Showing posts with label Salam Pengarang. Show all posts
Showing posts with label Salam Pengarang. Show all posts
Wednesday, January 27, 2016
Salam 2016...Semangat Blogger Dikuatkan lagi ! Tunggu Post terbaru
Wahai pembaca Petiktetikus..moga pembaca semua sihat sejahtera. Sesungguhnya saya amat merindui anda semua dan penulisan blog ini akan saya kerapkan jumlah post dari masa ke semasa. Pelbagai isu di dalam dunia IT pada tahun ini dan sejujurnya saya amat "excited" menunggu pelbagai gadget yang bakal diperkenalkan dan telah dikeluarkan
Saya akan membuat 2 post setiap hari dan saya akan turut melakukan update pada 3 laman blog lain juga 2 post setiap hari seperti :
------} http://prumalaysia2020.blogspot.my/
------} http://petikmutiarahati.blogspot.my/
------} http://selokatok.blogspot.my/
<<< ------LIHAT LINK DI SEBELAH
Saya memohon anda untuk memberikan komen dan nasihat untuk saya menambah baik blog ini dari masa ke semasa
Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya..I LOVE U
Thursday, September 18, 2014
Air Tangan Adik Kesayangan Aku..Malam Homemade Western Dish :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. 2 minggu yang lalu, adikku pulang dari politeknik kerana bercuti sempena hari Malaysia. Setiap kali dia pulang ke rumah, sudah pastinya dia yang akan memasak. Jangan 'jeles' sekiranya korang tidak dapat merasa kelazatan masakan adikku ini, hehe
Untuk malam itu, adik aku bercadang hendak memasak 'western'. So kami abang-abangnya membeli semua bahan masakan dan malam itu proses memasak bermula. Memang best bila kacau adik aku ketika dia sedang memasak. Nasib baik tak hangus dan kurang garam.

Masa menyediakan dan menghidangkan juadah malam itu mengambil masa 2 jam dan kami menunggu kepulangan ayahanda kami dari surau. Setiap kali kami makan bersama kami akan berbincang dan 'bertekak' mengenai pelbagai perkara, daripada sekolah adikku, politik selangor, kehilangan kapal terbang dan perkembangan perniagaan. :)
Tidak disangkal lagi, aku gembira setiap kali adikku pulang !
Thursday, September 11, 2014
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !
Assalamualaikum dan salam sejahtera , apa yer yang perlu aku ceritan mengenai diriku ?. Aku seorang lelaki bujang yang mula berminat dengan blogging secara tidak sengaja. Aku diminta menghadiri kursus blog hanya untuk mencukupkan kursusku ( penjawat awam perlu melengkapkan 7 hari berkursus dalam setahun). Setelah itu, aku terus jatuh cinta dan tak pernah berhenti berblog sehingga ke hari ini.
Aku berterima kasih kepada semua blogger yang memberi sumber inspirasi kapadaku. Love all !
Kenapa perlu melawat blog aku?
Aku sentiasa berkongsikan maklumat dan gadget terkini di dalam dunia IT
Aku juga sentiasa berkongsikan tips penjagaan dan keselamatan IT
Aku juga berkongsikan berita dunia dan isu semasa
Impian aku apabila menjadi seorang blogger ?
Friday, July 18, 2014
MH17 Tragedi Penerbangan Ngeri Berulang
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada hari Khamis ,malam tadi satu lagi tragedi hitam berlaku dalam sejarah penerbangan Malaysia. Pesawat MH17 telah dilaporkan ditembak jatuh di sempadan antara Ukrain dan Rusia. Dilaporkan tiada satu pun nyawa yang terselamat daripada malapetaka ini. Terdapat 295 penumpang yang dalam perjalanan daripada Amsterdam pulang ke Malaysia. Siasatan awal mendapati ia ditembak jatuh oleh Pemberontak Pembebasan Ukrain yang dilaporkan sedang bertempur dengan tentera Ukrain ketika ini.
