Friday, June 7, 2013

Telefon Pintar Sehebat Samsung Galaxy S4?.....Ya Ada !


Sudah pastinya pemilik telefon pintar akan mengatakan tiada lagi produk yang akan mencapai tahap seperti telefon pintar Samsung atau IPhone. Sudah pastinya mereka akan berpuas hati jika itu benar. Tetapi, realitinya terdapat lagi telefon pintar yang bakal keluar dan sudah pastinya sehebat produk Samsung mahupun IPhone. Petikteikus akan memperkenalkan calon-calonnya :

YotaPhone




Akan Dikeluarkan dalam tahun ini yang akan memulakan penghantaran pertamanya di USA dan kemudian ke serata negara. Ia merupakan satu telefon pintar dengan konsep baru. Kenapa saya kata begitu? Kerana ia mempunyai 2 skrin yang terletak di depan dan di belakang dalam saiz yang sama. Wow!. Skrin telefon ini ialah resolusi tinggi " liquid crystal" di depan dan dibelakngnya pula ialah paparan skrin "electronic paper" bermaksud ia berbentuk hitam putih. Rekaan ini membantu mengelakkan penggunaan kuasa bateri yang banyak. Tunggulah kedatangannya !



Xperia ZL


Kedatangan telefon pintar ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat Sony. Ia merupakan antara telefon pintar yang mempunyai saiz yang nipis dan kecil dalam kategori telefon pintar Sony. Ia mempunyai paparan skrin 5 inci dan beresolusi 1080p. Perisian yang di datangkan juga telah ditambah baik dengan fungsi "IR blaster" untuk mengawal perkakasan hiburan elektronik di rumah.


LG Optimus F7
Jarang sekali kita mendengar produk ini dipromosikan secara besar-besaran di Malaysia. Ia merupakan telefon pintar yang agak hebat dan menggunaka teknologi terkini. Ia mempunyai saiz skrin 4.7 inci, beresolusi 720p IPS. Ia menggunakan enjin pemprosesan 1.5GHz dual-core dan Petiktetikus terpukau dengan kehebatan telepon pintar ini buat seketika. Ia juga mempunyai bateri yang dapat bertahan lama berbanding telefon pintar yang lain bahkan lebih lama daripada Galaxcy S4.


BlackBerry Z10




Petiktetikus pernah menceritakan tentang produk telefon pintar ini. Ia merupakan salah satu produk hangat bagi peminat BlackBerry. Ia masih menyediakan papan kekunci , skrin bersaiz 3.1 inci . Ia rakan rapat bagi sesiapa yang mengimpikan telefon pintar moden yang masih mengekalkan tradisi lama.



HTC One




Secara jujurnya Petiktetikus merasakan HTC one adalah telefon pintar yang terbaik dan paling seksi pernah dilihat. Saya telah menerangkan produk ini pada post saya sebelum ini. ia sudah pastinya pesaing rapat Samsung Galaxcy S4 kerana dari segi kepantasan dan rekabentuk bagi kedua-dua tetefon pintar ini adalah setara. Cantik,nipis dan elegen, apa yang anda mahukan lagi?

4 comments: