Showing posts with label Produk Hangat. Show all posts
Showing posts with label Produk Hangat. Show all posts
Saturday, October 25, 2014
Laptop Hybrid Touch-Screen Terbaik, Seluk Poket Dan Beli !
Petiktetikus telah menerima banyak pertanyaan berkenaan pilihan laptop hybrid yang sesuai dan terbaik untuk di miliki. Kebanyakan pengguna ini merupakan pelajar, guru, pekerja pejabat, peniaga produk, agen-agen jualan dan pekerja perhotelan.
Laptop model ini menjadi pilihan kerana ia mudah digunakan sebagai tablet dan laptop pada satu-satu masa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melakukan pelbagai jenis tugas seperti menaip, melihat video dan membuat penerangan (presentation) kepada pelanggan. Dengan saiz yang kecil dan mudah di bawa kemana-mana, tidak hairanlah ramai berminat untuk memiliknya.
Dengan rasa berbesar hati, saya telah memilih 3 produk yang dirasakan seimbang dari segi harga dan kualiti. Semoga persoalan anda terjawab dan anda dapat menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan efisyen.
Acer Aspire Switch 10
Model acer ini saya telah kupaskan di dalam post saya sebelum ini, anda boleh lawati link ini :
http://petiktetikus.blogspot.com/2014/10/produk-acer-yang-gempak-aspire-r.html
Model ini di datangkan dengan windows 8.1, 2GB RAM dan 500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ACER : TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1700.00 (COD)
Asus T100 TA
Model ini mempunyai tujahan kuasa yang mantap kerana digerakkan dengan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1700.00 (COD)
Asus T200 TA
Berbeza dengan model "abang" sebelumnya, model ini telah ditambah baik dari segi grafik kerana ia mempunyai keupayaan paparan HD, rekabentuk yang lebih nipis dan besar . Ia mempunyai keupayaan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1800.00 (COD)
Produk Acer Yang Gempak ! Aspire R Convertibles, Aspire Switch 2-in-1
Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Ia telah mendominasi penjualan laptop di Malaysia sejak dahulu lagi. Laptop yang dijual antara yang "mampu" dibeli kerana harganya yang murah. Siapa lagi kalau bukan ACER !
Pada tahun 2014 ini, Acer telah mengeluarkan beberapa produk yang menarik yang mempunyai harga yang menarik tanpa "mengorbankan" kualiti produk mereka. Antara produk terhangat tahun ini ialah Laptop Aspire R Series Convertable dan PC Aspire Switch Series 2 in 1 hybrid, . Sungguh sibuk kilang Acer kali ini.
Laptop Aspire R Series convertable di datangkan dengan model bersaiz 13" dan 14". Laptop R 13 menawarkan sesendi "Acer Ezel Aero" yang membenarkan skrin dapat diputarkan 12 jenis cara. Menarik bukan?. Manakala Laptop R 14" boleh diputarkaan 360 darjah. (Jangan terkehel tengkuk pengguna sudahler).
Selain draipada itu, R 13" berpaparan "touchscreen " yang mampu menampung imej 2560x1440 atau Full HD, prosessor i5 atau i7, SSD 1 TB dan 8GB RAM.Selain draipada itu, R 14' mempunyai paparan grafik yang mampu menampung imej 1366x768 atau Full HD, prosessor i3, i5 atau i7, SSD 1 TB dan 12GB RAM. Ia juga turut diperkuatkan dengan grafik card Nvidia GeForce 820M
Bagi yang meminati laptop hybrid, model terbaru daripada Acer ini iaitu Aspire Switch 11 dan 10 yang menggabungkan keupayaan laptop dengan tablet pasti menjadi pilihan anda. Di datangkan dengan 11.6 inch dan 10.1 inch skrin. Produk 11.6' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1080p, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0.
