Monday, April 1, 2013

New Product 2013 For The Big Boys


DELL

HP



LENOVO


ASUS


APPLE

Tips Untuk Mengelakkan Anda Di"bodoh"kan ? APA !!!





"Helo, En.XXX anda memenangi hadian utama!"

" Hai, En.xxx kami mengesan aktiviti yang meragukan di akaun bank anda, sila masukkan maklumat daripada e-mail yang kami akan hantar kepada anda"

"Hai, mari cuba nasib anda, sila beli gores kertas ini untuk memenangi hadiah misteri"


Salam kesedaran daripada PetikTetikus. Saban hari masih kedengaran ramai manusia di Malaysia ini masih ditipu oleh "syaitan-syaitan hidup" yang ingin mencuri duit simpanan . Mereka menggunakan pelbagai modus operandi untuk melakukan penipuan tidak kira di dalam internet, panggilan telefon dan bersemuka. Mereka akan menggunakan pelbagai helah yang akhirnya kita akan terkedu melihat wang yang kita simpan hilang sekelip mata.

Walaupun pihak berkuasa telah melakukan pelbagai operasi untuk membanteras gejala lanun ini, ia masih tetap bercambah dan merebak di merata tempat. Oleh yang demikian, sebagai warganegara Malaysia yang prihatin, PetikTetikus ingin memberikan beberapa tip untuk peringatan kita bersama.


  • Jangan sesekali membenarkan orang yang tidak dikenali masuk di halaman rumah kita untuk menjual kad gores, sebabnya jika kita tidak berminat mereka akan tetap memaksa dan tidak akan beredar dari rumah.
  • Jangan membeli apa-apa barang yang memerlukan kita menggores. Kalau terjebak, tergoreslah dompet anda.
  • Sekiranya anda dijanjikan hadiah yang lumayan hanya dengan melabur rm1, semua itu hanyalah tipu sahaja. Silap haribulan 80 kali gores pun anda menang gula-gula lolipop sahaja.
  • Jangan sesekali percaya sekiranya anda menerima email yang mengatakan anda memenangi sejumlah wang tanpa anda pernah menyertai apa-apa pertandingan.
  • Jangan memberi maklumat sulit anda kepada sesiapa yang menghantar email kepada anda atas sebab untuk membuat pindahan wang
  • Sekiranya anda tiada sanak saudara di Afrika mahupun Uganda, jangan sesekali percaya yang mereka ingin menghantar duit kepada anda.Mustahil dia atau anda sendiri sanggup membuat transaksi berjuta ringgit tanpa mengenali antara satu sama lain.
  • Elakkan diri anda dari memasuki apa-apa laman web yang meragukan, ini salah satu penyebab anda menerima pop-up yang anda "pengguna bertuah" atau "tahniah". Ini salah satu taktik untuk mencuri maklumat peribadi anda
  • Jangan  melayan email berantai yang memerlukan anda memberi sejumlah wang kepada organisasi yang anda sendiri tidak pasti kewujudannya.
  • Pastikan anda tidak memasuki laman internet di siber cafe tanpa anda "clean" jejak browser anda. Kadangkala ada individu yang mencuri maklumat secara anda tidak sedari.
  • Jangan dedahkan maklumat bank anda kepada pengguna yang mengatakan mereka "tersalah masuk wang" ke dalam akaun anda. Berurusanlah dengan pihak bank, bukan anda.
  • Jangan memberi maklumat di dalam telefon kepada individu yang anda ragui
  • Sekiranya anda menerima sms yang mengatakan anda menang hadiah dan memerlukan anda memberikan maklumat bank, itu palsu. Kebiasaanya mereka akan meminta anda datang ke pejabat.
  • Jangan melayan panggilan yang merayu anda memasukkan wang ke dalam akaun atas alasan yang tidak munasabah seperti wang untuk tambang pulang ke luar negara atau wang untuk membayar yuran hospital. Sekiranya buka saudara anda abaikan. Ini salah satu cara untuk mendapatkan maklumat sulit anda.(rakyat Malaysia memang penyayang).
  • Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor bukan nombor pejabat daripada pihak bank mengatakan anda perlu memberi maklumat peribadi untuk memastikan pengguna yang masuk itu anda, jangan sesekali memberi. Ini kerana pihak bank tidak akan menggunakan telefon bimbit sendiri untuk menelefon anda.
Semoga tip-tip ini membantu anda dalam menjaga keselamatan kewangan anda. Sentiasa beringat dan jagalah maklumat peribadi anda sebaik mungkin. ikhlas daripada Petiktetikus :P

Baru Bukak Syarikat? Apa Patut Aku Beli?

