Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Tips Elak Anak tengok Blue "movie 1 warna " di tablet @ Handphone



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semenjak Malaysia memasuki era "multimedia super coridor", tiada lagi batasan maklumat yang boleh kita perolehi di internet samada  yang baik atau 'nakal'. Menjadi kerungsingan bagi si ibu dan si bapa apabila melihat anak-anak mereka melihat video lucah yang dilihat secara sengaja atau tak sengaja. Lebih-lebih lagi pada zaman ini semua kanak-kanak ada peranti elektronik masing-masing sama ada tablet atau handphone. Menjadi satu igauan ngeri apabila kita 'kantoi'kan anak kita yang sedang asyik melayan video lucah...kuhhhh semangat!!!

Disini saya ingin kongsikan 8 tips :


  • Mulakan dengan teguran dan nasihat yang mudah seperti " tuhan nampak apa yang adik buat", "jika sayangkan adik-adik kamu, jangan tengok", " tak sayang abah dan ibu dapat malu", "bila rosak mata adik,rosak jiwa adik".percayalah, nasihat secara lembut diperingkat permulaan lebih baik dari secara keras.
  • Apabila membelikan peranti seperti tablet atau handphone, letakkan paparan wallpaper ayat al-quran bagi yang beragama islam dan bagi agama lain, letakkan wallpaper yang melambangkan keharmonian agama masing-masing. Anda juga boleh meletakkan gambar anda sebagai ibu dan bapa. Agak lucu bukan? tetapi pandangan mata yang melihat unsur suci pasti dapat mengelakkan keinginan melihat benda yang kurang baik
  • kerap kongsikan kata-kata nasihat samada di whatsapp atau media sosial lain sebagai peringatan dan nasihat sepanjang masa. Secara tidak langsung merapatkan hubungan kekeluargaan dan anak-anak dapat merasai "pantauan sayang" dari ahli keluarga
  • Sekiranya anak-anak masih kecil, hadkan penggunaan handphone dan selalu berbual bersama mereka dan membuat aktiviti sihat di luar rumah. Apabila anak-anak sering terperap dirumah, mereka akan terasa boring dan mereka akan melayari internet untuk menghabiskan masa.
  • Kerap memeriksa tablet web browser 'history' mereka. Sekiranya ada URL yang meragukan, periksa terlebih dahulu dan mulakan dengan teguran lembuit dan sekiranya kerap sangat laman ini dilayari, teguran secara kaunseling 'keras' boleh dilakukan
  • Rampas dan asingkan peranti dari tangan anak-anak. hukuman seperti ini dapat memberikan pengajaran kepada mereka. Lebih lama lebih bagus.
  • Hadkan penggunaan internet di rumah. Matikan wifi dirumah ketika waktu tidur. kumpulkan handphone dan peranti mereka di satu tempat diluar capaian mereka
  • Kembali kepada lumrah asal kita sebagai umat islam, solat tidak ditinggal dan  al-quran dekat dijiwa dan mata. Akhir sekali kasih sayang antara ahli keluarga sudah pastinya membantu mereka terpesong pandangan mata ke arah kurang 'manis'

Selamat mencuba dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. Ini hanya cadangan sahaja dan sekiranya anda ada teknik lain untuk mengelakkan anak-anak anda menonton video lucah, kongsikan pada komen dibawah.

Selamat mencuba !


Friday, July 24, 2015

15 Adab-Adab Bagi Penghisap Vapour E-Ciggarate



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Vapour. Sudahkah anda vapour untuk hari ini? yang pasti saya sudah. Kenikmatan berkumpul beramai-ramai bersama rakan-rakan menukar pendapat dan mempelajari teknik hisap dan pembersihan mode amat bernilai dan pada masa yang sama mengukuhkan persahabatan dan komuniti antara kita

Oleh yang demikian, perlu diingat bahawa kita sebagai komuniti vapour perlu mengetahui beberapa adab-adab semasa menghisap vapour untuk menjaga nama baik dan komuniti kita bersama. To earn people respect, we must start to behave ourself and be a better person right ?

Tanpa saya membebel panjang, disini saya ingin "mencadangkan" beberapa adab untuk kita ikuti bersama :

1. Jangan hisap di depan kanak-kanak dan bayi. Cammon la, kesian mereka diselubungi asap

2. Jangan hisap di dalam tempat tertutup yang mempunyai ramai orang, walaupun bagi kita bau asap  wangi, tetapi ada individu lain yang tidak selesa

3. Jangan merasa kecil hati sekiranya tip vapour di lap semasa dikongsi bersama.

4. Jangan mengajar kanak-kanak dan remaja mengenai vapour. Mereka masih mentah dan nak beli gula-gula pun minta duit kat  mak ayah lagi.

5. Sekiranya kita menggunakan tisu dalam kuantiti yang banyak untuk membersih subtank di kedai   mamak atau kedai makan yang lain, setelah selesai, kumpulkan dan masukkan di dalam bekas   cawan, jangan biarkan ia bersepah

6. Jangan hembuskan asap vapour ke muka orang direct...nak kena penampor!

7. Jangan sesekali mencuri tester vapour di kedai penjual vapour. Ko beli mode mahal-mahal takkan liquide tak mampu beli. Orang lain nak test pun payah!

