Monday, October 4, 2010

Pembunuhan Kejam Semakin Berleluasa..Ada yang Ambil Kesempatan!

Kes pembunuhan jutawan kosmetik Susilawati telah menjadi topik hangat diperkatakan di dalam semua media cetak tidak kira berita,akhbar mahupun radio "memuntahkan" segala informasi terkini mengenai kejadian ini. Maklumat  mengenai bagaimana Datuk Susilawati dibunuh menjadi bualan setiap pelusuk makhluk di Malaysia dan pelbagai andaian dan tekaan dibuat secara melulu tanpa mengambil kira perasaan keluarga mangsa pembunuhan tersebut. Pelbagai andaian telah dibuat seperti dirogol sebelum dibunuh,dibelasah sebelun di cekik dan yang paling dasyat pernah saya dengar di bakar hidup-hidup. Bukankah pihak media ataupun individu tertentu menyiasat terlebih dahulu sumber maklumat tersebut sebalum membuat sebarang andaian?..Mana mungkin setiap maklumat itu benar!....Sekiranya kebenaran cerita tidak lagi menjadi isu"penting" , maka runtuhlah institusi media dan harga diri. Umpama memakan sampah di pinggan emas!. Selain daripada itu, terdapat juga parti-parti politik memainkan isu perkauman. WHAT tHE HELL!. Bukanker korang ni mewakili suara rakyat? jangan la menjustifikasikan isu ini macam ia suara daripada rakyat. janganlah menjadi seperti kambing dikandang yang kuat"mengembek" untuk mendapatkan perhatian!. Isu perkauman di Malaysia telah menjadi lipatan Sejarah yang penuh dengan calitan hitam dan kehanyiran darah. Tidak perlulah saya mengingatkan anda peristiwa 13 mei suatu ketika dahulu. Tuduhan kaum India kejam dan jahat  hanya kerana isu ini amat sedih bagi saya. Cuba diingati semual kes-kes terdahulu,seperti "individu cina" yang merupakan warga cina yang terkenal dengan kes rompakan dan bunuh dan kes rogol dan kes "individu melayu" yang merogol,membakar dan menanam mayat dan kemudian disimen . Adakah mereka ini mewakili kaum masing-masing? tentu tidak bukan?. Oleh yang demikian tidak wajar kita mendriskriminasikan  kaum lain di Malaysia ini. Biarlah kita berikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasukan forensik,pasukan polis,pasukan peguam untuk mencari kebenaran sebenar. Saya menentang sekeras-kerasnya individu yang memberikan dan menyebarkan maklumat yang mungkin boleh membantutkan perjalanan siasatan dan mengguris hati keluarga mangsa-mangsa pembunuhan....sekiranya  masih tidak insaf, mungkin tuhan akan menghukum anda suatu hari nanti..INGATLAH!

1 comment:

  1. hhrrrmmm...mmg mudah utk kite menunding jari kepada org lain...tp pernahkah kita terfikir dimana silapnya kita sehingga hal-hal sebegini boleh terjadi..fitrah manusia pantang diberi ruang dan peluang...tp kita yang akan menentukan semuanya..percayalah...kepada pihak lain..janganlah mengambil pluang utk mengeksplotasi cerita...

    ReplyDelete