Adakah anda baru hendak mula menjinakkan diri untuk memulakan perniagaan. Sudah pastinya anda memerlukan beberapa perkakasan IT untuk memudahkan kerja harian anda. Petiktetikus ingin berkongsi cadangan peralatan yang patut anda beli :





  • Ia boleh menggunakan Windows 7 atau 8
  • 3rd generatian intel i7
  • 13.3 Ultrabook dengan HD,IPS
  • Berat 1.54 Kg
  • 8 jam kuasa bateri
  • 256GB SSD simpanan data (Storage)
  • 4 GB memory

SNOLOGY DSS112+ HIGH PERFORMANCE NAS SERVER

  • 107.92 MB/sec untuk baca dan 76.66MB/sec untuk tulis (kelajuan)
  • Mempunyai fungsi "SuperSpeed USB 3.0"
  • Enjin perkakasan yang terkunci  (Encryption)
  • Kepelbagaian aplikasi pejabat 
  • Boleh membuat 'Backup' secara keseluruhan
  • Rekabentuk yang tahan panas dan kurang kebisingan
  • Menggunakan DSM (DiskStation Manager)

SKYPIX HANDY SCAN


  • Pengimbas pemegang tanpa wayar
  • Boleh memilih antara 600/300 DPI
  • Berwarna atau hitam dan putih 
  • Disimpan terus ke dalam micro SD
  • Untuk A4 sahaja


HP  DESKJET 1050 ALL IN ONE PRINTER

  •  Boleh print sehingga 5.5 ppm hitam & Up to 4 ppm berwarna
  •  600 dpi hitam dan keatas sehingga 4800 x 1200 dpi dari 1200 dpi data masuk.untuk berwarna.
  •  Sehingga 1000 muka surat  sebulan
  • Copy: sehingga 4.5 ppm hitam ke atas  sehingga  2.5 ppmuntuk bewarna
  • Scan: sehingga  1200 x 1200 dpi perkakasan dan ke atas sehingga  1200 dpi secara optical
  • 1 USB 2.0

WESTERN DIGITAL MY PASPORT

  • USB 2.0-3.0
  • Kapasiti 500 GB-2TB
  • Dilengkapi perisian 'Password'
  • Kelajuan pemindahan data yang tinggi
  • Tidak memerlukan kabel power 



DELL bermasalah? Masa Depan Menjadi Tanda Tanya



Assalamualaikum pembuka bicara, Dalam  beberapa minggu ini, saya telah membaca beberapa artikel daripada majalah dan laman web membincangkan "perkelahian" antara pengasas DELL, Michael Dell bersama  pemegang amanah aset,Silver Lake Partners  dan 2 syarikat persendirian iaitu Blackstone dan Carl Icahn yang menawarkan harga belian saham yang cukup lumayan untuk pihak DELL menolaknya. Penulis dapat mengagak masalah ini akan berlaku kerana dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, pengambil alihan sesebuah syarikat akan berlaku kerana nilai saham ketika itu murah dan boleh dibeli dalam kuantiti yang besar. Pada akhir tahun lepas Syarikat gergasi pc  HP dan Sony juga mengalami masalah yang menyebabkan beberapa pekerja terpaksa "dilepaskan".

Motif Michael Dell ingin membeli semua aset Dell adalah kerana beliau ingin menjadikan Dell 100% hak milik persendirian dimana beliau boleh mengawal operasi jualan dan pembelian bagi memastikan pemegang saham menerima keuntungan yang lebih tinggi berbanding sekarang. Walaubagaimanapun, perancangan beliau tergugat kerana diasak hebat oleh 2 syarikat persendirian yang ingin mengambil alih kepentingan Dell untuk diri masing-masing.

