Tuesday, January 28, 2014

iPAD AIR vs iPAD MINI WITH RETINA DISPLAY...Mana Yang Patut Di Beli?



Saya telah dihujani dengan soalan yang sama sepanjang bulan ini, Manakan produk iPad yang patut di beli? dan Adakah terdapat jurang  perbezaan yang ketara antara 2 produk ini?. Setelah saya melakukan survey dengan melayari internet,melihat sendiri dan bertanyakan kepada kedai, akhirnya saya memperolehi jawapan. Disini saya akan kongsikan pendapat saya mengenai 2 produk ini, iPad Air dan iPad Mini With Retina Display(WRD)

iPad Mini WRD sememangnya mempunyai kelebihan kerana ia produk terbaru yang dikeluarkan. Ia mempunyai kelebihan pada teknologi WRD dan Cip pemprosesan terkini (update). Walaubagaimanapun, iPad Air mempunyai kelebihan daripada saiz skrin yang lebih besar dan sedap dipegang dan menggunakan model cip yang sama dengan iPad Mini WRD. 2 produk ini mempunyai perbezaan prestasi dan kualiti yang amat sedikit.

Mari kita bedah badannya dan lihat jantungnya. Kedua-dua produk ini menggunakan cip Apple A7 ARM. Cip ini juga memacu iPhone 5S. Chip ini telah di rekabentuk semula menjadi ARMv8 yang menghasilkan keupayaan 64-bit komputer ke dalam telefon bimbit. Amat hebat sekali!.

Apabila saya melihat iPad ,sudah pastinya mata saya akan tertumpu kepada paparan LCD yang hebat. iPad Mini dan iPad Air masing-masing mempunyai resolusi skrin yang sama iaitu 2048x1536. Sejujurnya saya melihat kedua-dua paparan skrin hebat dan tiada kurangnya. iPad Mini mempunyai 326  pixel-per inch (PPI) yang tinggi.berbanding iPad Air mempunyai saiz 9.7 inch dan mempunyai 263 PPI. Walaubagaimanapun, iPad Air mempunyai kelebihan dari segi saiz. Ia lebih besar dan sudah pastinya ia membantu untuk pengguna membaca nota atau e-book dan pada masa yang sama mudah untuk melayari internet. Jika kita ingin membandingkan daripada segi berat, iPad Air mempunyai keberatan 469 gram manakala iPad mini 331 gram. 2 produk ini juga mempunyai tahap kenipisan yang hampir sama iaitu 7.5mm. Semakin sukarkan untuk membuat pilihan ?

Point terakhir kita ialah harga bagi produk iPad Air dan iPad Mini WRD. iPad mini di datangkan dengan saiz storage 16G sehingga 128G dan harganya bermula RM 1599(untuk wifi sahaja) dan RM 2029 (untuk wifi dan selular). Manakala iPad Mini WRD pula di datangkan dengan saiz 16G sehingga 128G dengan harga bermula dengan RM1279(untuk wifi sahaja) dan RM 1699 (untuk wifi dan selular).

Secara rumusannya saya lebih suka memilih untuk membeli iPad Mini WRD kerana mempunyai saiz yang mudah dibawa dan mempunyai perisian yang lebih "update" berbanding iPad Air. Anda pula bagaimana? terserah kepada anda untuk menentukannya. Sila berikan komen anda ok.



1 comment:

  1. hai. nice entry. thank you for the explaination.. ��
    perbezaan camera mcm mana ya?
    btw kalau perasan,msa perbezaan hrga tu,both awk mention ipad mini. mmg lebih suka ipad mini nih. hee

    ReplyDelete