8. Sekiranya ditegur orang berkenaan asap vapour di tempat terbuka, balas dengan senyuman dan permohonan maaf. Sebab vapour masih baru di Malaysia dan masih ramai yang tidak tahu wap air vapaour lain daripada asap rokok

9. Sekiranya rakan-rakan minta meminta bantuan dan tunjuk ajak mengenai penjagaan mode dan penukaran kapas mode, jangan digelakkan dan kedekut ilmu. Sharing ilmu bersama-sama, tak rugi pun

10. Jangan melakukan provokasi atau kutuk mengutuk antara liquid-liquid di pasaran, masing-masing ada favourite dan tekak masing-masing selesa dengan liquid tertentu.

11. Sekiranya di rumah, hisaplah di beranda atau di luar rumah, kalau tak nanti kena perambat penyapu ngan mak. Kesian orang tua kita

12. Sekiranya di dalam kereta, tanya dahulu tuan punya kereta samada kita boleh hisap vapour di dalam keretanya, nanti esok dah tak dapat tumpang lagi. jalan kaki la jawabnya

13. Jangan sesekali menjual vapour kepada budak-budak hingusan (bawah umur), amat buruk sekali tengok budak darjah tingkatan 1 hisap vape di dalam kelas hisap ngan poyonya.

14. Sekiranya rakan-rakan meletakkan botol liquid diatas meja, minta izin dahulu untuk guna, jangan main tabur terus dalam tank korang, nanti tajam jer mata mamber menjeling

15. Hisap vapour dengan berkhemah, jangan hisap ketika sakit dan di depan orang sakit. Jagalah kesihatan sesama vapour.


Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama :)






Sunday, July 19, 2015

Perkongsian Tips Keselamatan Password (Bergambar)..Tengok Puas-Puas Tau


Assalamualaikum dan selamat hari raya petiktetikus ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Dengan hati yang ikhlas saya ingin ucapkan..." I Love You ALL ". Ok berbalik pada sebab utama post ini di buat,  beberapa minggu ini saya menerima beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan 'password' yang digunakan untuk email,media sosial dan akaun bank. Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan menentukan 'password' ini. Untuk memudahkan anda memahaminya, saya paparkan beberapa gambar poster yang saya temui di laman web untuk tatapan pembaca semua atau anda semua boleh ke 'link' dibawah untuk ke post saya sebelum ini yang pernah memberikan tips keselamatan password yer ;



====================================================================







Monday, November 10, 2014

Tips Penjagaan Pendrive ...Tau Tak?


Pada hari ini, sekali lagi petiktetikus mahu berkongsikan tips penjagaan pendrive dan external hardisk. Medium simpanan data ini amat popular sehinggakan dianggarkan jika semua pendrive dan external hardisk dikumpul, ia boleh membuat pusingan penuh sebanyak 10 kali! Hebat bukan?

Terdapat pelbagai model yang terdapat dipasaran dan rekabentuk setiap satunya hampir serupa. Dengan penggunaan teknologi usb 3.0 yang diperkenalkan, kita boleh membuat salinan data daripada satu medium kepada medium yang lain dengan masa yang amat singkat.

Tanpa membuang masa, saya akan mulakan tips penjagaan pendrive dan external hardisk sekarang.

TIPS PENJAGAAN PENDRIVE 

Pastikan pendrive anda tidak diletakkan di tempat yang terlalu lembab dan panas. perlu diingat, pendrive menyimpan data di dalam cip. Suhu yang keterlaluan boleh merosakkannya.

Jangan letakkan ia berdekatan dengan magnet. Tarikan medan magnet boleh merosakkan struktur data

Letakkan di tempat yang tidak basah dan mudah terkena air. Pendrive boleh menerima renjatan elektrik

Letakkan koleksi pendrive anda di dalam satu bekas. Ia akan memudahkan anda mencari sekiranya diperlukan


Jangan cucuk pendrive anda pada PC yang tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan ia akan menjangkiti pendrive anda


Jangan cucuk dan cabut pendrive anda secara mengejut. Ikut prosedur yang betul. sekiranya masih tak boleh, matikan PC dan cabut.


Jangan membuat sebarang proses edit data daripada pendrive  dalam satu tempoh yang lama (pendrive tidak dicabut dari PC dalam 3-4 bulan). takut berlaku data hilang atau data tidak dapat di simpan

Anda tidak perlu membuat sebarang defragmentation pada pendrive anda. Jika terasa slow, backup data anda pada pc dan format terus. Pasti berjaya


Jika ternampak sebarang icon "duplicate" dan "shortcut" pada pendrive anda, scan menggunakan antivirus dan antispyware. Data selamat dan ia hanya di"sorokkan" oleh virus.





Sunday, October 26, 2014

Tips Pemilihan Power Bank...Caranya ?

Suatu ketika dahulu gadget power bank merupakan sesuatu yang agak aneh dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna gadget. Apabila zaman "Nokia" roboh dan pengguna mula beralih arah kepada telefon pintar (smartphone) yang menggunakan aplikasi "Android", "MacOS" dan "BlackBerry", segalanya berubah. Dunia sekali lagi dilanda putaran tsunami teknologi yang membuka ruang kepada penggunaan power bank. Penggunaan kuasa oleh peralatan elektronik pada telefon pintar menyebabkan ia memerlukan satu mekenisma tenaga tambahan agar dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.

Terdapat banyak pilihan power bank di pasaran dan ia memberi kuasa memilih kepada pengguna. Terdapat pelbagai saiz, rekabentuk dan jumlah kuasa yang dibekalkan. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat pilihan yang tepat agar power bank yang kita beli dapat kita gunakan semaksima mungkin

Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tips pemilihan power bank kepada semua pembaca laman blog ini :


Bentuk

pemilihan bentuk penting kerana ia menentukan bagaimana ia di bawa dan disimpan. biasanya bentuk yang kecil mempunyai kapasiti simpanan kuasa yang rendah dan yang besar mempunyai simpanan kuasa 5 kali ganda. Keselesaan pengguna juga perlu diambil kira kerana ada yang tidak sanggup membawa power bank yang berat di dalam beg bimbit. Terserah kepada anda untuk menentukannya

Warna

Wanita suka mempunyai power bank yang serasi dengan beg dan pakaian harian mereka. Bagi lelaki pula, mereka suka warna yang gelap kerana lebih menarik, Kanak-kanak pula suka yang berwarna terang dan comel. (budak berumur 5 tahun pun sudah ada Hp sendiri). Pilih ikut keselesaan anda (nak pakai lama kan?)

Kapasiti Kuasa (mAh)

Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)


Jenama

Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)

Bateri

Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.

Lampu

Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.

USB

Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan.  Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)

Harga

Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.


Harap tips ini dapat membantu anda. Cubalah !



Saturday, September 6, 2014

Cara-Cara Mengelakkan Virus "meratah " PC/Laptop Anda


Masalah yang sentiasa dihadapi oleh semua pengguna PC di Malaysia. Ia juga punca mengapa sesetengah pengguna PC sakit jantung dan pengsan sekiranya ada data yang penting dan perlu digunakan hilang tanpa dikesan. Masalah serangan virus ini juga menjadi punca bagaimana sesebuah organisasi 'lumpuh' dan tidak dapat bangun kembali. Serangan virus komputer seperti Y2K, ILOVEU, KAMA SUTERA dan lain-lain lagi keturunannya perlu dibendung dan hapuskan bagi mengelakkan pengguna seperti anda tidak menangis sendirian di hadapan PC.

Pelbagai kaedah dan langkah yang boleh diambil oleh anda untuk mengelakkan serangan virus ini dan Petiktetikus bermurah hati untuk berkongsi bersama tip-tip yang saya amalkan bagi megelakkan serangan virus komputer ini. Siap sedia perisai dan tombak anda sekarang!.

  • Jangan sesekali (banyak kali pun jangan tau !) membuka email yang anda tidak pasti siapa pengirimnya. jangan tergoda dengan tajuk email seperti 'i love u'. 'gambar bogel', 'artis bogel', 'cabutan bertuah,'menang 1 juta' dan apa sahaja yang meragukan.

  • Sekiranya anda membuka website, dan pop-up keluar menyatakan anda perlu membuat intalasi antivirus, anda dinasihati 'JANGAN!'. Kebiasannya ia adalah virus yang menyamar sebagai antivirus. Bila anda install juga, PC anda akan mula perlahan dan pop-up ini akan sentisa keluar setiap kali PC dihidupkan

  • Jangan lawati laman web yang meragukan, sekiranya anda menerima sebarang link website secara pop-up, lupakan dan abaikan

  • Ada  sesetengah orang menyatakan jangan menggunakan perisian cetak rompak kerana dikhuatiri ada virus yang disertakan sekali, Pada pandangan saya, sekiranya anda melakukan intalasi, jangan install sebarang perisian "add-on" yang disertakan bersama-sama perisian tersebut. Kerana itu sebenarnya link virus.

  • Elakkan melakukan perkongsian fail secara "network sharing". Ini kerana virus akan mudah tersebar keseluruh organisasi tanpa disedari. Tindakan yang lambat untuk menghapuskan virus komputer juga menjadikan masalah penyebaran virus secara rangkaian ni akan bertambah kronik.

  • Penggunaan USB pendrive yang tidak melalui proses "scan" juga menjadi punya mudahnya virus tersebar. jangan gunakan USB pendrive  pada PC yang telah diketahui mempunya "syaitan" di dalamnya.

  • Sekiranya anda berada di cafe atau  tempat awam yang mempunyai wifi, anda perlu mengenalpasti wifi yang sebenar. Jangan sesekali menggunakan wifi yang meragukan (biasanya yang tiada password) kerana setelah anda 'log in' hackers akan menghantar virus bersama-sama 'keylogger' untuk mencuri data peribadi anda.

  • Jangan men'download' fail seperti movie,lagu dan gambar daripada website yang tidak dikenali. Kebiasannya, hancker akan mewujudkan website 'dummy' untuk memperbodohkan anda dan virus akan dihantar dengan cara ini.

