Tuesday, April 22, 2014

Tips Keselamatan PC dan Laptop Semasa Hujan , Banjir Atau Petir


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengikut Petiktetikus. Hujan  turun di kawasan rumah saya dan saya bersyukur kerana ini tanda-tanda musim kemarau bakal berlalu pergi. Mesti pembaca sekalian tertanya-tanya mengapa saya bercerita mengenai hujan?. Saban kali ketika musim hujan tiba, berlaku kerosakan berlaku pada PC/Laptop. Ia jarang berlaku tetapi tidak bermakna ia tidak akan berlaku sebab kita tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan ia berlaku. (hahaha pening tak?)

Hari ini, saya ingin kongsikan tip-tip keselamatan ketika hujan, banjir dan petir :
  1. Jangan letakkan PC/laptop anda  sangat dekat dengan tingkap. Tidak kira ia tertutup atau tidak, percikan air mungkin akan masuk tanpa kita sedari
  2. Matikan PC/laptop anda semasa hujan kerana takut terkena panahan petir pada perkakasan anda
  3. Gunakan AVR (auto voltage regulator) untuk mengawal  kuasa lebihan (over flow) ke perkakasan anda
  4. Sekiranya anda menggunakan penyambungan kabel internet untuk PC/laptop anda, hubungkan sekali kabel talian telefon ke AVR anda untuk mengelakkan kuasa lebihan melalui modem TM anda.
  5. Jangan membuka laptop anda di bawah pokok atau pondok terbuka semasa hujan, anda mudah menjadi sasaran petir ( jarang bukan semestinya tiada)
  6. Sekiranya berlaku banjir. Jangan sesekali mengecas laptop anda walaupun anda merasakan soket anda kering.
  7. Tukar adapter dan kabel kuasa anda sekira ianya telah lama terendam di dalam air
  8. Sekiranya semasa anda menggunakan PC/laptop dan anda ada terbau hangit, terus matikan kuasa kerana kerosakan lebih teruk akan dihadapi sekira terus dibiarkan. Tidak perlu menjerit ketakutan, ia tidak akan meletup.

No comments:

Post a Comment