Pada era moden ini, ruang tamu sudah menjadi begitu kompleks dan sempit, Dan konsol Xbox One ini dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan keupayaan mengenal arahan suara (intelligent voice recognition) dan kawalan pergerakan (gesture control)
Penolong Pengarah Microsoft, Yusuf Mehdi menyatakan perbezaan terbesar antara Xbox One dan 360 ialah konsol berkenaan dapat mengenalpasti penggunanya, Sebagai contoh mudah, anda bermain game lumba kereta, kemudian anda berhenti (pause) atau tutup (shutdown) Xbox, apabila anda ingin meneruskan game tersebut, Xbox One tahu dimana anda berhenti dan tahu anda yang memainkan game tersebut. Sekiranya kawan anda bermain game itu ia akan mengarahkan dia bermain game baru( new game). Dasyat tak?
Selain daripada itu, Xbox One dapat melakukan pelbagai tugas dengan pantas dan lancar tanpa berlaku "hanging" dimana sekiranya anda melayari internet ( ya, Xbox One sudah ada Internet Explorer) dan kemudian ke paparan tontonan movie, ia berlaku tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun kelajuan capaian internet masih bergantung kepada pembekal talian (unifi,maxis dan lain-lain).
Terdapat satu mode yang agak menarik dinamakan "Snap Mode". Anda boleh Skype dengan rakan anda dan ia terletak di sebelah sisi skrin dan pada yang sama anda boleh melihat tayangan TV atau movie. Penggunan arahan suara juga agak unik dimana anda perlu bercakap siaran apa yang anda mahu lihat dan Xbox One akan memaparkan ia.
Sekiranya anda ingin tahu Speck Xbox One, antaranya:
- 8-core CPU with 5 billion transistors
- 8GB of system memory
- 500GB hard drive
- Blu-ray drive
- 802.11n Wi-Fi, HDMI in/output
- USB 3.0 support.
- support APU untuk Xbox One menggunakan cip AMD