Monday, November 5, 2012

SEPETANG DI PARADIGM MALL...BEST !

Hai!. aku rasa badan aku lesu jer sejak akhir-akhir ni. Yela, hujan tanpa henti. Seperti dijangka,tepat jam 12 pm dan sehinggalah malam nanti hujan akan turun dengan maha lebat atau renyai-renyai bak tangisan gadis kena clash!. Opss! sorry. Untuk pengetahuan korang, aku harini menghadiri kursus membaik pulih laptop. Kursus tu habis awal lak harini so aku terpikir " Apala aku nak buat petang ni?". Tiba-tiba aku teringat yang aku tak tengok lagi movie James Bond terbaru. So aku terus bergerak ke Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya. Actually, aku tak pernah pergi ke sana. Rasanya ia pun baru jer bukak tahun ini. So ok la kiranya kalau aku pergi tengok kat sana dan boleh jugak aku berjalan-jalan melihat suasana Paradigm Mall dengan lebih dekat lagi. But first, movie time!!!



Wow, the movie is awesome and its true what people say's that its a best bond movie ever be. There are a lot of surprise but, i will not tell you all. Just watch it ok! . Setelah aku habis layan movie tadi, aku mulalah perjalanan aku menerokai pasaraya ini. Pada pendapat saya, ia agak menarik dan unik daripada pasaraya tesko yang pernah aku pergi. Cuba bayangkan Mid Velly, yep! lebih kurang macam tu tetapi dalam skala yang lebih kecil. Walaubagaimanapun, kedai-kedai yang terdapat di dalamnya memang memenuhi citarasa sesiapa saja yang menyukai shopping , makan dan berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan. Suasana di dalamnya yang cukup teratur dan selesa. Pilihan kedai yang perlbagai yang menjual barangan yang pastinya membuatkan anda memerah poket anda sekering-keringnya.


Sepanjang perjalanan aku meronda kawasan ini, tidak terdapat ramai pengunjung. Berkemungkinan cuaca yang tidak mengizinkan dan bukan hari minggu. Truthfully, tadi aku sesat untuk datang kesini. jalan masuk yang tidak jelas dan mengelirukan. Entah macam mana tadi aku boleh tertembus ke luar PJ, Cuak tadi sekejap hehe. Bukan ape, hujan mula lebat so aku risaukan laptop dan hp aku basah kuyup.

 

Apa pun, pendapat jujur aku mengenai tempat ini hanya boleh aku luahkan dengan berkata" AKU SUKA TEMPAT INI! ". Tempat yang kemas, selesa, luas dan cukup menghiburkan sudah pastinya membuatkan semua pasti membeli-belah disini. So disini aku kongsikan beberapa gambar untuk tatapan korang semua.












So, sebagai penutup kata,aku akhiri nukilan blog ini dengan  makan sebiji muffin dan segelas cappuchinno ais di Starbuck's. Bon Apetit!