Bapa adalah anugerah terindah selepas ibu kita (maaf abah, anak mama la katakan). Beliau merupakan tonggak sesebuah keluarga dan imam kepada isteri dan anak-anaknya. Maka individu seperti ini selayaknya diberikan anugerah yang paling tingggi. Pada 15 Jun 2014 ini, kita di Malaysia akan menyambut Hari Bapa dan petiktetikus pasti anda sedang memikirkan apa yang patut dibelikan kepada bapa masing-masing. Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan cadangan hadiah yang boleh diberikan kepada ayah anda.
SAMSUNG GEAR FIT
Menyediakan kemudahan menyimpan data diri secara 'real-time' mengenai hasil aktiviti harian dan senaman yang telah dilakukan dengan memaparkan ia dalam bentuk paparan grafik degupan jantung hasil daripada pengesan (sensor) pada jam tersebut. Aplikasi ini juga akan mencadangkan apa senaman yang boleh dilakukan mengikut individu yang memakainya.
SAMSUNG GALAXY NOTE
Satu lagi produk daripada Samsung. Ia boleh dispesifikasikan sebagai "Portable Laptop". Ia dilengkapi dengan pelbagai aplikasi seperti diari, kalander, note pad, S planner, E-mail, Photo frame dan multi window. Ia sudah pastinya amat berguna untuk aktiviti kerja bapa.
POWER BANK
Menjadi kemestian bagi bapa kita yang selalu kerja diluar dan menggunakan 'smartphone' dengan kerap menyebabkan kehabisan bateri. Oleh yang demikian hadiah sebuah power bank adalah salah satu cadangan yang bijak untuk memastikan beliau tidak terputus hubungan dengan rakan sekerja dan keluarganya
GLOBAL POSITION SYSTEM (GPS)
Bukan semua tempat bapa tahu bagaimana ke sana. Setiap tahun ada sahaja jalan baru dibina dan bangunan baru dibangunkan dan situasi ini akan memeningkan kepalanya. Oleh itu, penggunaan GPS adalah diperlukan untuk dia mudah ke sesuatu tempat dan sudah pastinya salah satu tempatnya ialah kawasan perkelahan untuk keluarganya.
Walau betapa banyak hadiah yang diberikan dan berapa nilai harga setiap satunya, hadiah yang semestinya tidak ternilai ialah apabila semua keluarga dapat berkumpul bersama-sama, makan dan berbual dengan gembira.
SELAMAT HARI BAPA
No comments:
Post a Comment