Tuesday, August 15, 2017

Skim Ponzi @ Skim Cepat Kaya.....Menangis Tak Sudah !



Saban tahun kita mendengar perkara yang sama, " mahu kaya cepat ? ". Pelbagai skim perniagaan baru tumbuh bak cendawan beracun yang berjaya meracuni banyak rakyat Malaysia. Tidak ada had umur, tua atau muda, kaya atau miskin mahupun terpelajar atau kurang ajar ( hehehe gurauan jer ). Tidak ada cara mudah untuk mendapatkan wang yang banyak dalam kadar masa yang cepat. Usaha yang kuat dan masa yang lama diperlukan untuk menerima hasil yang setimpal dengannya. Apakah itu ponzi ?




Apakah itu Skim Ponzi ? Apakah itu Skim Ponzi ? Apakah itu Skim Ponzi ?


Operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu.

Dalam skim Ponzi, penipu bertindak sebagai “paksi” bagi mangsa, berhubung dengan kesemua mereka secara langsung. Dalam skim piramid, mereka yang mendapatkan ahli baru mendapat keuntungan langsung (malah sebenarnya, kegagalan mendapatkan ahli baru biasanya bererti tiada pulangan pelaburan).

Skim Ponzi bergantuing kepada pendekatan pelaburan pelik, orang dalam, dll., dan sering kali memikat pelabur yang kaya; skim piramid pula dengan jelas mendakwa bahawa wang baru merupakan sumber pembayaran kepada pelaburan awal.

Skim piramid hampir pasti gagal lebih awal, kerana permintaan bagi peningkatan ahli berganda untuk mengekalkannya (skim Ponzi mampu bertahan hanya dengan memujuk kebanyakan pelabur untuk "melabur semula" wang mereka, dengan hanya sedikit jumlah pelabur baru).


Contoh Kes Penipuan Skim Ponzi 


HARAPAN 765 PELABUR SKIM PONZI MUSNAH

Putrajaya, 3 Okt - Harapan 765 pihak menuntut dalam kes skim Ponzi untuk mendapatkan kembali RM8.3 juta daripada RM100 juta wang mereka berkecai hari ini apabila Mahkamah Rayuan membenarkan pihak pendakwa merampas wang berkenaan.
Dengan keputusan itu, wang berkenaan akan diserahkan kepada Perbendaharaan, kata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez, yang mewakili Bank Negara, manakala Susheel Kaur mewakili Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam keputusan sebulat suara berkata responden (pihak menuntut) gagal mengetepikan beban seperti yang diperuntukkan Seksyen 61(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Abdul Aziz memerintahkan agar keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak menuntut, diketepikan.
Panel itu turut dianggotai Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah.
Dalam respons segeranya, peguam Md Yunus Shariff, yang mewakili kira-kira 200 pihak menuntut, berkata kliennya kecewa dengan keputusan itu kerana mereka berharap mendapatkan kembali sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus pelaburan masing-masing.
Katanya kebanyakan mereka mengambil pinjaman bank antara RM50,000 dan RM100,000 untuk melabur dalam skim itu dan sebahagian besar daripada mereka adalah daripada kumpulan berpendapatan sederhana.
"Kebanyakan mereka (pelabur) terpengaruh dengan Raja Noor Asma Raja Harun, pengarah FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd, yang mengutip hampir RM100 juta daripada hampir 4,000 pelabur dengan menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan syarikat itu dalam dagangan minyak sawit antara 2007 dan 2008," kata Md Yunus kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan.
Pada 11 Jan 2011, Raja Noor Asma dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur setelah dia mengaku bersalah terhadap 50 tuduhan pengubahan wang haram dan empat tuduhan SC. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment