Thursday, June 11, 2015
Windows 10 Beroperasi Lancar Di Laptop Apple Berbanding OS X..Wahahahaha !
Hai rakan-rakan pembaca PETIKTETIKUS semua. Saya kembali lagi dengan pelbagai isu IT dan teknologi yang berlaku di dunia sekarang. hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang pelik dan agak hebat (tergelak sekejap bila taip post ini ). Perisian terbaru daripada Windows iaitu Windows 10 boleh beroperasi lagi baik di laptop Apple berbanding sistem operasinya OS X
Ya ! berita ini benar sekali. Untuk membuat perbandingan antara 2 sistem operasi ini, kebiasanya kita akan melakukan instalasi di Macbook menggunakan "BootCamp" dan menjalankan proses 'cross-platform benchmark' untuk menyelesaikan teka-teki ini. Ujikaji ini telah dilakukan oleh pelajar di Tufts Universiti di Medford-Somerville Massachusetts US. Keputusan akhir, Windows 10 lagi laju daripada OS X
Ini rumusan yang diberikan Alex King di dalam blog bertajuk " Testing the 12-inch MacBook's Performance dengan Windows 10" ,
" Saya telah melakukan sistem upgrade daripada Windows 8.1 kepada Windows 10 di laptop Macbook . Saya diberi tempoh 1 bulan menggunakan Windows 10 secara percuma. Seperti biasa , setelah saya selesai upgrade kepada Windows 10, saya set kualiti resolusi grafik kepada yang tertinggi mengikut spesifikasi laptop Macbook iaitu 2304 x 1440 (16:10) dan mula bermain-main dengan sistem operasi Windows ini.
Saya dapat merasakan Windows 10 beroperasi dengan lancar tanpa ada sebarang "hanging" atau "lagging". Ia berfungsi dengan baik sekali sehinggkan saya merasakan ia lebih baik daripada OS X. Walaupun saya mematikan Transperency di OS X, Mission Control tidak bergerak lancar berbanding apabila menggunakan Windows 10 dan saya menghidupkan Aero Glass ia bergerak lancar seperti tiada program yang lain mengganggu prestasinya. Ia menjadikan saya lebih sayang pada Macbook 12-inch saya."
Oleh yang demikian, Apple perlu melakukan modifikasi menyeluruh keatas program OS X atau sistem pengoperasian ini akan ketinggalan dan terkubur. Bukan mudah untuk Apple untuk sampai ke tahap ini dimana sebelum ini sistem pengoperasian Max OS adalah yang terunik dan pantas di dalam perkakasannya. Agak pelik bila suatu hari nanti, apabila ada pelanggan yang membeli laptop Macbook dan berkata " bro, boleh tukar OS tak ? "
Monday, December 15, 2014
Masalah Windows 10.....Disuruh uninstall Microsoft Office ? what ?
Sudah sememangnya Windows mempunyai tradisi mengeluarkan produk yang belum siap . Kerusi Microsoft "panas" baru-baru ini kerana perisian Windows 10 mengalami masalah (typical Microsoft). Masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah, apabila 'patch' untuk Windows update terbaru mereka telah menghasilkan 'error'. Pengguna di minta untuk "uninstall" microsoft office terlebih dahulu atau intalasi gagal. Setelah semua 'security patch' berjaya diinstall, barulah pengguna bebas untuk melakukan bebanan instalasi semula microsoft office. Memang membuang masa betul !. Walaubagaimanapun, pengguna Windows jangan terlalu risau kerana penggunaan Windows 10 masih dalam peringkat 'Pre-release'. Oleh itu diharap, semasa Windows 10 akan digunakan secara rasminya nanti, PC atau Laptop saya dan pengguna lain tidak 'crash and burn'.
Monday, November 10, 2014
Tips Penjagaan Pendrive ...Tau Tak?
Pada hari ini, sekali lagi petiktetikus mahu berkongsikan tips penjagaan pendrive dan external hardisk. Medium simpanan data ini amat popular sehinggakan dianggarkan jika semua pendrive dan external hardisk dikumpul, ia boleh membuat pusingan penuh sebanyak 10 kali! Hebat bukan?
Terdapat pelbagai model yang terdapat dipasaran dan rekabentuk setiap satunya hampir serupa. Dengan penggunaan teknologi usb 3.0 yang diperkenalkan, kita boleh membuat salinan data daripada satu medium kepada medium yang lain dengan masa yang amat singkat.
Tanpa membuang masa, saya akan mulakan tips penjagaan pendrive dan external hardisk sekarang.
TIPS PENJAGAAN PENDRIVE
Pastikan pendrive anda tidak diletakkan di tempat yang terlalu lembab dan panas. perlu diingat, pendrive menyimpan data di dalam cip. Suhu yang keterlaluan boleh merosakkannya.
Jangan letakkan ia berdekatan dengan magnet. Tarikan medan magnet boleh merosakkan struktur data
Letakkan di tempat yang tidak basah dan mudah terkena air. Pendrive boleh menerima renjatan elektrik
Letakkan koleksi pendrive anda di dalam satu bekas. Ia akan memudahkan anda mencari sekiranya diperlukan
Jangan cucuk pendrive anda pada PC yang tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan ia akan menjangkiti pendrive anda
Jangan cucuk dan cabut pendrive anda secara mengejut. Ikut prosedur yang betul. sekiranya masih tak boleh, matikan PC dan cabut.
Jangan membuat sebarang proses edit data daripada pendrive dalam satu tempoh yang lama (pendrive tidak dicabut dari PC dalam 3-4 bulan). takut berlaku data hilang atau data tidak dapat di simpan
Anda tidak perlu membuat sebarang defragmentation pada pendrive anda. Jika terasa slow, backup data anda pada pc dan format terus. Pasti berjaya
Jika ternampak sebarang icon "duplicate" dan "shortcut" pada pendrive anda, scan menggunakan antivirus dan antispyware. Data selamat dan ia hanya di"sorokkan" oleh virus.
Sunday, October 26, 2014
Tips Pemilihan Power Bank...Caranya ?
Suatu ketika dahulu gadget power bank merupakan sesuatu yang agak aneh dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna gadget. Apabila zaman "Nokia" roboh dan pengguna mula beralih arah kepada telefon pintar (smartphone) yang menggunakan aplikasi "Android", "MacOS" dan "BlackBerry", segalanya berubah. Dunia sekali lagi dilanda putaran tsunami teknologi yang membuka ruang kepada penggunaan power bank. Penggunaan kuasa oleh peralatan elektronik pada telefon pintar menyebabkan ia memerlukan satu mekenisma tenaga tambahan agar dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.
Terdapat banyak pilihan power bank di pasaran dan ia memberi kuasa memilih kepada pengguna. Terdapat pelbagai saiz, rekabentuk dan jumlah kuasa yang dibekalkan. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat pilihan yang tepat agar power bank yang kita beli dapat kita gunakan semaksima mungkin
Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tips pemilihan power bank kepada semua pembaca laman blog ini :
pemilihan bentuk penting kerana ia menentukan bagaimana ia di bawa dan disimpan. biasanya bentuk yang kecil mempunyai kapasiti simpanan kuasa yang rendah dan yang besar mempunyai simpanan kuasa 5 kali ganda. Keselesaan pengguna juga perlu diambil kira kerana ada yang tidak sanggup membawa power bank yang berat di dalam beg bimbit. Terserah kepada anda untuk menentukannya
Wanita suka mempunyai power bank yang serasi dengan beg dan pakaian harian mereka. Bagi lelaki pula, mereka suka warna yang gelap kerana lebih menarik, Kanak-kanak pula suka yang berwarna terang dan comel. (budak berumur 5 tahun pun sudah ada Hp sendiri). Pilih ikut keselesaan anda (nak pakai lama kan?)
Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)
Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)
Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.
Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.
Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan. Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)
Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.