Manakala 10.1' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1920x1200 atau 1280x800, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0. Kaca skrin tahan lasak kerana menggunakan "Corning Gorilla Glass3". model ini telah tersedia ruang storan 32GB dan 64GB, 2 GB RAM dan mempunyai saiz berketebalan 8.9mm dalam mode tablet, manakala 20.2mm sekiranya dengan keyboard.
Satu usaha yang bagus daripada ACER untuk kembali bersaing di dalam pasaran laptop hybrid. Apa tunggu lagi? kasi korek tabung dan beli !
Saturday, September 6, 2014
Toshiba Melancarkan Tablet 7-Inch Windows 8.1 dan Second Generation Chromebook
Toshiba merupakan salah satu kuasa besar di dalam liga laptop, tablet, dan chromebook. Bagi anda semua yang sedang mencari tablet dan chromebook terkini dan terbaru di pasaran, pencarian anda sudah berakhir!. Toshiba telah mengumumkan produk terbaru iaitu tablet 7-inch Windows 8.1 dan toshiba chromebook generasi kedua dengan harga yang berpatutan.
Tablet daripada Toshiba ini mempunya ketipisan 0.43 inch dan beratnya hanya 0.35 kg. Bukankan ia amat nipis ,ringan dan mudah disimpan di dalam beg galas, dan tas tangan. Selain daripada ia mempunyai saiz skrin 7 inch, ia juga dilengkapi resolusi skrin 1024x600 yang diperkuatkan dengan intel Atom Z3735G Quad-core prosesor 1.83 GHz, 1 GB Ram, 16 GB eMMC simpanan data, 0.3 MP kamera hadapan, 2 MP kamera belakang, mikro USB 2.0, microSD slot, 802.11 wifi, Bluetooth 4.0 dan Bing. Ia juga turut dipermudahkan dengan perisian Office 365 untuk urusan korporat. Semua ini dengan harga yang murah berbanding tablet lain dipasaran. (tidak termasuk tablet haram).
Mari kita tumpukan perhatian pada Chromebook 2 Toshiba. Ia di datangkan dengan 2 saiz iaitu 12 inch dan 13 inch. Ia menyediakan resolusi HD 1080p dengan dilengkapi IPS teknologi. Kedua-dua model ini dilengkapi Intel Celeron, 2GB atau 4GB Ram, HD webcam, port USB 3.0, port USB 2.0, SD slot dan port HDMI.
Siap sedia semua pembaca Petiktetikus untuk mendapatkan produk ini yang dijangka dipasaran pada 5 Oktober 2014
Wednesday, August 6, 2014
PROMOSI LAPTOP KEMBALI !....BERMINAT JOM BELI
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca Petiktetikus. Hari ini saya ingin kongsikan beberapa model laptop mampu milik yang sesuai untuk kegunaan harian anda. Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian, anda boleh menelefon saya di 019-2012711 dan penghantaran terus ke tangan anda :
Lenovo G40
Lenovo G40
- INTEL N2957U 1.4 GHZ
- WINDOWS 8.1
- 14" LED
- 4 GB RAM
- 500 GB HDD
- INTEL HD
- 10 FREE GIFT BERSAMA BEG
- RM 1300.00
ASUS X453MA
- INTEL N2930 QUAD-CORE
- WINDOWS 8.1
- 14" LED
- 4 GB RAM
- 500 GB HDD
- INTEL HD
- 10 FREE GIFT BERSAMA BEG
- RM 1300.00
ANDA JUGA BOLEH MELAWAT LINK DI BAWAH INI UNTUK MEMILIH MODEL-MODEL LAIN YANG DISEDIAKAN DI PETIKTETIKUS STORE:
Saturday, April 26, 2014
Store Terbaru Di Petiktetikus..Apple Store !
Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Sekiranya anda memang sudah lama teringin memilikinya dan rasa sukar untuk keluar membelinya, boleh order daripada saya dan penghantaran baranga akan terus ke tangan anda. Sila lawati link yang telah tersedia.
http://petiktetikus.blogspot.com/p/apple-store.html
Macbook Air
iMac
Macbook Pro
Tuesday, April 22, 2014
Torq X10 Mouse Berteknologi Tinggi !
