Showing posts with label Aktiviti IT Terkini. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti IT Terkini. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

SKYPE GROUP VIDEO CALLING....PERCUMA !!!!!!


Berita baik kepada semua pengguna Skype. Seperti yang anda semua tahu, Skype merupakan satu medium perhubungan  "peer-to peer"  antara pengguna dengan menggunakan 'microphone', 'webcam' untuk 'video life streaming' dan 'instant messaging' melalui internet. Ia sangat popular dikalangan pelajar, penjawat awam dan swasta malahan kanak-kanak di Malaysia. Ia sering digunakan untuk panggilan telefon dan perbualan video menggunakan laptop/PC atau telefon pintar . Walaubagaimanapun terdapat beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan Skype kerana dikhuatiri maklumat rahsia mudah dibocorkan, penggunaan 'bandwidth' yang tinggi dan penyebab produktiviti syarikat menurun. Apapun itu tetap tidak menghalang pengguna diseluruh dunia menggunakannya. Dianggarkan terdapat 668 billion pengguna berdaftar dan 80% daripadanya mennggunakan Skype dengan kerap. Pelaburan Microsoft membeli Skype memang berbaloi, USD 8.5 billion sudah menampakkan hasilnya.

Petiktetikus sebenarnya ingin memaklumkan kepada semua pengguna Skype di luar sana, Microsoft telah mengumumkan  perkhidmata Skype 'Group Video Calling' adalah PERCUMA!!!!!

Skype GM bagi pemasaran dan penggguna, Philip Snalune , telah mengumumkan " Pada masa akan datang , kami akan mampu menyediakan panggilan 'group video' kepada semua pengguna dalam pelbagai platform tanpa ada apa-apa kos". Untuk pengetahuan pembaca Petiktetikus sekalian, sebelum ini bagi menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mendaftar di Skype Premium dan perlu membayar senyak RM 12.00 untuk 1 hari penggunaan dan RM 25.00 sebulan.

Ia bukan perkara baru kerana aplikasi yang lebih kurang sama seperti Skype yang dimiliki oleh Google iaitu "Google Hangout" turut menawarkan perkhidmatan yang sama secara percuma semasa awal pelancarannya. Sudah pastinya langkah Microsoft  ini memberikan kita satu lagi keselesaan menggunakan perkhidmatan Skype dan pada masa yang sama akan menambah lagi pengguna baru pada masa akan datang. Kepada semua pembaca Petiktetikus, cuba dan sila tinggalkan komen anda tentang pengalaman menggunakan aplikasi Skype 'Group Video Calling'


SILA KE LINK INI UNTUK MENEROKAI PENGALAMAN--> SKYPE GROUP  VIDEO CALLING

P/S: Jemput makan semua, Perut petiktetikus sudah berkeroncang.


Wednesday, April 16, 2014

Selamat Tinggal XP, Eh! Ada Apa Tu?


Selamat tinggal dan terima kasih kerana telah menemani saya selama ini. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan atas pemergian anda. Ucapan dan kata-kata penghargaan ini wajar diberikan kepada windows XP yang secara rasminya telah ditamatkan khidmat dan support pada selasa, 8 April 2014 lepas. Setelah memberikan jasa selama 13 tahun dengan memperomosikan kestabilan dan kebolehupayaan untuk berfungsi dengan sempurna, ia terpaksa dikuburkan untuk memberikan laluan kepada produk sistem pengoperasian terkini dari windows.


Sebagai hadiah terakhir daripada windows XP, windows telah menyediakan satu bentuk permainan komputer interaktif untuk mengingatkan kita keseronokan menggunakan windows XP. Ia diberi nama "Escape from XP".

Ia akan bermula dengan paparan pop-up yang berbentuk seperti minitor lama (CRT ) dan windows XP sedang "boot". permainan arcade ini memerlukan anda menembak icon yang popular pada era XP dimana di dalam permainan ini anda memainkan watak individu terakhir mengawal keselamatan IE6 di dalam XP. Anda perlu melarikan diri anda dari ancaman anasir moden. Ia seperti movie Kurt Russel  "Escape from New York dan Escape from LA". Cara permainan agak mudah dan ia terletak di skrin komputer dalam bentuk tampalan kertas memo.



JOM MAIN GAME INI !----------- Escape from XP








Thursday, February 20, 2014

Facebook membeli Whatsapp..."Whats" happen?



Facebook telah melakukan langkah pelaburan yang besar dengan membeli sistem mesej popular Whatsapp dengan nilai yang besar iaitu RM 62.7 bilion. Harga ini kita boleh membeli sebuah pulau di Carrebian. Facebook membayar RM39.6 bilion dalam bentuk saham dan wang tunai RM13.2 bilionPerjanjian itu turut melibatkan wang tambahan RM9.9 bilion dalam bentuk saham Facebook untuk pengasas dan kakitangan WhatsApp. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum akan menyertai Lembaga Pengarah Facebook.

Mengapakah Syarikat Facebook perlu mengambil alih Whatsapp walaupun kedua-duanya mempunyai jutaan pengguna dan antara media sosial yang paling popular di dunia. Dianggarkan Whatsapp mempunyai 450 bilion pengguna. Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp.Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan. Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas.



Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat. Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah Facebook mengambil langkah drastik untuk memastikan ia masih lagi releven dan penggabungan ini mungkin akan menghasilkan sesuatu program yang lebih menarik. Kita hanya perlu tunggu dan lihat masa depan Facebook, semakin cerah atau suram hilang begitu sahaja.

Tuesday, June 4, 2013

Suasana Kelas Bertambah Moden..Untung Sungguh Anak-Anak Kita

Evolusi susana pembelajaran di sekolah sentiasa berubah dan ia baik untuk pembelajaran kanak-kanak. Dengan kemahiran guru-guru yang sentiasa ditambah baik dan dilatih supaya memberi tunjuk ajar terbaik kepada pelajarnya. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa teknologi juga memainkan peranan penting bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelajar di sekolah. Petiktetikus ingin kongsikan konsep pembelajaran terkini khas daripada HP


KELAS DI ZAMAN PURBA



KELAS DI ZAMAN AWAL PERMODENAN



KELAS DI ZAMAN PRA-MODEN



KELAS SUNGGUH MODEN


wOW...Untung kalau dulu Petiktetikus belajar dalam kelas macam ni . :P

Tuesday, January 29, 2013

TECH WORLD EXPO 2013...jOM!

Hai kengkawan PetikTetikus sekalian. Korang ada plan apa-apa tak untuk membeli peralatan elektronik dan komputer? kalau jawapan korang "YA", maka persiapkanlah duit anda dan pergi ke Mid Valley kerana di sana akan berlangsung TECH WORLD EXPO 2013. Pelbagai promosi di tawarkan yang pastinya membuatkan anda seronok bebelanja.  Maklumat terperinci seperti di bawah :

Date : 1 to 3 February 2013
Venue: Mid Valley Exhibition Centre
Time : 12pm & 5pm
Location : Tech World Expo 2013 Counter







ENJOY !

Tuesday, January 15, 2013

The Consumer Electronics Association (CEA) New Product to Reveled

The Consumer Electronics Association (CEA) is the owner and producer of the International CES. CEA is the preeminent trade association promoting growth in the $186 billion U.S. consumer electronics industry. Didn't have the chance to attend CES 2013? No problem! Allow PetikTetikus to share  50 images that i get to show you the highlights from the show floor. Everything from booth babes, wacky gadgets, and the products of the show are featured in the gallery below.