Bentuk

Warna

Kapasiti Kuasa (mAh)
Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)
Jenama
Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)
Bateri
Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.
Lampu
Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.
USB
Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan. Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)
Harga
Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.
Harap tips ini dapat membantu anda. Cubalah !
Saturday, October 25, 2014
Laptop Hybrid Touch-Screen Terbaik, Seluk Poket Dan Beli !
Petiktetikus telah menerima banyak pertanyaan berkenaan pilihan laptop hybrid yang sesuai dan terbaik untuk di miliki. Kebanyakan pengguna ini merupakan pelajar, guru, pekerja pejabat, peniaga produk, agen-agen jualan dan pekerja perhotelan.
Laptop model ini menjadi pilihan kerana ia mudah digunakan sebagai tablet dan laptop pada satu-satu masa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melakukan pelbagai jenis tugas seperti menaip, melihat video dan membuat penerangan (presentation) kepada pelanggan. Dengan saiz yang kecil dan mudah di bawa kemana-mana, tidak hairanlah ramai berminat untuk memiliknya.
Dengan rasa berbesar hati, saya telah memilih 3 produk yang dirasakan seimbang dari segi harga dan kualiti. Semoga persoalan anda terjawab dan anda dapat menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan efisyen.
Acer Aspire Switch 10
Model acer ini saya telah kupaskan di dalam post saya sebelum ini, anda boleh lawati link ini :
http://petiktetikus.blogspot.com/2014/10/produk-acer-yang-gempak-aspire-r.html
Model ini di datangkan dengan windows 8.1, 2GB RAM dan 500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ACER : TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1700.00 (COD)
Asus T100 TA
Model ini mempunyai tujahan kuasa yang mantap kerana digerakkan dengan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1700.00 (COD)
Asus T200 TA
Berbeza dengan model "abang" sebelumnya, model ini telah ditambah baik dari segi grafik kerana ia mempunyai keupayaan paparan HD, rekabentuk yang lebih nipis dan besar . Ia mempunyai keupayaan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage
untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN
Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :
RM 1800.00 (COD)
Makin Maju Teknologi....Menakjubkan!
Sedarkah kita, teknologi semakin berkembang dan ia pastinya menjadikan hidup kita lebih mudah. Saban tahun pelbagai rekabentuk baru dicipta yang pada pandangan Petiktetikus, menarik, bijak dan menakjubkan !. Petiktetikus ingin berkongsikan beberapa teknologi akan datang yang pastinya membuatkan para pembaca turut teruja dengan kemampuan perkakasan gadget ini. Selamat menonton
HANYA JARI
PEMBANTU RUMAH
SENTUHAN MAYA+FIZIKAL
ANTI - LANGGAR LARI
NO-REMOTE
SKATE BOARD?
Subscribe to:
Posts (Atom)