  • Jangan sesekali mematikan firewall PC anda, jika anda menggunaka perisian '3rd party' pastikan ia tulen dan sentiasa 'on'. jauhkan jari 'mouse' anda dari butang 'disable'

  • Yang paling penting, gunakan perisian antivirus yang tulen dan sentiasa 'update' senarai virus di dunia bagi memastikan PC anda sentiasa selamat dari diceroboh dan dirosakkan oleh virus.

Untuk mengetahui apakah jenis antivirus yang menjadi pilihan Petiktetikus, boleh lihat post-post sebelum ini atau terus kepada link-link di bawah :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

http://petiktetikus.blogspot.com/2012/10/pc-korang-ada-antivirus-tak-mano-satu.html

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, August 6, 2014

TIPS PENJAGAAN DATA ANDA DI CLOUD....BUKAN AWAN YER !


Hai semua pembaca petiktetikus. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca sekalian. Sudah pastinya keseronokan berhari raya masih terasa sehingga ke hari ini kerana Hari raya disambut sebulan. Betulkan?. Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan beberpa tips penjagaan data di 'cloud'. Maklumat berkenaan jenis 'cloud' yang berada di pasaran telah Petiktetikus kupaskan di dalam post sebelum ini. Anda boleh melihat post tersebut melalui link di bawah ini :

http://petiktetikus.blogspot.com/2014/03/cloud-storage-pilih-yang-mana-anda-suka.html

Kita sebagai pengguna komputer sudah pastinya merasai evolusi penyimpanan data yang bemula sejak penggunaan 'floppy disk', 'hard disk', 'pendrive, 'external hardisk', dan sekarang kita diperkenalkan dengan konsep 'clouding'. Di bawah Petiktetikus sediakan sedikit gambaran bentuk-bentuk simpanan data yang dinyatakan tadi.

FLOPPY DISK









HARD DISK













PENDRIVE













EXTERNAL HARDISK













Penggunaan 'cloud' yang semakin popular kerana ia mudah digunakan untuk simpanan data dan mudah untuk mengambil data dari mana-mana medium seperti 'smartphone', komputer,tablet dan laptop asalkan ia mempunyai capian internet. Walaubagaimanapun ia masih memerlukan kita sebagai pengguna untuk sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan data yang di simpan di dalam 'cloud' pilihan anda. Tanpa membuang masa, Petiktetikus akan kongsikan tip-tip penjagaan data di 'cloud', semoga anda pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian ini :

TIPS PENJAGAAN MAKLUMAT (DATA) DI CLOUD


Gunaka kata laluan (password) yang kuat
- Jangan gunakan kata laluan yang boleh diagak oleh orang lain seperti tarikh lahir dan nombor IC. Gunakan gabungan nombor dan abjad yang mudah anda ingat seperti kata laluan "Aker20thn" bermaksud (aku bekerja 20 tahun). Cubalah !

Baca "user agreement" sebelum pilih 'cloud'
-Sekiranya anda boleh mengambil sedikit masa anda untuk membaca syarat 'agreement' cloud pilihan anda, Buat!. Anda perlu tahu apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal 'cloud' dan apakah jenis sistem keselamatan yang disediakan. Untuk kesenangan anda di masa akan datang.

Gunakan 'cloud' yang menggunakan 'encrypted'
- kenapa ia penting? sekurang-kurangnya anda boleh memastikan data anda tidak boleh dibaca oleh orang lain. Ingatlah data anda amat penting dan kebocoran data bukan sahaja akan memudaratkan anda, tetapi syarikat anda juga. Sistem 'cloud' ini akan 'encrypt' dan 'decrypyt' dan di simpan dengan selamat.

Pastikan "security question" tidak boleh diteka
-Jangan sesekali menggunakan soalan yang mudah diperolehi di internet seperti 'facebook profile'. kreatif sedikit !

Backup data di tempat lain (physical drive)
-Sudah semestinya malang tidak berbau.Oleh itu, anda juga hendaklah menyimpan salinan data anda di 'external hardisk' atau medium seangkatan dengannya sekiranya berlaku masalah pada 'cloud'. bukan semua sistem bagus dan terhindar daripada 'corrupt'

'Delete' data yang tidak bermakna
- Sekiranya data anda yang tidak lagi digunakan dan ia merupakan data sensitif, eloklah anda membuang terus. memang 'cloud' mempunyai ruang yang besar dan tidak mengganggu 'space' simpanan anda, tetapi kita tidak tahu bila data ini akan dicuri dan disalahgunakan oleh individu yang bertopengkan "syaitan"

Jangan set 'auto log in'
-Anda mungkin akan mengalami kerosakan laptop dan perkakasan seakan-akan dengannya dan sekiranya anda menghantar ia ke kedai, bila mereka membuka windows laptop anda, mereka boleh terus masuk ke 'cloud' anda. Ini kerana password telah diset sebagai 'auto logi'. berhati-hati !

Gunakan antivirus dan anti-spyware
- Pastikan perkakasan anda mempunyai sistem keselamatan antivirus dan anti-spyware kerana ia dapan menghalang anasir luar untuk mencuri kata lalauan anda menggunakan "keylogger". Bersedia sebelum terkena!

Tutup mulut tempayan anda
- Jangan ceritakan kata  laluan anda kepada orang lain. Ini kerana ia akan menyebabkan ramai orang tahu pasword anda dan data anda di 'cloud' secara tak langsung akan berisiko tinggi di curi. Biar pecah di perut jangan di mulut !.

Monday, July 21, 2014

Warga Afrika Di Malaysia...Lidah Bercabang Menipu bangsa KIta Di Dunia Maya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Petiktetikus. Pada pagi ini saya ingin mulakan dengan berkongsikan masalah lelaki dan wanita di Malaysia. Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa banyak warga Malaysia, tidak kira lelaki mahupun wanita yang telah tertipu dengan mamat hitam ini. Banyak berita yang telah terpampang di media cetak tidak kira di TV, radio dan surat khabar. Berjuta-juta wang keringat kita ditipu dengan sebegitu licik sekali di media sosial tidak kira di Facebook, WeChat dan lain-lain yang seumpama dengannya dan hasilnya banyak warga Malaysia terduduk duka dan menangis tidak berlagu. Mengapa masalah ini tetap berlaku walaupun badan penguatkuasa undang-undang Malaysia telah menggerakkan jentera masing-masing memburu 'siamang-siamang' hitam ini?.

Saya ingin ingatkan disini bukan semua warga Afrika yang tiba di sini memberikan masalah kepada kita. Cuma kebanyakan daripada mereka menyalahgunakan pas pelajar mahupun pas lawatan ke Malaysia untuk melakukan operasi 'bangsat' ini. Tahukah anda , lebihkurang 899 rakyat kita telah menjadi keldai dadah mereka dan ditangkap di negara luar?. Ada yang dipenjara seumur hidup dan ada yang menunggu hukuman mati. Sedih bukan?bagaimana mereka melakukanya? bagaimana modus operandi mereka digerakkan?. Petiktetikus ingin berkongsikan kepada pembaca sekalian bagaimana mereka menipu kita di dunia maya.


  1. Mereka bergerak di dalam satu kumpulan yang besar. Dalam satu-satu masa, meraka akan membuat beberapa kumpulan kecil bagi mensasarkan golongan mangsa tertentu di lokasi berlainan
  2. Mereka akan membuat beberapa akuan di dalam facebook dan menyamar samada menjadi warga Malaysia atau warga luar.
  3. Mereka mempunyai buku manual bagaimana untuk menjerat mangsa-mangsa, dari bagaimana untuk memulakan perbualan, perkenalan, mengambil hati,memberi hadiah dan setelah jerat habis dipasang, anda akan ditipu dan dipergunakan sebagai keldai dadah atau mangsa cinta duit.
  4. Tahukah anda di dalam setiap nama facebook itu, bukan seorang sahaja yang melakukan taipan pada 'status' dan 'komen'. Sebagai contoh, atas nama "jason" sekurang-kurangnya anda berbual dengan  5-6 orang berlainan. Meraka bergilir-gilir menaip.
  5. Meraka biasanya akan menggunakan nama di facebook dengan nama melayu bagi memudahkan anda mesra dan memperoleh kepercayaan anda dengan mudah
  6. Meraka juga kadang-kadang menggunakan nama orang putih dan mengatakan mereka mempunyai simpanan wang yang banyak dan memerlukan anda berkongsikan nombor akaun bank anda untuk 'transfer' .
  7. Jikalau anda perasan, sekiranya anda menerima 'message' di facebook anda, selepas itu anda tidak memberikan tindak balas (melayan) pada email tersebut, selepas seminggu, nama email itu berubah begitu juga gambarnya. Menarik bukan?
  8. Setelah anda jatuh cinta kepada mat gelap ini, anda akan diminta untuk bersemuka. Sudah pastinya di rumah dan bukan di kawasan khalayak ramai.
  9. Meraka akan menjanjikan hadiah, memberikan tiket percutian atau meminta anda ke kuar negara untuk urusan kerja. Di sinilah mereka akan menjadikan anda keldai dadah.
  10. Mereka akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi menyukarkan polis mengesan mereka.
Semoga informasi  yang saya kongsikan memberi manfaat kepada kita bersama. Jagalah ahli keluarga  kita daripada penipuan terancang ini dan sentiasa melihat kejiranan kita sekiranya anda merasakan ada tindakan meragukan daripada jiran warga afrika anda. Beringat sebelum kena,bertindak sebelum terlambat.

Keratan Akhbar Untuk Perkongsian Bersama






Wednesday, July 2, 2014

8 Tips Terbaru Untuk Pengguna Google...tips&trick

Selamat pagi kepada semua pembaca petiktetikus, Saya memohon maaf kerana agak lambat memaparkan post terbaru kerana masih dalam proses pemulihan. Tetapi alhamdulillah kerana saya sudah semakin sihat dan berupaya untuk meneruskan penulisan blog ini. Pada pagi yang segar dan sejuk ini saya ingin kongsikan tips terbaru yang disediakan oleh GOOGLE untuk pengguna enjin carian ini. Beberapa tip akan saya kongsikan dan sudah pastinya ia bakal membantu anda menggunakan enjin carian ini dengan lebih efisien. Mari kita bermula !


