Monday, March 5, 2012

Pendengaran SELCAT ke atas Kumpulan Semesta(KSSB) panassssss!



Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung isu penyelewengan pasir melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan bermula pada pukul 10 pagi ini selepas ditangguhkan suatu ketika dahulu

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan pendengaran awam terhadap dua lagi kes membabitkan Yayasan Selangor mengenai laporan audit dalaman 2010 dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu PKPS Agro Industries Sdn Bhd dan Premium Agro Product Industries Sdn Bhd berhubung pembelian jentera.Beliau berkata keputusan untuk mengadakan pendengaran awam terhadap tiga kes berkenaan diambil selepas Selcat bermesyuarat pada 16 Feb lepas.

Ketika ditanya sama ada keputusan untuk menyambung pendengaran awam ke atas KSSB dibuat selepas isu itu dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin, Teng berkata pihaknya tidak bergantung kepada artikel yang ditulis oleh penulis blog sebaliknya bergantung kepada perkembangan semasa yang memerlukan Selcat menyelesaikan pendengaran ke atas KSSB."Kita buat pendengaran ini kerana ada ahli lembaga KSSB sendiri telah buat kenyataan menafikan ada penyelewengan melibatkan beliau, jadi kami rasakan ini membabitkan pentadbiran KSSB kerana ahli lembaga syarikat itu telah buat kenyataan terbuka yang berkaitan dengan pendengaran Selcat yang belum habis," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai pendengaran awam ke atas KSSB yang tidak diteruskan sebelum ini, Teng berkata maklumat yang dibekalkan oleh anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor pada dua tahun lepas memerlukan siasatan jenayah dan bukan penjelasan daripada KSSB.
Justeru beliau berkata Selcat tidak dapat meneruskan pendengaran awam ke atas maklumat yang diberikan oleh Manikavasagam.

Mengenai pendengaran awam ke atas Yayasan Selangor, Teng berkata ia diadakan selepas Selcat memperoleh laporan daripada audit dalaman berhubung pelantikan pengurus besar yayasan itu dan beberapa perkara mengenai pentadbiran oleh pengurus besar berkenaan.



 

 











UNTUK MENYAKSIKAN SECARA ONLINE BOLEH PERGI KE LINK INI:




No comments:

Post a Comment