Sunday, October 26, 2014

Tips Pemilihan Power Bank...Caranya ?

Suatu ketika dahulu gadget power bank merupakan sesuatu yang agak aneh dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna gadget. Apabila zaman "Nokia" roboh dan pengguna mula beralih arah kepada telefon pintar (smartphone) yang menggunakan aplikasi "Android", "MacOS" dan "BlackBerry", segalanya berubah. Dunia sekali lagi dilanda putaran tsunami teknologi yang membuka ruang kepada penggunaan power bank. Penggunaan kuasa oleh peralatan elektronik pada telefon pintar menyebabkan ia memerlukan satu mekenisma tenaga tambahan agar dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.

Terdapat banyak pilihan power bank di pasaran dan ia memberi kuasa memilih kepada pengguna. Terdapat pelbagai saiz, rekabentuk dan jumlah kuasa yang dibekalkan. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat pilihan yang tepat agar power bank yang kita beli dapat kita gunakan semaksima mungkin

Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tips pemilihan power bank kepada semua pembaca laman blog ini :


Bentuk

pemilihan bentuk penting kerana ia menentukan bagaimana ia di bawa dan disimpan. biasanya bentuk yang kecil mempunyai kapasiti simpanan kuasa yang rendah dan yang besar mempunyai simpanan kuasa 5 kali ganda. Keselesaan pengguna juga perlu diambil kira kerana ada yang tidak sanggup membawa power bank yang berat di dalam beg bimbit. Terserah kepada anda untuk menentukannya

Warna

Wanita suka mempunyai power bank yang serasi dengan beg dan pakaian harian mereka. Bagi lelaki pula, mereka suka warna yang gelap kerana lebih menarik, Kanak-kanak pula suka yang berwarna terang dan comel. (budak berumur 5 tahun pun sudah ada Hp sendiri). Pilih ikut keselesaan anda (nak pakai lama kan?)

Kapasiti Kuasa (mAh)

Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)


Jenama

Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)

Bateri

Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.

Lampu

Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.

USB

Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan.  Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)

Harga

Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.


Harap tips ini dapat membantu anda. Cubalah !



No comments:

Post a Comment