Thursday, September 18, 2014

Air Tangan Adik Kesayangan Aku..Malam Homemade Western Dish :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Petiktetikus. 2 minggu yang lalu, adikku pulang dari politeknik kerana bercuti sempena hari Malaysia. Setiap kali dia pulang ke rumah, sudah pastinya dia yang akan memasak. Jangan 'jeles' sekiranya korang tidak dapat merasa kelazatan masakan adikku ini, hehe




Untuk malam itu, adik aku bercadang hendak memasak 'western'. So kami abang-abangnya membeli semua bahan masakan dan malam itu proses memasak bermula. Memang best bila kacau adik aku ketika dia sedang memasak. Nasib baik tak hangus dan kurang garam.  


                                          

                               


Masa menyediakan dan menghidangkan juadah malam itu mengambil masa 2 jam dan kami menunggu kepulangan ayahanda kami dari surau. Setiap kali kami makan bersama kami akan berbincang dan 'bertekak' mengenai pelbagai perkara, daripada sekolah adikku, politik selangor, kehilangan kapal terbang dan perkembangan perniagaan. :)

Tidak disangkal lagi, aku gembira setiap kali adikku pulang !


No comments:

Post a Comment