Saturday, October 25, 2014

Produk Acer Yang Gempak ! Aspire R Convertibles, Aspire Switch 2-in-1


Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Ia telah mendominasi penjualan laptop di Malaysia sejak dahulu lagi. Laptop yang dijual antara yang "mampu" dibeli kerana harganya yang murah. Siapa lagi kalau bukan ACER !

Pada tahun 2014 ini, Acer telah mengeluarkan beberapa produk yang menarik yang mempunyai harga yang menarik tanpa "mengorbankan" kualiti produk mereka. Antara produk terhangat tahun ini ialah Laptop Aspire R Series Convertable  dan PC Aspire Switch Series 2 in 1 hybrid, . Sungguh sibuk kilang Acer kali ini.


Laptop Aspire R Series convertable di datangkan dengan model bersaiz 13" dan 14". Laptop R 13 menawarkan sesendi "Acer Ezel Aero" yang membenarkan skrin dapat diputarkan 12 jenis cara. Menarik bukan?. Manakala Laptop R 14" boleh diputarkaan 360 darjah. (Jangan terkehel tengkuk pengguna sudahler).

Selain draipada itu, R 13" berpaparan "touchscreen " yang mampu menampung imej 2560x1440 atau Full HD, prosessor i5 atau i7, SSD 1 TB dan 8GB RAM.Selain draipada itu, R 14' mempunyai paparan grafik yang mampu menampung imej 1366x768 atau Full HD, prosessor i3, i5 atau i7, SSD 1 TB dan 12GB RAM. Ia juga turut diperkuatkan dengan grafik card Nvidia GeForce 820M


Bagi yang meminati laptop hybrid, model terbaru daripada Acer ini iaitu Aspire Switch 11 dan 10 yang menggabungkan keupayaan laptop dengan tablet pasti menjadi pilihan anda. Di datangkan dengan 11.6 inch dan 10.1 inch skrin. Produk 11.6' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1080p, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0.


Manakala 10.1' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1920x1200 atau 1280x800, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0. Kaca skrin tahan lasak kerana menggunakan "Corning Gorilla Glass3". model ini telah tersedia ruang storan 32GB dan 64GB, 2 GB RAM dan mempunyai saiz berketebalan 8.9mm dalam mode tablet, manakala 20.2mm sekiranya dengan keyboard.

Acer Aspire Switch 11

Satu usaha yang bagus daripada ACER untuk kembali bersaing di dalam pasaran laptop hybrid. Apa tunggu lagi? kasi korek tabung dan beli !



No comments:

Post a Comment