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. Hari ini saya tidak sedap duduk kerana jiwa ini terlalu teruja untuk berkongsikan kepada anda mouse terkini di pasaran iaitu Torq X10 yang sememangnya direkacipta khas untuk gamerz.!
Sekali imbas, saya tidak menyangka ia mempunyai permukaan karbon fiber yang mana penutup atasnya boleh dibuka dengan mudah. Kenapa saya kata mudah? penutup atasnya melekat kepada badan mouse hanya dengan magnet!. Dengan ini, proses pembersihan dan penukaran komponen yang rosak mudah dilakukan.
Ia mempunya pengesan laser yang mempuyai kualiti hebat iaitu 8200 DPI dengan 1000Hz rate .Ia juga boleh diprogramkan sebanyak 9 jenis arahan pada 9 butang pada mouse tersebut. Lampu RGB yang boleh dikonfigurasi, kabel usb sepanjang 6 kaki yang dililitkan bersama lapisan perak untuk ketahanan, sistem kawalan berat, pemegang yang selesa dan yang paling unik ialah ia mempunyai storan memory 512KB untuk set profil berlainan.
Mouse ini bakal dilancarkan di USA terlebih dahulu kemudian akan tiba ke Malaysia tidak lama kemudian. Pastikan anda mempunyai koleksi mouse ini!
Tuesday, April 15, 2014
Windows 8 ke Windows 8.1, Ada Beza ke?
Apakah sistem pengoperasian yang anda gunakan sekarang?. Adakah anda masih menggunakan Windows XP?. Sudah pastinya anda tahu Windows sudah tidak menyediakan update untuk windows Xp yang akan saya coretkan di dalam post yang akan datang. Jika bukan windows Xp, sudah semestinya anda menggunakan windows 7. Salah satu sistem pengoperasian yang sudah stabil setelah mengalami kegagalan yang memalukan pada sistem pengoperasian Vista. Tidak lama kemudian, tanpa kita merasai kepuasan menggunakan windows 7, windows 8 telah diperkenalkan. Satu sistem pengoperasian yang dikeluarkan untuk pasaran tablet paparan sesentuh. Langkah yang bijak atau berisiko, petiktetikus menyerahkan pada anda menentukannya.
Windows 8 turut mengalami "penyakit" yang sama seperti windows Vista. Sistem pengoperasian yang terlalu terburu-buru direkabentuk, tidak mempunyai rasa selesa semasa menggunakannya, arahan dan fungsi yang mengelirukan (ada antara antara pengguna tidak tahu hendak shut down windows 8!) dan yang paling menyedihkan apabila ia membandingkan dirinya lebih hebat dan sempurna berbanding Android dan Apple. Petiktetikus tidak tahu hendak ketawa atau meraung.
Untuk memperbaiki kelemahan pada windows 8, windows telah melancarkan satu versi penambahbaikan iaitu windows 8.1 pada May 2014. Ia telah dilancarkan pada rakan perkakasan OEM pada 27 Ogos 2013 dan dilancarkan secara percuma kepada pengguna-pengguna windows lain daripada Windows Store pada 17 oktober 2013. Lesen diberikan kepada versi RTM. Ia telah memperbaiki fungsi 'customization' di paparan awal skrin windows 8. Ia turut menyediakan kemudahan untuk membuka 4 aplikasi serentak di satu halaman windows. Boot terus ke desktop tanpa perlu ke "start screen". Penambahbaikan pada windows 8 stock app dan web browser Bing lebih pantas dan menarik semasa anda melayari internet. Windows juga telah memasukkan fungsi "3D printing","Miracast media streaming" ,"NFC printing" dan "Wifi-Direct"
Paling melucukan pada petiktetikus apabila windows melancarkan windows 8.1 sebagai "update" dan bukan sebagai "service pack". Adakah ia strategi untuk menutup kelemahan dan kesilapan windows?. Apapun diharapkan ia dapat memuaskan hati 60% pengguna windows di dunia ini.
