Friday, January 18, 2013

Nak Free Antivirus?..Saya bagi 4 Cadangan :)

Assalamualaikum rakan-rakan petiktetikus . anda semua sudah semestinya mempunyai laptop atau PC. Oleh yang demikian, sudah pastinya anda memerlukan perisian antivirus yang baik untuk melindungi data-data yang penting daripada dirosakkan oleh virus. Oleh sebab keadaan ekonomi kita yang sedikit merudum, terpaksalah anda menggunakan antivirus free.hehehe.Disini saya ingin kongsikan pendapat saya perisian antivirus mana yang baik untuk pilihan saudara/saudari?


Avast Free Antivirus 5

Pada pandangan saya, Avast merupakan perisian antivirus percuma terbaik yang pernah saya temui. Ia menyediakan semua kemudahan yang baik darisegi mencari dan memusnahkan virus. Ia juga boleh mengesan malware pada masa yang sama. Untuk proses intalasi pula, ia mengambil masa yang pendek. Perisian ini tidak memberi kesan yang besar kepada prestasi komputer anda dan Perisian ini menyediakan paparan antaramuka yang menarik dan mudah difahami. 

 

Avira AntiVir Personal Free AntiVirus 10

Bagi antivirus ini, saya telah kerap kali menggunakannya untuk kerja saya. Dari pengamatan saya, sistem pengesanan malware berfungsi dengan cukup baik. Proses scan pula mengambil masa yang pantas tanpa mengganggu proses kerja . Ia mempunyai paparan antaramuka yang sangat simple dan daripada proses pengesanan virus, ia masih memerlukan penambahbaikan.

 

Microsoft Security Essentials 1.0

Semasa pertama kali saya menggunakan perisian ini, saya dapati ia satu perisian pengesan virus yang sangat baik. Saya bernggapan pada mulanya ia satu produk yang dikeluarkan oleh microsoft hanya "suka-suka" dan sekadar penambah produk microsoft sahaja. Anggapan saya meleset sekali!. Ia dapat mengesan virus dan malware dengan cukup baik. Proses instalasi yang pendek dan mempunyai mode pengesan yang laju dan baik. Cuma ingin saya ingatkan kawan-kawan sekalian, ia dapat mengesan perisian windows yang digunakan adalah "ori" atau "pirate". Jika windows yang digunakan tidak ori, dia akan terus pop-up peringatan dan sekiranya tiada tindakan dibuat, berkemungkinan besar window anda akan di block. haru!

 

Panda Cloud Antivirus 1.0

Saya belum pernah melihat perisian antivirus panda menyediakan perkhidmatan secara percuma. Saya pernah menggunakan perisian ini sebelum ini dan boleh saya rumuskan ia seperti norton (yang berbayar yer).Sebenarnya saya ingin meletakkan perisian ini antara yang terbaik antara perisian antivirus percuma yang saya pernah gunakan. Cuma terdapat beberapa masalah dari segi mengesan dan  membuang virus. Tetapi ia tidak lah terlampau teruk sangat. Ia dapat menyetelkan sekurang-kurangnya 70% antivirus dan yang hebatnta ia turut membuang virus di registery dan sub folder. Bukan semua antivirus dapat lakukan. Dari segi update, ia menggunakan teknology cloud yang membolehkan ia sentiasa update dan masa yang diambil juga pendek.

No comments:

Post a Comment