Thursday, July 1, 2010

Beza Antara Kawan dan Awek?


Assalamualaikum pembuka bicara pada pagi yang mulia ini, topik yang saya utarakan sinonim berlaku kepada semua individu. Tidak tahu membezakan antara kawan dan awek, maksudnya perasaan lelaki terhadap seorang wanita(lebih pun boleh!) yang keliru adakah wanita ini berkawan dengannya atau berharap menjadi aweknya. Terdapat perbezaan yang besar di dalam kenyataan di atas. Apakah sifat semulajadi Lelaki dan Wanita terhadap pasangan masing-masing? Satu sahaja jawapan HIPOKRIT!!. Itulah realiti kejidupan yang kita jalani. sifat kepura-puraan, menonjolkan diri yang amat sempurna yang pada realitinya penuh dengan penipuan dan kepalsuan. Mereka ini kan berkelakuan baik dan hebat di hadapan pasangan masing-masing(bayangkan diri anda ok) dan secara relatifnya anda akan berasa terbuai-buai bangga kerana dapat menjadikan mereka sebagai teman istimewa anda,walhal anda tertipu dengan bayangan lakonan yang mana tiada sekumit perasaan sayang atau cinta dari diri mereka untuk diri anda. Hanya sebuah kepuasan tercipta dalam diri mereka kerana dapat memperdayakan hati dan perasaan anda yang seikhlas dan sesuci lembaran sutera putih dialiri oleh tumpahan embun di kala pagi.Runtuhnya hati anda seteruk runtuhnya kota Rome mendengar kebenaran ini, sudah pastinya anda akan menjerit kepada saya ini tidak benar dan bukan semua seperti ini,betulkan?

Ok, back to main point!!!...tips untuk lelaki bagaimana untuk mengetahui wanita itu atau lelaki mempuyai perasaan sebagai "pasangan" atau "kawan"semata-mata:

1. PANDANGAN MATA


JIKA PASANGAN: Setiap kali jika anda memandangnya,dia akan memandang terus ke mata anda tanpa menoleh ke tempat lain,dari pandangannya anda dapat merasakan kemesraan dan kesungguhan melihat anda.

JIKA KAWAN: Setiap kali jika memandang, dia akan memandang ketempat lain,hanya sekali-sekali melirik mata pasangannya dan anda merasa kedinginan dari pandangan tersebut

2.PERCAKAPAN


JIKA PASANGAN: Percakapan anda akan didengari dengan tekun dan balasan yang diberikan daripada persoalan yang ditimbulkan dijawab dengan jelas ,nyata dan terang. Dia mengharapkan perbualan diteruskan dan kecewa jika di tamatkan


JIKA KAWAN: Percakapan anda tidak dihiraukan,kadang-kadang jawapan yang diberikan teramatlah pendek dan anda merasakan dia boring dan mengharapkan anda cepat-cepat "blah"

3.LAYANAN


JIKA PASANGAN: Anda akan dilayan semesranya, tidak kira selalu atau kadang0kadang berjumpa. Anda merasakan diri dihargai


JIKA KAWAN: Kehadiran anda bagai satu malapetaka. Layanan yang anda terima bagai suam-suam sejuk dan anda tidak dihiraukan atau lagi menyedihkan anda seperti tidak wujud dalam dunia ni!

4.DEGUPAN


JIKA PASANGAN: Setiap kali dia memandang anda anda dapat merasakan degupan jantung anda dan dia be"rentak" yang sama dan anda merasa lemas dalam keseronokan


JIKA KAWAN: Degupan jantung anda sama seperti anda melayan cerita 'National Geografik'. rata dan kadang-kadang merasakan jantung tak bergerak langsung. Lagi menyedihkan jika degupan jantung anda sama dengan degupan jantung dia semasa tengah tidur.huhu

5.KELAKUAN


JIKA PASANGAN: Apa yang anda lakukan dipandang dengan rasa takjub dan menghiburkan. Anda merasakan adiri anda tidak terkawal semasa dengan pasangan anda dan dia menyukainya.


JIKA KAWAN: Kelakuan anda sering dipandang serong dan memboringkan. Apa yang anda lakukan tidak dapat menarik minat dirinya.

6.PERJUMPAAN

JIKA PASANGAN: Setiap kali anda berjumpa pasangan anda ,dia berasa seronok dan kalau boleh hendak berjumpa sentiasa. Sekiranya anda tidak dapat berjumpanya, dia akan merajuk dan berasa sedih


JIKA KAWAN: mengharapkan perjumpaan antara anda tidak mengambil masa yang lama dan seboleh-bolehnya dia memgharapkan anda membatalkan perjumpaan tersebut.


7.SENTUHAN


JIKA PASANGAN: Pegangan erat ditangan,tanpa mahu melepaskan,janggal jika tidah bersentuhan jika keluar bersama


JIKA KAWAN: HARAM!!!!!!

8.FIKIRAN


JIKA PASANGAN: Pasangan anda akan bersangka baik apapun yang anda lakukan


JIKA KAWAN: Apa sahaja yang anda lakukan dianggap bodoh ,bangang dan tolol

9.SELULAR


JIKA PASANGAN: Sentiasa berhubung di dalam talian HP atau line rumah. Merasa topap yang dihabiskan memang berbaloi


JIKA KAWAN: Kerugian yang besar sekirang bil atau topap dihabiskan untuk anda...bak kata mereka "message sudah"

10. PULANG


JIKA PASANGAN: Kepulangan anda selepas berjumpa dengannya satu penyiksaan dan mengharapkan anda tidak balik tetapi terus disisi selamanya


JIKA KAWAN: Cepatlah pulang detik hati pasangan anda. Merasakan ada benda yang lebih penting hendak dilakukan sekiranya anda berambus dari pandangan mata.




SO itu hanya pandangan saya je ok, Dont be MAD,for some, its just for FUN!, for some its a REALITY in life.

1 comment:

  1. kalau dah kawin sama je kwn ngan pasangan..

    ReplyDelete