1) Mencari sesuatu content yang dikehendaki daripada laman web yang digemari





sebagai contoh, sekiranya anda ingin mencari sesuatu content terus ke punca tanpa perlu membuka laman utama, anda hanya perlu menaip (site:bharian.com.my sukan). Mudah bukan?


2) Mencari jenis fail yang dikehendaki


Pada satu-satu masa kita perlu mencari data dalam bentuk format fail tertentu. Dengan menggunakan arahan (filetype:pdf bumi) google akan memaparkan maklumat dengan format yang diingini.

3) Mencari laman web yang mempunya persamaan dengan content yang anda ingini

Anda menyukai satu laman web dan anda ingin mencari laman web lain yang mempunyai  persamaan, anda boleh menaip (related:bharian.com.my)

4) Mencari data menggunakan gambar


Anda ingin mencari sesuatu bentuk gambar yang berkaitan dengan gambar yang anda gunakan sebagai carian, GOOGLE akan mencari gambar dalam kategori yang anda ingini ((http://images.google.com/imghp?hl=en). Contohnya kalau anda letakkan gambar panda, enjin carian akan mencari semua gambar berkaitan dengan panda.


5) Pencarian data daripada pelbagai sumber


Anda sedang membuat laporan dan anda mahu enjin carian mencari maklumat yang dikehendaki daripada pelbagai sumber tidak kira dari YAHOO,GOOGLE dan lain-lain. Gunakan arahan (saman -site:yahoo.com)

6) Melihat bentuk versi website lama (sebelum update) dengan "Cached"


Anda ingin melihat terlebih dahulu paparan website yang belum diupdate dan anda mahu melihatnya dengan kadar yang cepat, hanya perlu ke pilihan 'cached'.

7) Filter data enjin carian untuk mendapatkan pilihan terkini


Anda boleh gunakan GOOGLE untuk filter data yang anda ingini dan terkini, anda hanya perlu menambah arahan (&tbs=qdr) pada url dan untuk menentukan masa data itu diwujudkan, anda perlu menaip (h5) untuk 5 jam, (n5) untuk 5 minit dan (s3) untuk 3 saat.

8) Mencari sesuatu maklumat dengan hanya menggunakan suara


Terdapa pilihan carian di dalam GOOGLE dengan hanya menggunakan suara. Pada kotak carian, anda akan nampak logo seperti microfon dan anda hanya perlu tekan. Bagi pengguna pertama, google akan meminta kebenaran untuk menggunakan mic laptop anda. Seterusnya anda hanya perlu bercakap apa data yang anda mahukan dan enjin carian akan "beroperasi".

Friday, May 2, 2014

Jangan Mudah Tertipu..RM20000 Umpan Bahaya !



Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca petiktetikus. Hari ini saya ingin kongsikan masalah yang dihadapi oleh semua warganegara Malaysia iaitu "PHISHING" atau turut dikenali "Penipuan Dalam  Talian". Mudah saja untuk mengenalpasti yang anda sedang memasuki jerat SiCelaka ini. Anda akan menerima pesanan ringkas melalui e-mail atau telefon mudah alih (handphone). Anda diberitahu yang anda menerima durian runtuh sebanyak 10,20,30 malahan 100 ribu ringgit dan anda hanya perlu menelefon nombor yang tertera di dalam pesanan ringkas itu tadi. Cammon la! anda tak pernah menyertai apa-apa  pertandingan atau tidak pernah mendaftar secara dalam talian (online), bagaimana anda boleh menang. Inilah penangan SiCelaka memasang jeratnya.

Petiktetikus akan berkongsikan cara-cara  phishing beroperasi :

  1. Anda akan menerima pesanan ringkas melalui handphone dan e-mail mengatakan anda memenangi sejumlah wang
  2. Di dalam pesanan tersebut menyatakan ia daripada Shell (M) Bhd atau syarikat dan ia merupakan hadiah grand prize!
  3. Anda akan diberikan link ke website shell yang kononnya peraduan ini sedang berjalan untuk membuatkan anda percaya yang ia benar .
  4. Anda akan menelefon talian khidmat pelanggan yang tertera pada email dan pesanan ringkas tadi.
  5. Mereka akan menyatakan wang akan di masukkan ke dalam akaun anda tetapi akaun tersebut hendaklah mempunyai wang melebihi rm1000
  6. Mereka akan meminta nombor akaun bank dan password(kat sini telah terang2 penipuan berlaku)
  7. Setelah no akaun diberikan, mereka akan meminta kita menunggu dalam jangkamasa tempoh waktu tertentu untuk memasukkan wang 
  8. Anda akan perasan semua duit anda hilang dalam tempoh 12 jam atau kurang daripada itu.
Untuk pengetahuan anda para pembaca :

  1. Mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat swasta akan dipaparkan di dalam media cetak seperti surat khabar dan tv
  2. Sebarang kemenangan yang diperolehi, pihak syarikat akan menelefon anda dan akan meminta anda ke pejabat tanpa meminta apa-apa maklumat peribadi
  3. Pejabat itu bermaksud bangunan ibu pejabat, bukan cawangan
  4. Hadiah yang dimenangi tidak bersyarat, bermaksud anda tidak perlu membuat bayaran tambahan 
  5. Operator syarikat mesti warganegara Malaysia, jika anda mendengar dialek suara seperti orang indonesia, thai atau lain-lain baik anda abaikan.

Biasanya aktiviti phishing mensasarkan :

Orang tua- kerana mereka akan menggunakan taktik gertak seperti duit pencen hilang atau taktik budiman dengan memujuk mereka mendaftar atau membeli produk secara online taktik terujaan dengan mengatakan mereka menang peraduan berbentuk wang ringgit. Kurang pendedahan kepada warga tua menjadikan mereka sasaran yang mudah

Pelajar/remaja-mereka ini akan menggunakan taktik terujaan dan taktik peluang dengan menyatakan mereka memerlukan wang ini  untuk kos perbelanjaan dan memberikan mereka bayangan betapa mereka bertuah dapat gunakan wang tersebut untuk keseronokan 

ibu/ibu tunggal - Mennggunakan taktik peluang iaitu mereka akan ditawarkan kerja daripada rumah dengan menerima gaji yang tinggi. Selain daripada itu taktik gertak dan budiman turut digunakan.


Gambarajah paparan yang menunjukkan laman web sebenar dan laman web palsu :

Gambarajah Web Sebenar





Gambarajah Web Palsu


Daripada gambarajah diatas, lihat anak panah yang Petiktetikus tandakan, hendaklah dipastikan bahawa alamat web mesti menggunakan link ".my" dan nombor customer service mestilah menggunakan talian bebas seperti "1-800-xxx-xxx" bukan nombor telefon bimbit.

Semoga semua warga pembaca Petiktetikus lebih berhati-hati dan ingatlah bahawa "rezeki tidak datang bergolek". Sekiranya boleh, tolong ingatkan ayah dan ibu, atuk dan nenek ,adik beradik ,saudara mara dan rakan-rakan mengenai masalah Phishing. Sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri.

Tuesday, April 22, 2014

Tips Keselamatan PC dan Laptop Semasa Hujan , Banjir Atau Petir


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut Petiktetikus. Hujan  turun di kawasan rumah saya dan saya bersyukur kerana ini tanda-tanda musim kemarau bakal berlalu pergi. Mesti pembaca sekalian tertanya-tanya mengapa saya bercerita mengenai hujan?. Saban kali ketika musim hujan tiba, berlaku kerosakan berlaku pada PC/Laptop. Ia jarang berlaku tetapi tidak bermakna ia tidak akan berlaku sebab kita tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan ia berlaku. (hahaha pening tak?)

Hari ini, saya ingin kongsikan tip-tip keselamatan ketika hujan, banjir dan petir :
  1. Jangan letakkan PC/laptop anda  sangat dekat dengan tingkap. Tidak kira ia tertutup atau tidak, percikan air mungkin akan masuk tanpa kita sedari
  2. Matikan PC/laptop anda semasa hujan kerana takut terkena panahan petir pada perkakasan anda
  3. Gunakan AVR (auto voltage regulator) untuk mengawal  kuasa lebihan (over flow) ke perkakasan anda
  4. Sekiranya anda menggunakan penyambungan kabel internet untuk PC/laptop anda, hubungkan sekali kabel talian telefon ke AVR anda untuk mengelakkan kuasa lebihan melalui modem TM anda.
  5. Jangan membuka laptop anda di bawah pokok atau pondok terbuka semasa hujan, anda mudah menjadi sasaran petir ( jarang bukan semestinya tiada)
  6. Sekiranya berlaku banjir. Jangan sesekali mengecas laptop anda walaupun anda merasakan soket anda kering.
  7. Tukar adapter dan kabel kuasa anda sekira ianya telah lama terendam di dalam air
  8. Sekiranya semasa anda menggunakan PC/laptop dan anda ada terbau hangit, terus matikan kuasa kerana kerosakan lebih teruk akan dihadapi sekira terus dibiarkan. Tidak perlu menjerit ketakutan, ia tidak akan meletup.

Wednesday, April 16, 2014

Tahu Cara Mengawal Keselamatan Password anda? Caranya..



Bagaimana Kita mahu memastikan peralatan IT, perbankan dan email selamat?. Sudah pastinya kita memerlukan kata kekunci (passsword) yang unik dan tidak mudah dipecahkan oleh anasir jahat diluar sana. Malam ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tip dengan para pembaca.