Dell dan Silver Lake menawarkan US$24.4 billion atau $13.66 per share untuk syarikat ini. Kemudian mereka menaikkan tawaran sebanyak $4 billion sepanjang 6 bulan rundingan. Tetapi Blackstone menawarkan samada pemegang saham menerima wang tunai atau stok yang masing-masing bernilai $14.25 per share. Berita ini merisaukan Michael Dell.

Bagi membotakkan lagi kepala  Michael Dell dan mengancam pengambilalihan syarikat, Carl Icahn menawarkan $15 per share secara tunai. Kelebihan Carl Icahn ialah buat masa ini ia telah memiliki 80 million  pegangan di dalan syarikat Dell dan sekarang ia mahu memiliki 58% kepentingan di dalam syarikat yang mana ia akan menjadi pemegang mejoriti .

Apakah nasib Dell untuk masa akan datang?. Apapun yang terjadi, pengambilalihan yang bakal terjadi mestilah membawa bersama-sama pembaharuan dan strategi yang bijak bagi menguatkan nama Dell di pasaran dunia.


Saturday, February 16, 2013

Hari Kekasih...Hadiah? Oh My Good :P

Hai anda semua ! so apa korang belikan untuk pasangan anda sempena hari kekasih yang dah lepas beberapa hari lalu. Korang rungsing sebab masih tiada idea untuk membelikan hadiah? jangan risau. PetikTetikus ada cadangan untuk korang. Disebabkan blog ini berkonsepkan IT so jangan harap aku syorkan membeli sejambak bunga atau sepapan coklat yer :P

HADIAH YANG PATUT KORANG BELIKAN IALAH:

IPOD SHUFFLE

PS VITA


DIGITAL PHOTO FRAME
NOKIA LUMIA 820



IPAD MINI


ELECTRONIC WATCH



P/S:  SAYA BERHARAP ADA LA SESIAPA HADIAHKAN PETIKTETIKUS SALAH SATU HADIAH DIATAS.....HUHU


Dipersilakan....BlackBerry Z10 menghadap!


Ia merupakan salah satu telefon selular yang berpengaruh di dunia ini. Pelbagai andaian yang dibuat mengenai rekabentuk dan perisian telefon yang bakal di pekernalkan.adakah ia lebih baik berbanding telefon lain? mungkinkah perisian yang digunakan sudah tidak releven? Jika anda melihat di blog-blog lain atau di laman youtube, pelbagai lakaran lukisan mengenai bentuk permukaan telefon ini. Yep....telah tiba masanya saya perkenalkan.....BlackBerry Z10


 BlackBerry kali ini telah menukar rentak dengan menggantikan papapan kekunci QWERTY dengan skrin sesentuh yang nampak lebih seksi dan elegen.  Ia mempunyai paparan LCD 4.2 inch dengan resolusi (agak hebat)) 1280x768 dan menyediakan kepadatan gambaran 356 pixel. Menambah keseksian BlackBerry ini, ia disumbatkan dengan unit pemprosesan Dual-Core 1.5GHz. Ia juga turut mempunyai RAM yang pantas hasil dari penggunaan 2GB RAM dan 16GB flash storage. Yup! ia juga ada slot microSD yang boleh menampung memori sebanyak 32GB.

BlackBerry Z10 juga mempunyai camera 8MP yang mampu merakan video beresolusi 1080p. Maksudnya disini, anda dapat membuat rakaman video yang jelas dan cantik seperti menggunakan HandyCam. Ia juga menggunakan perisian Time Shift yang mana anda boleh mengambil gambar dalam jumlah yang banyak dengan sekali 'klick' dan kemudian pilih yang mana lebih menarik. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 2MP yang mampu membuat rakaman video beresolusi 720p. Selain daripada itu ia juga disertakan :


  • WiFi
  •  Bluetooth
  • NFC
  • Port micro HDMI  
  • Port micro USB 
 Oleh yang demikian, sesiapa yang masih menggunakan BlackBerry yang lama dan bercadang untuk menggantikan ia dengan model Z10, dipersilakan!. Dengan rekabentuk yang menarik dan mengikut teknologi terkini, tidak salah untuk anda memilikinya.