Saturday, April 19, 2014

Dwap Barbarian Vape & Grill..Cubalah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin buat satu kelainan daripada biasa. Seperti biasa, anda semua tahu blog saya hanya membicarakan mengenai IT dan teknologi. Walaubagaimanapun saya ingin cuba membuat satu segmen iaitu FHN (Food Hunting Night). Saya akan cuba melawat kawasan yang menyediakan makanan yang unik dan menarik dan berkongsikan pengalaman saya bersama anda. Semoga anda pembaca Petiktetikus terhibur !


Semalam bersamaan 18 April 2014 saya telah ke kedai menyediakan makanan western  bernama  Dwap Barbarian Vape & Grill yang terletak di Laman Seri Business Park, seksyen 13. Saya terbaca komen daripada group di dalam facebook iaitu "Shah Alam Resident" mengatakan makanan milik bumiputera ini menyediakan makanan berbentuk daging kambing yang menarik dan sedap. Selepas isyak saya terus ke sana menggunakan waze (takut tak jumpa, so pakai GPS ler).

Penilaian pertama saya ialah rupa bentuk kedai yang menarik dan santai dan layanan crew yang mesra menjadi salah satu penyebab mungkin mengapa kedai ini menerima komen yang positif daripada pelanggan. Penggemar vape juga akan merasa gembira kerana kedai ini turut menyediakan perkakasan vape yang di susun kemas di kaunter bayaran. Semasa saya makan malam itu, saya nampak beberapa vapers santai ber"vape" sambil menikmati hidangan. Menarik!

Seterusnya saya saya diberi menu makanan dan saya telah memilih 3 jenis makanan :

1. BBQ shredded Lamb
2. Grill Lamb
3. Nacho Libre (desert)

Order saya agak banyak kerana saya telah ber"puasa" daripada tengah hari sehingga malam itu semata-mata ingin memastikan saya merasai kenikmatan makanan "lamb" yang panas!. Semasa menunggu makanan, saya santai sebentar menonton rancangan 'Food Network' yang dipaparkan di TV dan sebelum saya terlupa, kedai ini turut menyediakan capaian internet (wifi).Masa yang diambil untuk menunggu makanan saya siap juga singkat. Berikut gambar makanan yang telah saya pesan :







Setiap makanan memberikan kelazatan yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. Hidangan pertama saya ialah BBQ Shredded Lamb. hidangan ini berbentuk hirisan daging kambing yang telah di salai dan dihias seperti burger dan pada masa yang sama ditemani kentang goreng yang panas. Hirisan daging memang sedap dan rencah yang digunakan lazat sehinggakan saya merasa sayang sekiranya meletakkan sos cili bersama. Semasa hidangan ke-2 tiba, Abang Yaser, pemilik kedai menyapa saya dan berborak mengenai pengalaman perniagaanya dan apa yang mencetus semangat  beliau untuk menceburi bidang masakan walaupun sebelum ini beliau bekerja di bidang lain. Layanan dan celoteh mesra daripada Abang Yaser membuatkan saya makin selesa dan tidak sabar lagi untuk menjamu selera

Hidangan ke-2, Grill Lamb tiba dengan "ganas"nya. Melihat susunan dan bentuk hidangan sahaja sudah membuatkan saya lapar semula. Hidangan 2 potongan lamb bersama-sama koslow dan kentang putar sudah siap sedia terhidang. Kentang putar yang dilenyekkan bersama-sama kulitnya sekali agak menarik pada hemat saya kerana jarang saya melihat ia disediakan begitu. Hidangan daging ini saya merasakan sempurna (hanya pendapat saya sahaja yer) kerana di masak 'well done' tanpa ada kelihatan daging yang tidak masak. Sosnya juga sedap dan jika saya boleh memberi cadangan, Abang Yaser kena lebihkan sos tu. Kemudian saya diberi sos 'black paper' dan kepada para pembaca sekalian, ia agak pedas yer. pedas yang sedap maksud saya.

Hidangan ke-3 dan merupakan hidangan terakhir saya ialah Nacho Libre. Ia merupakan pemanis mulut (desert). Hidangan ini merupakan hidangan yang sesuai selepas ber"perang" dengan hidangan berat sebelumnya. Ais cream yang lazat dan dicampur dengan nacho (sejenis keropok masin) amat rangup di makan. Habis saya makan tanpa meninggalkan sebarang baki. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada Abang Yaser  kerana telah menyediakan hidangan yang lazat kepada saya pada malam itu. Sudah semestinya saya akan datang kembali kerana kelazatan makanan dengan harga yang berpatutan. Mungkin di masa  akan datang saya dapat merasa hidangan sandwish secara percuma boleh Abang Yaser? hehe. Kepada semua peminat Petiktetikus dan makanan western, tidak rugi anda mencuba makanan di   Dwap Barbarian Vape & Grill. Mari !


Alamat:

Blok 6, lot G45,Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 4100 Shah Alam. Selangor

P/S : Kepada pemilik kedai yang ingin mempromosikan kedai makannya di blog saya, boleh email kepada saya atau menelefon saya di 0126899744 atau 019-2012711. Kita boleh berbincang bersama.

No comments:

Post a Comment