Friday, June 6, 2014

Selamat Datang iOS 8...Terbaru Dan Menarik, Wow!


Tahukah anda apakah itu perhimpunan WWDC?. Bagi penggemar produk Apple, nama ini semestinya tidak asing bagi komuniti ini. WWDC ialah singkatan bagi "Worldwide Developers Conference" yang dilakukan di California setiap tahun oleh Syarikat Apple Inc. Ia merupakan satu acara untuk memaparkan perisian dan perkakasan terbaru dan teknologi terkini yang akan digunapakai . Pada masa yang sama, sebarang perbincangan dan pengujian(tester) untuk produk Apple turut dilakukan.



Baru-baru ini, di dalam majlis WWDC ini, Apple Inc telah memperkenalkan produk perisian terbaru yang akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini. Ia merupakan perisian iOS 8. Apakah iOS 8 ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna dan perkakasan Apple? mari kita lihat penambahbaikan pada iOS 8 ini :

(video pelancaran iOS 8)

Penunjuk Penggunan Bateri

Bukan sesuatu yang baru dimana iPhone mudah kehabisan bateri. Ini bergantung pada bagaimana kita set iPhone kita seperti mengurangkkan tahap kecerahan skrin dan mematikan perisian yang tidak digunakan. Walaubagaimanapun pengguna tidak dapat menentukan perisian mana yang menggunakan sumber tenaga yang banyak. Dengan ciri terbaru ini, ia dapat memaparkan perisian yang menyedut tenaga berlebihan dan pengguna boleh "uninstall" atau mematikan perisian itu. Ia satu kelebihan yang cukup besar kepada pengguna iPhone.

Papankekunci (Keybord) yang baru.

Tidak salah jika saya katakan bahawa iPhone merupakan perintis penggunaan papankekunci sesentuh (touch screen). Untuk fungsi terbaru di dalam iOS 8 ini, Ia telah ditambah baik dengan pengesan jangkaan ayat yang ditaip yang lebih efisien yang akan mencadangkan kepada pengguna apa ayat yang hendak ditaip seterusnya. Ia juga membenarkan 'developer' untuk menggunakan keybord mengikut kehendak mereka, contohnya kita menaip ayat dengan menekan huruf, ia boleh ditukar dengan 'swipe' sahaja.

Sambungan (Continuity)

Apple telah mengambil kelebihan 'cloud' untuk membentuk satu aplikasi baru yang diberi nama 'Handoff'. Untuk mudah memahami konsep ini, sekiranya anda mempunya iPhone dan Mac, anda menulis e-mail di iphone dan save kemudian menghabiskan penulisan di Mac dan hantarkan e-mail di iPhone. Menarik bukan?. Ia juga menyediakan beberapa bonus seperti 'AirDrop' yang membenarkan ia berkerjasama antara Mac dan perkakasan iOS lain dan menjadikan perkakasan anda sebagai 'hotspot' dengan hanya menekan 1 butang sahaja.

Kamera

Sudah pastinya kamera amat penting untuk semua produk iPhone. iOS 8 telah melonjakkan beberapa perisian kamera ke tahap yang lebih baik. Fungsi baru seperti 'three-second timer" dan 'time-laps capture' untuk video!. Ia dapat menyeimbangkan fokus dan kawalan cahaya pada iPhone.

iCloud galeri gambar

iCloud buat masa ini mempunyai ruang simpanan gambar sebanyak 1000 yang diberikan secara percuma. Pada iOS 8, pengguna boleh 'upgrade' iCloud Photo Library' masing-masing yang akan di upload secara automatik daripada iPhone/iPad. Pengguna hanya diberikan ruang 5GB secara percuma dan perlu membayar untuk ruang data 20GB-1TB. Amat menyedihkan bagi Petiktetikus kerana mempunyai bayak sangat gambar.

Perkongsian Keluarga

Dengan aplikasi iOS 8, Apple telah membuka satu ruang membenarkan Apple ID digabungkan. Ia membenarkan pengguna Apple untuk berkongsi sebarang perisian yang di download dari iTune diantara satu sama lain. 6 pengguna boleh dihubungkan sebagai 'family mamber' dan ini dapat membantu ibubapa mengawal anak-anak mereka mendownload perisian daripada iTune. Dengan perisian ini, ibubapa akan diberi 'notification' dan bergantung kepada mereka untuk membenarkan ia boleh di download atau tidak.


Selain daripada itu, terdapat banyak lagi kelebihan baru pada iOS 8 ini yang sudah pastinya memberikan impak yang besar pada pengguna perkakasan iPhone, iPad dan Mac. Tunggu sahaja tarikh sebenar pelancaran perisian ini dan upgrade perkakasan anda secepat mungkin.





No comments:

Post a Comment