Petiktetikus mendapat maklumat mengatakan Presiden Ukrain merasakan pesawat MH17 telah ditembak jatuh dan bukan akibat masalah elektronik pesawat. Amat menyedihkan apabila melihat banyak cebisan mayat hancur bertebaran di kawasan tanah lapang di kawasan pesawat terhempas. Ada mayat yang masih terbakar dan ada yang masih nampak bentuk badan kelihatan. Media barat melaporkan 100 mayat telah dijumpai di dalam lingkungan 9 batu dari tapak pesawat terhempas.
Laporan yang di dapati daripada menara kawalan lapangan terbang Ukrain mengatakan pesawat MH17 terputus hubungan pada pukul 2.15PM pada kedudukan 30 batu daripada sempadan Rusia dan Ukrain. Buat masa sekarang, Ukrain dan Rusia masing-masing menyalahkan antara satu sama lain dan menyalahkan pemberontak. Pihak Amerika yang bertindak sebagai sekutu kuat Ukrain telah menggerakkan penyiasatan berkenaan nahas MH17 dan telah menghubungi pihak Rusia untuk mendapatkan cerita sebenar. Pertelagahan antara 3 negara ini menyulitkan lagi proses mengenalpasti punca dan sudah semestinya sekali lagi Malaysia menjadi mangsa keadaan.
Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tragedi MH17 dan berjanji kepada rakyat Malaysia akan melakukan siasatan menyeluruh dan akan mendapatkan jawapan kenapa tragedi ini berlaku.
Peristiwa berdarah MH370 yang masih lagi berdarah dan belum lagi kering, terkoyak semula dengan tragedi MH17. Adakah anda tahu rekabentuk MH 17 sama dengan MH370? Ya ia sama sekali!. Adakah ini satu petanda ngeri seperti tayangan wayang "final destination" apabila tragedi digambarkan akan berlaku berulang kali?. Apa yang pasti kita sebagai umat Nabi Muhammad hendaklah sentiasa bersabar dan menerima segala ujian dan ketentuan Allah dengan hati yang redha. Apa yang boleh kita harapkan ialah kerajaan Malaysia hendaklah bertindak pantas sebelum ia menjadi satu isu yang rumit. Ini sejarah pertama pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh pengganas. Kerajaan Malaysia, Bertindak Cepat!
Petiktetikus ingin berkongsi laporan media barat mengenai tragedi pesawat MH17 :
Rakaman awal ditempat kejadian
Rakaman video amatur semasa pesawat MH17 terhempas
Berita barat mengenai tragedi MH17
MARILAH KITA BERDOA UNTUK MANGSA-MANGSA MH17
#PRAYFORMH17
Thursday, June 12, 2014
Terbaru DI Petiktetikus Store !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Petiktetikus sudah mengemaskini produk laptop dan telah menambahkan beberapa inventori baru di dalam Petiktetikus Store. Antaranya :
Sila lawati link-link yang tersedia di PAGE di atas dan semoga perkhidmatan yang saya sediakan dapat memudahkan pembelian anda. Saya menerima sebarang pertanyaan dan pandangan pada bila-bila masa di mana, anda boleh menelefon saya atau terus komen di bawah.
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Petiktetikus.
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Petiktetikus.
Wednesday, February 26, 2014
Musim Panas Yang Membingungkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Petiktetikus. Cuaca di kawasan saya boleh dikategorikan panas tahap "memanggang". Hasilnya saya mengalami demam dan sakit kepala sepanjang hari. Suhu yang tinggi ini juga menyebabkan produktiviti menjadi sedikit terganggu dan kalau boleh saya tidak mahu melakukan tugasan diluar pejabat.