Video Mengenai Penerangan Windows 8.1
Tuesday, January 28, 2014
iPAD AIR vs iPAD MINI WITH RETINA DISPLAY...Mana Yang Patut Di Beli?
Saya telah dihujani dengan soalan yang sama sepanjang bulan ini, Manakan produk iPad yang patut di beli? dan Adakah terdapat jurang perbezaan yang ketara antara 2 produk ini?. Setelah saya melakukan survey dengan melayari internet,melihat sendiri dan bertanyakan kepada kedai, akhirnya saya memperolehi jawapan. Disini saya akan kongsikan pendapat saya mengenai 2 produk ini, iPad Air dan iPad Mini With Retina Display(WRD)
iPad Mini WRD sememangnya mempunyai kelebihan kerana ia produk terbaru yang dikeluarkan. Ia mempunyai kelebihan pada teknologi WRD dan Cip pemprosesan terkini (update). Walaubagaimanapun, iPad Air mempunyai kelebihan daripada saiz skrin yang lebih besar dan sedap dipegang dan menggunakan model cip yang sama dengan iPad Mini WRD. 2 produk ini mempunyai perbezaan prestasi dan kualiti yang amat sedikit.
Mari kita bedah badannya dan lihat jantungnya. Kedua-dua produk ini menggunakan cip Apple A7 ARM. Cip ini juga memacu iPhone 5S. Chip ini telah di rekabentuk semula menjadi ARMv8 yang menghasilkan keupayaan 64-bit komputer ke dalam telefon bimbit. Amat hebat sekali!.
Apabila saya melihat iPad ,sudah pastinya mata saya akan tertumpu kepada paparan LCD yang hebat. iPad Mini dan iPad Air masing-masing mempunyai resolusi skrin yang sama iaitu 2048x1536. Sejujurnya saya melihat kedua-dua paparan skrin hebat dan tiada kurangnya. iPad Mini mempunyai 326 pixel-per inch (PPI) yang tinggi.berbanding iPad Air mempunyai saiz 9.7 inch dan mempunyai 263 PPI. Walaubagaimanapun, iPad Air mempunyai kelebihan dari segi saiz. Ia lebih besar dan sudah pastinya ia membantu untuk pengguna membaca nota atau e-book dan pada masa yang sama mudah untuk melayari internet. Jika kita ingin membandingkan daripada segi berat, iPad Air mempunyai keberatan 469 gram manakala iPad mini 331 gram. 2 produk ini juga mempunyai tahap kenipisan yang hampir sama iaitu 7.5mm. Semakin sukarkan untuk membuat pilihan ?
Point terakhir kita ialah harga bagi produk iPad Air dan iPad Mini WRD. iPad mini di datangkan dengan saiz storage 16G sehingga 128G dan harganya bermula RM 1599(untuk wifi sahaja) dan RM 2029 (untuk wifi dan selular). Manakala iPad Mini WRD pula di datangkan dengan saiz 16G sehingga 128G dengan harga bermula dengan RM1279(untuk wifi sahaja) dan RM 1699 (untuk wifi dan selular).
Secara rumusannya saya lebih suka memilih untuk membeli iPad Mini WRD kerana mempunyai saiz yang mudah dibawa dan mempunyai perisian yang lebih "update" berbanding iPad Air. Anda pula bagaimana? terserah kepada anda untuk menentukannya. Sila berikan komen anda ok.
Friday, June 7, 2013
Telefon Pintar Sehebat Samsung Galaxy S4?.....Ya Ada !
