Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semenjak Malaysia memasuki era "multimedia super coridor", tiada lagi batasan maklumat yang boleh kita perolehi di internet samada yang baik atau 'nakal'. Menjadi kerungsingan bagi si ibu dan si bapa apabila melihat anak-anak mereka melihat video lucah yang dilihat secara sengaja atau tak sengaja. Lebih-lebih lagi pada zaman ini semua kanak-kanak ada peranti elektronik masing-masing sama ada tablet atau handphone. Menjadi satu igauan ngeri apabila kita 'kantoi'kan anak kita yang sedang asyik melayan video lucah...kuhhhh semangat!!!
Disini saya ingin kongsikan 8 tips :
- Mulakan dengan teguran dan nasihat yang mudah seperti " tuhan nampak apa yang adik buat", "jika sayangkan adik-adik kamu, jangan tengok", " tak sayang abah dan ibu dapat malu", "bila rosak mata adik,rosak jiwa adik".percayalah, nasihat secara lembut diperingkat permulaan lebih baik dari secara keras.
- Apabila membelikan peranti seperti tablet atau handphone, letakkan paparan wallpaper ayat al-quran bagi yang beragama islam dan bagi agama lain, letakkan wallpaper yang melambangkan keharmonian agama masing-masing. Anda juga boleh meletakkan gambar anda sebagai ibu dan bapa. Agak lucu bukan? tetapi pandangan mata yang melihat unsur suci pasti dapat mengelakkan keinginan melihat benda yang kurang baik
- kerap kongsikan kata-kata nasihat samada di whatsapp atau media sosial lain sebagai peringatan dan nasihat sepanjang masa. Secara tidak langsung merapatkan hubungan kekeluargaan dan anak-anak dapat merasai "pantauan sayang" dari ahli keluarga
- Sekiranya anak-anak masih kecil, hadkan penggunaan handphone dan selalu berbual bersama mereka dan membuat aktiviti sihat di luar rumah. Apabila anak-anak sering terperap dirumah, mereka akan terasa boring dan mereka akan melayari internet untuk menghabiskan masa.
- Kerap memeriksa tablet web browser 'history' mereka. Sekiranya ada URL yang meragukan, periksa terlebih dahulu dan mulakan dengan teguran lembuit dan sekiranya kerap sangat laman ini dilayari, teguran secara kaunseling 'keras' boleh dilakukan
- Rampas dan asingkan peranti dari tangan anak-anak. hukuman seperti ini dapat memberikan pengajaran kepada mereka. Lebih lama lebih bagus.
- Hadkan penggunaan internet di rumah. Matikan wifi dirumah ketika waktu tidur. kumpulkan handphone dan peranti mereka di satu tempat diluar capaian mereka
- Kembali kepada lumrah asal kita sebagai umat islam, solat tidak ditinggal dan al-quran dekat dijiwa dan mata. Akhir sekali kasih sayang antara ahli keluarga sudah pastinya membantu mereka terpesong pandangan mata ke arah kurang 'manis'
Selamat mencuba dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. Ini hanya cadangan sahaja dan sekiranya anda ada teknik lain untuk mengelakkan anak-anak anda menonton video lucah, kongsikan pada komen dibawah.
Selamat mencuba !