Wednesday, February 22, 2012

Pilihanraya 2012 Dah Macam main Konda-Kondi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan rakyat jelata. wah! wah! sekarang ni hangat benar diperkatakan bila agaknya pilihanraya kali ke -13 nih. Pelbagai tarikh dan hari di berikan dan diperkatakan di semua tempat tidak kira kedai kopi( Starbuk, UldTawn dan sebagainya), majlis kenduri kendara,balai raya dan tidak ketinggalan di masjid,kuil dan tokong bagai. Mengapa pilihanraya kali ini begitu penting bagi kedua-dua belah pihak dan apakah natijahnya terhadap kita sebagai pengundi. perluke?ada beza ke? tak yah la?,..ayat sedemikian selalu diperkatakan oleh semua kelompok tidak kira tua muda atau bumi atau tidak. Saya ingin kupaskan mengikut pandangan peribadi saya.


Sebelum saya memulakan nukilan ini, ingin saya tekankan saya tidak meyebelahi mana-mana parti dan saya hanya melihat kepada perspektif keberjayaan dan ketanggungjawaban sesebuah parti itu sahaja. Bismillahhirrahman nirrahim<..>.Tidak perlu lah saya perkatakan bahawa Angkatan Barisan Nasional telah mengalami penyusutan sokongan rakyat terhadap mereka. kehilangan tampuk mahkota kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Selangor telah meruntuhkan tembok"China" Barisan nasional yang seakan-akan tidak percaya akan kejadian ini. bagi parti perikatan pula , rempuhan kuat yang telah dilakukan oleh mereka umpama runtuhnya tembok "Berlin" dimana kebebasan dan pilihan rakyat sendiri telah memberikan mereka mandat untuk memerintah negeri mereka ini. Atau realitinya bukan seindah begitu? .

Setelah pilihanraya ke-12 selesai, Barisan nasional telah mula menjalankan jentera pilihanraya mereka sejak dari awal lagi bagi memperbaiki kelemahan mereka sebelum ini. Istilah "Sudah jatuh baru tergadah" mula dikikis sedikit demi sedikit di dalam parti Barisan supaya sejarah lama tidak lagi berulang. Mereka menjalan  taktik "Perluasan Kuasa" dengan menjaga kebajikan rakyat, perubahan dasar ekonomi dan pemberian insentif yang dapat menarik perhatian rakyat di malaysia ini. Saya tidak mengatakan janji yang ditaburkan di laksanakan, tetapi daripada persentej yang dapat dilihat sekarang lebih kurang 45% sudah mula dijalankan  dengan pemberian BR1M, MK1M dan Skim Rumah Pertama dilihat memberi sedikit  impak dalam pemerhatian rakyat. Satu langkah proaktif dan boleh saya katakan disini bijak bagi pihak Barisan untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Permainan catur yang menarik!

Walaupun begitu , kita tidak boleh memandang enteng keterlibatan Pakatan Rakyat dalam membuat perubahan di dalam negeri dibawah tampuk pemerintaha mereka. Adakah Mereka mentadbir dengan baik? secara jujurnya saya nampak penambahbaikan yang dilakukan. Perubahan dari segi Pemberian Tender, pengurusan kewangan, permasalahan rakyat boleh dikatakan berjaya walaupun tidak menyeluruh. Sesuai saya katakan" not everyone is perfect" tetapi usaha yang dilakukan boleh dibanggakan. Pelabagai usaha dengan wujudnya skim Perumahan Terbengkalai, Sumbangan bantuan pelajaran dan skim pinjaman perniagaan , pengagihan sumber galian , sedikit sebanyak membenarkan rakyat dibawah terajunya merasai sedikit perubahan . Ops! terlupa pula saya pada pemberian 20m3 percuma kepada rakyat di selangor(boleh rupanya dilakukan,tak sangka Barisan  tak terpikir perkara ini). So kadangkala perubahan itu perlu dalam meningkatkan taraf kebajikan rakyat yang dahagakannya sejak sekian lama. Apakah langkah catur seterusnya oleh pihak Perikatan? saya masih tunggu dan lihat.

Mesti para pembaca menunggu saya menceritakan keburukan Barisan atau Perikatan. Lupakan saja niat itu. Bagi saya sebagai penulis, saya merasakan tidak ada perkara atau tindakan yang diambil oleh kedua-dua parti ini tidak menampakkan "Lopak Kotor" yang dalam. Permainan politik yang telah berlaku di Malaysia sejak mencapai kemerdekaan dahulu telah mewarnakan kanves politik sekarang. Rumusannya Politik tidah sesuci susu dan tidak sekotor kutu. Think about it ya!


 Bilakah tarikh Pilihanaya sebenarnya? adakah tahun ini atau tahun depan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Kerajaan sekarang masih mempunyai masa yang panjang untuk memerintah Malaysia tercinta iaitu tahun 2013. mereka masih boleh memantau perubahan politik dan ekonomi semasa tampa perlu tergesa-gesa.  Tapi saya dapat rasakan pilihanraya semakin hampir kerana melihatkan situasi sekarang yang dapat dilihat dengan nyata. Pelbagai isu mula diutarakan dengan drastik oleh kedua-dua parti. antaranya isu pemberian air percuma, gambar lucah, sokongan terbuka kepada Israel oleh pihak Perikatan manakala pada pihak Barisan pula Isu PKFZ, Isu FLOAM dan Isu Pecah amanah  sedang hebat diperkatakan umpama ribut taufan tanpa penghujung. Saban hari berita ini dipaparkan di media cetak dan kadangkala memualkan usus besar saya. Inilah mainan politik yang tidak pernah bertukar sejak dari dulu hingga sekarang. Tetapi ingin saya tekankan disini, sekiranya Perdana Menteri kita mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal. adakah pihak Perikatan akan akur sahaja. Berkemungkinan TIDAK! sesekali kerana masih banyak masa diberikan dan rakyat telah memberikan mereka peluang memerintah selama sepenggal, adakah mereka ingin melepaskan peluang ini begitu sahaja? fikirlah sendiri ok.

Selain daripada itu, jentera pilihan raya sudah mula bergerak dari tahun lepas dengan mengadakan pemilihan dan kursus kepada bakal-bakal pengawas pilihan raya kelak. Kalau tak percaya cuba anda tanya cikgu-cikgu di sekolah terdekat anda. Adakah mereka telah melalui proses tersebut. Saya jamin Jawapan "Ya" pasti kedengaran. Sudahkah anda mendaftar diri anda untuk mengundi? daftarla sekarang kerana tanpa anda mungkin kerajaan boleh berubah dan tanpa anda mungkin kerajaan boleh musnah. Ambillah iktibar daripada Negara-negara terdahulu yang musnah akibat rakyat sudah menyampah dan hilang kepercayaan kepada pemerintahnya. Akhir kata dari saya................Selamat mengundi :)


No comments:

Post a Comment