Keadaan panas yang masih tidak nampak titik noktah ini mengajar kita supaya bersyukur semasa tuhan memberikan cuaca yang nyaman dan selesa. Pelbagai kesusahan dan kepayahan yang terpaksa di alami semasa musim panas ini, antaranya kawasan hutan terbakar, tanaman mati dan kekeringan air, wabak penyakit dan kehilangan sumber mata pencariaan. Kebakaran hutan yang berlaku di dalam dan di luar negara menjadi satu masalah besar kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya. Kebakaran yang berlaku di kawasan terpencil dimana tiada sumber air untuk memadamkan kebakaran menyebabkan kebakaran sukar dikawal dan dipadamkan. Usaha individu untuk memadamkan kebakaran ini harusla dipuji kerana mereka bergadai nyawa untuk mengharungi badai api yang membara bagi memadamkannya. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, PGA dan lain-lain.
Masalah kekurangan sumber air juga menjadi masalah kronik pada musim panas ini. Apabila bekalan air daripada empangan kering, maka proses agihan air ke kawasan-kawasan di sesebuah negeri akan terganggu. Langkah kerajaan yang biasa dilakukan ialah menggerakkan bantuan bekalan air bersih ke kawasan menggunakan lori tangki air. Kekurangan jumlah lori dan permintaan sumber air yang tinggi juga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Baru-baru ini, sekumpulan penduduk menahan lori tangki air yang melalui di kawasan kejiranannya dengan mengepung lori tersebut. Sedangkan kuota air tersebut untuk kawasan lain. Ada juga yang terpaksa menunggu selama berjam-jam menunggu lori tangki air yang tidak muncul-muncul dan kadangkala bekalan yang disediakan tidak mencukupi. Sedih saya melihat ibu mengendong anaknya sambil berjalan membawa tong-tong air.
Kemusnahan tanaman dan ternakan juga menjadi hidangan pahit di waktu musim kemarau ini. Banyak hasil ternakan mati dan tanam-tanaman tidak dapat hidup seperti biasa. Sebagai contoh kolam ternakan ikan yang terpaksa menanggung kerugian beratus ribu ringgit kerana ternakan mati samada air terlampau panas atau kolam air kering kontang. Tanaman seperti padi tidak dapat diusahakan kerana tiada air yang dapat dialirkan daripada tali air. Saya melihat para petani menangis kesedihan mengenangkan kesusahan yang bakal mereka tempuhi sekiranya sumber air masih tidak dapat diperolehi.
Bagi individu yang membaca blog ini, saya ingin menasihatkan anda supaya kerap minum air untuk mengelakkan tubuh badan terhidrat. Pengambilan air yang kerap dapat membantu mangawal suhu badan dan menguatkan kekuatan sistem imunisasi tubuh. Selain daripada itu, anda juga hendaklah kerap mandi dan tidak melakukan kerja di kawasan panas terik dalam tempoh yang lama. Bagi umat islam ,Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa semoga Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mengurniakan hujan untuk keselesaan kita bersama.
Di sini saya kongsikan petikan doa-doa untuk memohon hujan :
Tuesday, May 14, 2013
Kerja-Kerja Luar Telah Diselesaikan.....Masa Blog Bermula!
Assalamualaikum Dan Salam Muhibbah. Pertama sekali Petiktetikus bersyukur kerana proses pilihanraya sudah tamat dan ia berlaku di dalam suasana yang aman tanpa pertumpahan darah.Keputusan telah diperolehi dan kerajaan baru telah terbentuk di beberapa negeri.
Walaupun terdapat beberapa individu yang fanatik yang mahu mencetuskan huru-hara, saya mengucapkan syabas kepada yang menjuhinya. Petiktetikus hanya mahu rakyat memahami bahawa politik di Malaysia masih lagi bersih walaupun terdapan beberapa kecacatan. tepatlah perihal orang barat "Not everybody perfect".
Kita tinggalkan perihal politik dan kita terjun kembali ke laguna IT dan Teknologi. Petiktetikus ingin memaklumkan terdapat pelbagai gajet dan perisian yang terkini yang akan dikongsikan bersama pengikut PT. Perkongsian ilmu adalah amat penting supaya kita tidak ketinggalan dan melangkah bersama-sama kearah kemajuan dan permodenan mengikut arus dunia. Tunggu info terkini daripada saya. Pastinya 'HOT STUFF IS COMING !'
Walaupun terdapat beberapa individu yang fanatik yang mahu mencetuskan huru-hara, saya mengucapkan syabas kepada yang menjuhinya. Petiktetikus hanya mahu rakyat memahami bahawa politik di Malaysia masih lagi bersih walaupun terdapan beberapa kecacatan. tepatlah perihal orang barat "Not everybody perfect".
Kita tinggalkan perihal politik dan kita terjun kembali ke laguna IT dan Teknologi. Petiktetikus ingin memaklumkan terdapat pelbagai gajet dan perisian yang terkini yang akan dikongsikan bersama pengikut PT. Perkongsian ilmu adalah amat penting supaya kita tidak ketinggalan dan melangkah bersama-sama kearah kemajuan dan permodenan mengikut arus dunia. Tunggu info terkini daripada saya. Pastinya 'HOT STUFF IS COMING !'
Thursday, April 25, 2013
Tuesday, January 15, 2013
I'AM BACK...WITH MUCH MORE LOVE AND LESS HORNY ;)
Apapun Aku sudah boleh bermula untuk aktif semula sebagai Blogger yang memberi khidmat masyarakat kepada rakan PetikTetikus diluar saya. kasi tepu2 sikit hahaha.. Tidak salah untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU!....Sejujurnya aku rindu untuk berkongi reserch dengan korang semua. My finger is typing without i started thinking. hehe jari aku sudah mula memasukkan gear 5, full throttle!!
So hope korang mendapat faedah dari maklumat yang bakal aku kongsikan. Aku juga bersedia menerima pandangan dari korang semua untuk menambah baik perkhidmatan PetikTetikus dimasa yang akan datang.
Enjoy!!!
P/S : The Crazy Bold Guy Is Here :)
Monday, November 5, 2012
SEPETANG DI PARADIGM MALL...BEST !
Hai!. aku rasa badan aku lesu jer sejak akhir-akhir ni. Yela, hujan tanpa henti. Seperti dijangka,tepat jam 12 pm dan sehinggalah malam nanti hujan akan turun dengan maha lebat atau renyai-renyai bak tangisan gadis kena clash!. Opss! sorry. Untuk pengetahuan korang, aku harini menghadiri kursus membaik pulih laptop. Kursus tu habis awal lak harini so aku terpikir " Apala aku nak buat petang ni?". Tiba-tiba aku teringat yang aku tak tengok lagi movie James Bond terbaru. So aku terus bergerak ke Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya. Actually, aku tak pernah pergi ke sana. Rasanya ia pun baru jer bukak tahun ini. So ok la kiranya kalau aku pergi tengok kat sana dan boleh jugak aku berjalan-jalan melihat suasana Paradigm Mall dengan lebih dekat lagi. But first, movie time!!!
Wow, the movie is awesome and its true what people say's that its a best bond movie ever be. There are a lot of surprise but, i will not tell you all. Just watch it ok! . Setelah aku habis layan movie tadi, aku mulalah perjalanan aku menerokai pasaraya ini. Pada pendapat saya, ia agak menarik dan unik daripada pasaraya tesko yang pernah aku pergi. Cuba bayangkan Mid Velly, yep! lebih kurang macam tu tetapi dalam skala yang lebih kecil. Walaubagaimanapun, kedai-kedai yang terdapat di dalamnya memang memenuhi citarasa sesiapa saja yang menyukai shopping , makan dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Suasana di dalamnya yang cukup teratur dan selesa. Pilihan kedai yang perlbagai yang menjual barangan yang pastinya membuatkan anda memerah poket anda sekering-keringnya.
Sepanjang perjalanan aku meronda kawasan ini, tidak terdapat ramai pengunjung. Berkemungkinan cuaca yang tidak mengizinkan dan bukan hari minggu. Truthfully, tadi aku sesat untuk datang kesini. jalan masuk yang tidak jelas dan mengelirukan. Entah macam mana tadi aku boleh tertembus ke luar PJ, Cuak tadi sekejap hehe. Bukan ape, hujan mula lebat so aku risaukan laptop dan hp aku basah kuyup.