  1. Jangan guna nama sendiri 
  2. Sekiranya anda menggunakan nama anda, gabungkan dengan nombor dan lambang seperti @#$/
  3. Jangan guna password yang biasa digunakan seperti 123456789,1qaz2wsx, administrator dan seangkatan dengannya
  4. Jangan gunakan 1 password untuk semua kegunaan harian anda, pelbagaikan.
  5. Gabungkan huruf besar, huruf kecil dan nombor
  6. Gunakan nama samaran yang menggabungkan nombor dan lambang @#$/
  7. Tolong jangan kongsikan password anda dengan orang lain, bukan langkah yang bijak tu
  8. Jangan simpan password ada secara fizikal seperti di dalam kertas, tisu dan buku 555
  9. Jangan simpan password anda secara maya seperti di dalam handphone atau tablet tanpa meletakkan password pada peralatan tersebut. Setkan password berbentuk nombor dan bukan sekadar "swaip"
  10. Kerap menukar password, kalau boleh 3 bulan sekali
  11. Sekiranya anda menggunakan PC/laptop untuk membuat online banking, Tolong kosongkan "cache memory" dan kosongkan"history" pada web browser
  12. Elakkan menggunakan cyber cafe untuk membuat transaksi
  13. Jangan biarkan PC/laptop dibiarkan terbuka tanpa kawalan anda
  14. Sekiranya anda merasakan PC/laptop berfungsi lain dari biasa semasa transaksi online, matikan. Takut ada 'perompak' remote dari tempat lain.
  15. Lihat alamat website perbankan yang anda gunakan, pastikan nama URL betul dan bukan ke link lain. Dikhuatiri anda menjadi mangsa "phishing"

Tuesday, March 25, 2014

Mahu Beli Speaker? Pastikan....

Membeli speaker untuk laptop/PC anda, pastikan speker anda mempunyai 3 set kawalan iaitu volume, treble dan bass. Ia dapat memaksimum kualiti bunyi anda sehingga dirembat oleh penyapu oleh ibu anda sekiranya melampau.



Mouse Bluetooth Vs Mouse Infrared

Tahukah anda mouse bluetooth lebih baik daripada mouse infra red. Dari segi jarak dan tindak balas pergerakan. Harga mouse bluetooth agak mahal sedikit, walaubagaimanapun ia berbaloi





Jangan Beli Power Supply PC Yang Murah

Sekiranya PC anda menggunakan 3 hardisk, 4 RAM, 2 Grafik Card, anda jangan ler menggunakan power supply rm60 ke bawah. Tenaga tidak dapat diagihkan ke perkakasan dengan sempurna dan jangan hairan sekiranya PC anda tak boleh dihidupkan. Tup tap PC berenang kat sungai kan?

Bateri Vapour...bateri Laptop

Tahukah anda bateri laptop (bukan semua model) jika di pecahkan anda akan melihat susunan bateri sederhana besar yang berwarna biru atau merah. Ia boleh digunakan untuk bateri rokok elektronik anda (vapor). 



Sunday, March 16, 2014

Bosan? 10 Website Santai dan Wajib Click !

Saban hari anda membuka website yang sama, tidakkan anda boring?. PetikGuru juga berfikir sedemikian. Oleh sebab itu, PetikGuru ingin kongsikan beberapa website yang dirasakan santai dan menarik untuk dikongsi bersama. Sekiranya anda mempunyai masa terluang, apalah salahnya melihat sebentar website ini, mana tahu, anda turut menyukainya. (tekan tajuk untuk ke link)

Tak lucah ok !.  Lawati website ini untuk melihat imej makanan yang berkualiti tinggi. Aamaran, tidak sesuai bagi yang sedang berpuasa atau diet!



Anda pengguna perisian Photoshop, ingin menambah pengetahuan dan menajamkan skill anda dengan guru yang "bermasalah"



The Useless Web


Pernah melihat website yang tiada apa-apa fungsi berguna dan hanya memaparkan visual santa clause jatuh, kucing mengiau,anjing menjilat skrin dan macam-macam lagi yang  membuatkan anda khayal seketika



Apa yang amda tahu mengenai tubuh badan anda? walaupun anda bukan mengambil jurusan perubatan atau anda hanya bekerja sebagai kerani, apa salahnya untuk anda menambah sedikit pengetahuan. Dengan paparan grafik yang menarik anda pasti teruja


Cute Overload


Comelnyer!...itulah ayat yang akan anda perkatakan setelah melawat website ini. Pelbagai gambar haiwan yang comel dalam pelbagai keadaan.


Love Meow

Memaparkan cerita mengenai kucing yang telah diselamatkan dan pusat jagaan kucing yang menjaga kebajikan "penduduknya". Amat menyentuh perasaan dan kasih sayang antara manusia dan kucing


Tahukah anda nilai sesebuah rumah itu bukan dinilai pada rekabentuk dan keadaan rumah itu? Website ini akan memaparkan gambar sebuah rumah dan anda akan meneka rumah itu bernilai atau tidak. Cubalah!


Permainan yang mencuit hati. Apabila anda membuka website ini, anda akan nampak gambarajah kepala. Anda hanya perlu menggerakkan mouse ke lokasi di kepala dan anda hanya perlu tekan apabila gambar anak panah keluar.Lihatlah apa yang berlaku!



Ingin mencuba sesuatu yang baru? ingin merekabentuk sesuatu yang unik? bosan dengan peralatan biasa dan mahukan pembaharuan yang unik? sila lah melawat website ini. Terdapat pelbagai DIY yang menarik dan anda boleh cuba 



Untuk lelaki yang kurang keyakinan diri dan perlukan nasihat bagi memikat wanita. Inilah website yang sesuai untuk anda (dan saya hehe). Pelbagai bentuk kata-kata semangat dan tip disediakan. Yang baik,buruk dan pelik .