Facebook telah melakukan langkah pelaburan yang besar dengan membeli sistem mesej popular Whatsapp dengan nilai yang besar iaitu RM 62.7 bilion. Harga ini kita boleh membeli sebuah pulau di Carrebian. Facebook membayar RM39.6 bilion dalam bentuk
saham dan wang tunai RM13.2 bilionPerjanjian itu turut melibatkan wang tambahan RM9.9 bilion dalam bentuk saham Facebook untuk pengasas dan kakitangan
WhatsApp. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan
Koum akan menyertai Lembaga Pengarah Facebook.
Mengapakah Syarikat Facebook perlu mengambil alih Whatsapp walaupun kedua-duanya mempunyai jutaan pengguna dan antara media sosial yang paling popular di dunia. Dianggarkan Whatsapp mempunyai 450 bilion pengguna. Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook
(FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta
WhatsApp.Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak
begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia
itu mulai mengalami penurunan. Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan
remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian
juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau
dan dijadikan rakan secara bebas.
Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di
lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke
jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat. Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti
FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing
dengan laman sosial yang lain.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah Facebook mengambil langkah drastik untuk memastikan ia masih lagi releven dan penggabungan ini mungkin akan menghasilkan sesuatu program yang lebih menarik. Kita hanya perlu tunggu dan lihat masa depan Facebook, semakin cerah atau suram hilang begitu sahaja.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah Facebook mengambil langkah drastik untuk memastikan ia masih lagi releven dan penggabungan ini mungkin akan menghasilkan sesuatu program yang lebih menarik. Kita hanya perlu tunggu dan lihat masa depan Facebook, semakin cerah atau suram hilang begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment