Hai dan selamat sejahtera kepada semua peminat-peminat
petiktetikus. Seperti biasa saya mendapat beberapa pertanyaan berkenaan apakah
tab yang sesuai untuk dibeli dan memberi prestasi terbaik. Baiklah mari
petiktetikus kongsikan bersama-sama anda
- Tetapkan budget anda, menjadi kebiasaan rakyat malaysia yang suka terus datang membeli barangan tanpa melakukan persediaan dan ulangkaji. Setiap individu hendaklah menetapkan kadar wang yang mampu dikeluarkan dari poket sendiri ok J
- Keperluan anda khususnya untuk membeli tab. Adakah untuk melayari laman web dan media sosial sahaja, melihat video dan gambar atau membuat panggilan dan sms. Ini kerana harga setiap tab berbeza mengikut fungsi dan spec.
- Kelajuan dan daya tahan tab perlulah diambil kira pada masa yang sama. Kebiasaanya tab yang berjenama mempunyai tempoh pengunaan bateri yang agak lama berbanding yang datang dari tongkang China dan taiwan (bukan semua produk yang datang dari sana ori yer) dan mempunyai antenna untuk capaian wireless dan 3G yang lebih baik.
- Kemampuan untuk menghubungan anda kepada dunia maya dengan talian WIFI atau 3G. Sekiranya anda memerlukan penggunaan internet dimana sahaja anda berada, adalah lebih baik anda membeli produk yang mempunyai kemampuan 3G. Bukan semua kawasan ada WIFI dan kadang-kala anda perlu membuat pendaftaran dahulu
- Keselesaan untuk anda memegang dan menyimpannya. Anda perlu juga mengambil kira faktor saiz tab anda. Bagi wanita di Malaysia, mereka suka tab yang kecil,comel dan mudah disimpan di dalam tas tangan (besar tas tangan diorang ni). Bagi lelaki, mereka lebih berminat kepada tab yang mempunyai saiz skrin yang besar dan spec yang tinggi
- Kemudahan pembelian secara ansuran mudah malalui penyedia talian mudah alih seperti DIGI, MAXIS dan CELCOM begitu juga Seng Heng dan Courts. Pembelian berbentuk begini menjadi kegemaran pengguna dimana mereka boleh membeli tab dengan harga murah dan mendapat kemudahan lain seperti 3G dan Call/SMS.
- Adakah anda membeli tab untuk anda atau anak/anak buah/sedara?. Ini kerana sekira anda membeli untuk mereka, tidak perlulah membeli tab yang berjenama dan mahal kerana mereka ini Cuma berminat untuk bermain game dan melayari internet. Agak meyedihkan sekiranya anda melihat mereka menghempas,mencampak atau mencalarkannya.
No comments:
Post a Comment