Sudah pastinya pemilik telefon pintar akan mengatakan tiada lagi produk yang akan mencapai tahap seperti telefon pintar Samsung atau IPhone. Sudah pastinya mereka akan berpuas hati jika itu benar. Tetapi, realitinya terdapat lagi telefon pintar yang bakal keluar dan sudah pastinya sehebat produk Samsung mahupun IPhone. Petikteikus akan memperkenalkan calon-calonnya :
YotaPhone
Akan Dikeluarkan dalam tahun ini yang akan memulakan penghantaran pertamanya di USA dan kemudian ke serata negara. Ia merupakan satu telefon pintar dengan konsep baru. Kenapa saya kata begitu? Kerana ia mempunyai 2 skrin yang terletak di depan dan di belakang dalam saiz yang sama. Wow!. Skrin telefon ini ialah resolusi tinggi " liquid crystal" di depan dan dibelakngnya pula ialah paparan skrin "electronic paper" bermaksud ia berbentuk hitam putih. Rekaan ini membantu mengelakkan penggunaan kuasa bateri yang banyak. Tunggulah kedatangannya !
Xperia ZL
Kedatangan telefon pintar ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat Sony. Ia merupakan antara telefon pintar yang mempunyai saiz yang nipis dan kecil dalam kategori telefon pintar Sony. Ia mempunyai paparan skrin 5 inci dan beresolusi 1080p. Perisian yang di datangkan juga telah ditambah baik dengan fungsi "IR blaster" untuk mengawal perkakasan hiburan elektronik di rumah.
LG Optimus F7
Jarang sekali kita mendengar produk ini dipromosikan secara besar-besaran di Malaysia. Ia merupakan telefon pintar yang agak hebat dan menggunaka teknologi terkini. Ia mempunyai saiz skrin 4.7 inci, beresolusi 720p IPS. Ia menggunakan enjin pemprosesan 1.5GHz dual-core dan Petiktetikus terpukau dengan kehebatan telepon pintar ini buat seketika. Ia juga mempunyai bateri yang dapat bertahan lama berbanding telefon pintar yang lain bahkan lebih lama daripada Galaxcy S4.
BlackBerry Z10
Petiktetikus pernah menceritakan tentang produk telefon pintar ini. Ia merupakan salah satu produk hangat bagi peminat BlackBerry. Ia masih menyediakan papan kekunci , skrin bersaiz 3.1 inci . Ia rakan rapat bagi sesiapa yang mengimpikan telefon pintar moden yang masih mengekalkan tradisi lama.
HTC One
Secara jujurnya Petiktetikus merasakan HTC one adalah telefon pintar yang terbaik dan paling seksi pernah dilihat. Saya telah menerangkan produk ini pada post saya sebelum ini. ia sudah pastinya pesaing rapat Samsung Galaxcy S4 kerana dari segi kepantasan dan rekabentuk bagi kedua-dua tetefon pintar ini adalah setara. Cantik,nipis dan elegen, apa yang anda mahukan lagi?
Wednesday, June 5, 2013
GPS Terkini Untuk Anda...Jangan Tersesat Lagi !
Seperti biasa, setiap minggu kita pasti mendapat undangan perkahwinan daripada rakan-rakan dan saudara mara. Kebiasannya kita pasti ke majlis tersebut dengan berpandukan kepada kad undangan. Seperti saya, lokasi majlis itu amat mengelirukan dan kadang kala tersesat. Sudah pastinya GPS akan memudahkan perjalanan anda. Tidak kira anda dimana, anda sudah tidak perlu berpusing-pusing mencari lokasi tujuan anda.
Oleh itu, Petiktetikus ingin berkongsi bersama anda model GPS terkini yang mungkin menarik minat anda untuk membelinya.
Garmin nüvi 2350LMT
Harga : RM 450 (Anggaran Petiktetikus)
The 4.3-inch Garmin nüvi 2350LMT merupakan yang terbaru daripada Garmin yang telah ditambah baik. Ia mempunyai arahan suara yang kelas, memaparkan kedudukan yang tepat dan menunjukkan keadaan trafik semasa.
Harga : RM 450 (Anggaran Petiktetikus)
The 4.3-inch Garmin nüvi 2350LMT merupakan yang terbaru daripada Garmin yang telah ditambah baik. Ia mempunyai arahan suara yang kelas, memaparkan kedudukan yang tepat dan menunjukkan keadaan trafik semasa.
Garmin nüvi 3590LMT
Harga : RM 830 (Anggaran Petiktetikus)Mempunyai paparan 5 inci . Memaparkan lokasi tepat dan paparan grafik lebih jelas. Kadar proses lokasi lebih pantas.
Harga : RM 830 (Anggaran Petiktetikus)Mempunyai paparan 5 inci . Memaparkan lokasi tepat dan paparan grafik lebih jelas. Kadar proses lokasi lebih pantas.
Harga : RM 530 (Anggaran Petiktetikus)
The TomTom VIA 1605TM merupakan gadget GPS budget yang mampu dimiliki. Mempunyai paparan 6 inci dan bentuk fizikal yang tahan lasak dan paparan grafik yang mudah difahami.
The TomTom VIA 1605TM merupakan gadget GPS budget yang mampu dimiliki. Mempunyai paparan 6 inci dan bentuk fizikal yang tahan lasak dan paparan grafik yang mudah difahami.
TomTom GO 2535 M LIVE
Harga : RM 670 (Anggaran Petiktetikus)
Agak mahal sedikit. Tetapi ia mempunyai sambungan le laman web dimana ia mampu mengarahkan anda menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan jalan yang sesak.
Harga : RM 670 (Anggaran Petiktetikus)
Agak mahal sedikit. Tetapi ia mempunyai sambungan le laman web dimana ia mampu mengarahkan anda menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan jalan yang sesak.
Semoga ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk membeli GPS anda sendiri. Sudah pasti sekiranya anda ke kedai, anda akan ditawarkan dengan harga yang lebih murah bersama beberapa promosi dan "free gift". Good Luck
Thursday, May 23, 2013
Baru Daripada Microsoft.....XBOX ONE !
Pada era moden ini, ruang tamu sudah menjadi begitu kompleks dan sempit, Dan konsol Xbox One ini dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan keupayaan mengenal arahan suara (intelligent voice recognition) dan kawalan pergerakan (gesture control)
Penolong Pengarah Microsoft, Yusuf Mehdi menyatakan perbezaan terbesar antara Xbox One dan 360 ialah konsol berkenaan dapat mengenalpasti penggunanya, Sebagai contoh mudah, anda bermain game lumba kereta, kemudian anda berhenti (pause) atau tutup (shutdown) Xbox, apabila anda ingin meneruskan game tersebut, Xbox One tahu dimana anda berhenti dan tahu anda yang memainkan game tersebut. Sekiranya kawan anda bermain game itu ia akan mengarahkan dia bermain game baru( new game). Dasyat tak?
Selain daripada itu, Xbox One dapat melakukan pelbagai tugas dengan pantas dan lancar tanpa berlaku "hanging" dimana sekiranya anda melayari internet ( ya, Xbox One sudah ada Internet Explorer) dan kemudian ke paparan tontonan movie, ia berlaku tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun kelajuan capaian internet masih bergantung kepada pembekal talian (unifi,maxis dan lain-lain).
Terdapat satu mode yang agak menarik dinamakan "Snap Mode". Anda boleh Skype dengan rakan anda dan ia terletak di sebelah sisi skrin dan pada yang sama anda boleh melihat tayangan TV atau movie. Penggunan arahan suara juga agak unik dimana anda perlu bercakap siaran apa yang anda mahu lihat dan Xbox One akan memaparkan ia.
Sekiranya anda ingin tahu Speck Xbox One, antaranya:
- 8-core CPU with 5 billion transistors
- 8GB of system memory
- 500GB hard drive
- Blu-ray drive
- 802.11n Wi-Fi, HDMI in/output
- USB 3.0 support.
- support APU untuk Xbox One menggunakan cip AMD
Tuesday, May 14, 2013
Pertempuran TV LED Terbaik 2013 !
Apapun review yang diberi, hak membeli masih ditangan anda. Kali ini tepuk kocek jangan tepuk dada!
Monday, April 1, 2013
Baru Bukak Syarikat? Apa Patut Aku Beli?
Adakah anda baru hendak mula menjinakkan diri untuk memulakan perniagaan. Sudah pastinya anda memerlukan beberapa perkakasan IT untuk memudahkan kerja harian anda. Petiktetikus ingin berkongsi cadangan peralatan yang patut anda beli :
SNOLOGY DSS112+ HIGH PERFORMANCE NAS SERVER
SKYPIX HANDY SCAN
HP DESKJET 1050 ALL IN ONE PRINTER
WESTERN DIGITAL MY PASPORT
- Ia boleh menggunakan Windows 7 atau 8
- 3rd generatian intel i7
- 13.3 Ultrabook dengan HD,IPS
- Berat 1.54 Kg
- 8 jam kuasa bateri
- 256GB SSD simpanan data (Storage)
- 4 GB memory
SNOLOGY DSS112+ HIGH PERFORMANCE NAS SERVER
- 107.92 MB/sec untuk baca dan 76.66MB/sec untuk tulis (kelajuan)
- Mempunyai fungsi "SuperSpeed USB 3.0"
- Enjin perkakasan yang terkunci (Encryption)
- Kepelbagaian aplikasi pejabat
- Boleh membuat 'Backup' secara keseluruhan
- Rekabentuk yang tahan panas dan kurang kebisingan
- Menggunakan DSM (DiskStation Manager)
SKYPIX HANDY SCAN
- Pengimbas pemegang tanpa wayar
- Boleh memilih antara 600/300 DPI
- Berwarna atau hitam dan putih
- Disimpan terus ke dalam micro SD
- Untuk A4 sahaja
HP DESKJET 1050 ALL IN ONE PRINTER
- Boleh print sehingga 5.5 ppm hitam & Up to 4 ppm berwarna
- 600 dpi hitam dan keatas sehingga 4800 x 1200 dpi dari 1200 dpi data masuk.untuk berwarna.
- Sehingga 1000 muka surat sebulan
- Copy: sehingga 4.5 ppm hitam ke atas sehingga 2.5 ppmuntuk bewarna
- Scan: sehingga 1200 x 1200 dpi perkakasan dan ke atas sehingga 1200 dpi secara optical
- 1 USB 2.0
WESTERN DIGITAL MY PASPORT
- USB 2.0-3.0
- Kapasiti 500 GB-2TB
- Dilengkapi perisian 'Password'
- Kelajuan pemindahan data yang tinggi
- Tidak memerlukan kabel power
Saturday, February 16, 2013
Hari Kekasih...Hadiah? Oh My Good :P
Hai anda semua ! so apa korang belikan untuk pasangan anda sempena hari kekasih yang dah lepas beberapa hari lalu. Korang rungsing sebab masih tiada idea untuk membelikan hadiah? jangan risau. PetikTetikus ada cadangan untuk korang. Disebabkan blog ini berkonsepkan IT so jangan harap aku syorkan membeli sejambak bunga atau sepapan coklat yer :P
HADIAH YANG PATUT KORANG BELIKAN IALAH:
IPOD SHUFFLE
PS VITA
DIGITAL PHOTO FRAME
NOKIA LUMIA 820
IPAD MINI
ELECTRONIC WATCH
P/S: SAYA BERHARAP ADA LA SESIAPA HADIAHKAN PETIKTETIKUS SALAH SATU HADIAH DIATAS.....HUHU
HADIAH YANG PATUT KORANG BELIKAN IALAH:
IPOD SHUFFLE
PS VITA
DIGITAL PHOTO FRAME
NOKIA LUMIA 820
IPAD MINI
ELECTRONIC WATCH
P/S: SAYA BERHARAP ADA LA SESIAPA HADIAHKAN PETIKTETIKUS SALAH SATU HADIAH DIATAS.....HUHU
Subscribe to:
Posts (Atom)











































