu pemberian air percuma, gambar lucah, sokongan terbuka kepada Israel oleh pihak Perikatan manakala pada pihak Barisan pula Isu PKFZ, Isu FLOAM dan Isu Pecah amanah  sedang hebat diperkatakan umpama ribut taufan tanpa penghujung. Saban hari berita ini dipaparkan di media cetak dan kadangkala memualkan usus besar saya. Inilah mainan politik yang tidak pernah bertukar sejak dari dulu hingga sekarang. Tetapi ingin saya tekankan disini, sekiranya Perdana Menteri kita mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal. adakah pihak Perikatan akan akur sahaja. Berkemungkinan TIDAK! sesekali kerana masih banyak masa diberikan dan rakyat telah memberikan mereka peluang memerintah selama sepenggal, adakah mereka ingin melepaskan peluang ini begitu sahaja? fikirlah sendiri ok.

Selain daripada itu, jentera pilihan raya sudah mula bergerak dari tahun lepas dengan mengadakan pemilihan dan kursus kepada bakal-bakal pengawas pilihan raya kelak. Kalau tak percaya cuba anda tanya cikgu-cikgu di sekolah terdekat anda. Adakah mereka telah melalui proses tersebut. Saya jamin Jawapan "Ya" pasti kedengaran. Sudahkah anda mendaftar diri anda untuk mengundi? daftarla sekarang kerana tanpa anda mungkin kerajaan boleh berubah dan tanpa anda mungkin kerajaan boleh musnah. Ambillah iktibar daripada Negara-negara terdahulu yang musnah akibat rakyat sudah menyampah dan hilang kepercayaan kepada pemerintahnya. Akhir kata dari saya................Selamat mengundi :)


Monday, October 4, 2010

Pembunuhan Kejam Semakin Berleluasa..Ada yang Ambil Kesempatan!

Kes pembunuhan jutawan kosmetik Susilawati telah menjadi topik hangat diperkatakan di dalam semua media cetak tidak kira berita,akhbar mahupun radio "memuntahkan" segala informasi terkini mengenai kejadian ini. Maklumat  mengenai bagaimana Datuk Susilawati dibunuh menjadi bualan setiap pelusuk makhluk di Malaysia dan pelbagai andaian dan tekaan dibuat secara melulu tanpa mengambil kira perasaan keluarga mangsa pembunuhan tersebut. Pelbagai andaian telah dibuat seperti dirogol sebelum dibunuh,dibelasah sebelun di cekik dan yang paling dasyat pernah saya dengar di bakar hidup-hidup. Bukankah pihak media ataupun individu tertentu menyiasat terlebih dahulu sumber maklumat tersebut sebalum membuat sebarang andaian?..Mana mungkin setiap maklumat itu benar!....Sekiranya kebenaran cerita tidak lagi menjadi isu"penting" , maka runtuhlah institusi media dan harga diri. Umpama memakan sampah di pinggan emas!. Selain daripada itu, terdapat juga parti-parti politik memainkan isu perkauman. WHAT tHE HELL!. Bukanker korang ni mewakili suara rakyat? jangan la menjustifikasikan isu ini macam ia suara daripada rakyat. janganlah menjadi seperti kambing dikandang yang kuat"mengembek" untuk mendapatkan perhatian!. Isu perkauman di Malaysia telah menjadi lipatan Sejarah yang penuh dengan calitan hitam dan kehanyiran darah. Tidak perlulah saya mengingatkan anda peristiwa 13 mei suatu ketika dahulu. Tuduhan kaum India kejam dan jahat  hanya kerana isu ini amat sedih bagi saya. Cuba diingati semual kes-kes terdahulu,seperti "individu cina" yang merupakan warga cina yang terkenal dengan kes rompakan dan bunuh dan kes rogol dan kes "individu melayu" yang merogol,membakar dan menanam mayat dan kemudian disimen . Adakah mereka ini mewakili kaum masing-masing? tentu tidak bukan?. Oleh yang demikian tidak wajar kita mendriskriminasikan  kaum lain di Malaysia ini. Biarlah kita berikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasukan forensik,pasukan polis,pasukan peguam untuk mencari kebenaran sebenar. Saya menentang sekeras-kerasnya individu yang memberikan dan menyebarkan maklumat yang mungkin boleh membantutkan perjalanan siasatan dan mengguris hati keluarga mangsa-mangsa pembunuhan....sekiranya  masih tidak insaf, mungkin tuhan akan menghukum anda suatu hari nanti..INGATLAH!