Apa pun, pendapat jujur aku mengenai tempat ini hanya boleh aku luahkan dengan berkata" AKU SUKA TEMPAT INI! ". Tempat yang kemas, selesa, luas dan cukup menghiburkan sudah pastinya membuatkan semua pasti membeli-belah disini. So disini aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan korang semua.
So, sebagai penutup kata,aku akhiri nukilan blog ini dengan makan sebiji muffin dan segelas cappuchinno ais di Starbuck's. Bon Apetit!
Wow, the movie is awesome and its true what people say's that its a best bond movie ever be. There are a lot of surprise but, i will not tell you all. Just watch it ok! . Setelah aku habis layan movie tadi, aku mulalah perjalanan aku menerokai pasaraya ini. Pada pendapat saya, ia agak menarik dan unik daripada pasaraya tesko yang pernah aku pergi. Cuba bayangkan Mid Velly, yep! lebih kurang macam tu tetapi dalam skala yang lebih kecil. Walaubagaimanapun, kedai-kedai yang terdapat di dalamnya memang memenuhi citarasa sesiapa saja yang menyukai shopping , makan dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Suasana di dalamnya yang cukup teratur dan selesa. Pilihan kedai yang perlbagai yang menjual barangan yang pastinya membuatkan anda memerah poket anda sekering-keringnya.
Sepanjang perjalanan aku meronda kawasan ini, tidak terdapat ramai pengunjung. Berkemungkinan cuaca yang tidak mengizinkan dan bukan hari minggu. Truthfully, tadi aku sesat untuk datang kesini. jalan masuk yang tidak jelas dan mengelirukan. Entah macam mana tadi aku boleh tertembus ke luar PJ, Cuak tadi sekejap hehe. Bukan ape, hujan mula lebat so aku risaukan laptop dan hp aku basah kuyup.
Apa pun, pendapat jujur aku mengenai tempat ini hanya boleh aku luahkan dengan berkata" AKU SUKA TEMPAT INI! ". Tempat yang kemas, selesa, luas dan cukup menghiburkan sudah pastinya membuatkan semua pasti membeli-belah disini. So disini aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan korang semua.
So, sebagai penutup kata,aku akhiri nukilan blog ini dengan makan sebiji muffin dan segelas cappuchinno ais di Starbuck's. Bon Apetit!
Friday, November 2, 2012
Sorry I will be Relexing at Melaka, So no Update for 2 day Ok! :P
Assalamualaikum and a very good morning for all my follower, I will take a brake for 2 day because i will be going to my younger Convo at Politeknik Merlimau Melaka. Bukan selalu dapat tengok adik kita naik pentas sambil memakai sogkok senget dan mengambil segulung ijazah... terharu aku. So Petiktetikus akan sambung memberi update terkini pada hari Ahad nanti insyaallah selagi tuhan memberikan umur yang panjang. amin. See you, Peace!
Friday, October 26, 2012
Makan Petang Bersama Kawan Baik Aku....Alhamdulillah kenyang :P
Agak kelakar sebenarnya bila aku hendak mula menaik berkenaan hal ni. Petang tu aku ngan rakan baik aku, Shah, tak tau nak buat apa. Tiba-tiba kitaorg rasa macam kelaparan lak. So aku cadangkan kita lepak kat mana-mana kedai yang melalui jalan balik kerumah masing-masing. So kitaorg lepak kat Restoran Kaseh( silap eja ni kot hehe). Bila nak order jer, tiba-tiba shah bagi idea yang agak bernas, "Apa kata kita order makanan berlauk, ikan tiga rasa ker? amacam amir?". Aku pasal makan nih tak berkira sangat. So kitaorg order makanan yang agak banyak dan meyelerakan. Kenyang sangat time tuh hahaha. Its a good day to eat. Pasni mungkin ada lagi . JOM MAKAN!
Subscribe to:
Posts (Atom)






































