Thursday, November 1, 2012

Macam Mana Nak Bunuh Stress !


Assalamualaikum kengkawan aku sekalian. Aku nak bagitau korang yang aku sangat streass giler sekarang ni. Macam biasalah, simptom-simptom seperti SAKIT KEPALA, PENING, MABUK, SAKIT BELAKANG, RASA NAK MUNTAH, MARAH MELUAP dan LUPA. Aku mula merasa Stress ni sejak beberapa minggu lepas. Masalah kerja, Masalah belajar, Masalah keluarga dan yang penting Masalah Peribadi. Seringkali aku membaca blog yang ada diluar sana , bagaimana nak menghilangkan stress. Pelbagai cadangan dan andaian telah diberikan dan aku merasakan ia betul dan patut juga aku buat. Walau apapun, mengikut pengalaman aku mengharungi pelbagai onar dan duri tidak kira yang merembeskan haruman harum atau busuk ada lagi beberapa yang perlu aku tambahkan agar ia lengkap sempurna. So, sekiranya anda Stress, anda perlulah ;

  • MENGAMBIL SEGELAS AIR MINUMAN, SEJUK SEKIRANYA BOLEH DAN MINUM 
  • SEKIRANYA DI RUMAH, BUKA BAJU ANDA DAN BIARKAN BADAN ANDA DITIUPI ANGIN 
  • MANDI DENGAN KADAR SEGERA SEKIRANYA BOLEH, ELAKKAN MANDI AIR PANAS
  • DUDUK DI TEMPAT YANG SUNYI DAN HARUM, SEBOLEHNYA TAMAN BUNGA
  • LEMBABKAN KAIN TUALA KECIL DAN LILITKAN DI KELILING LEHER. BIARKAN IA SELAMA 10 MINIT DAN REMDAMKAN IA SEKALI LAGI. INI DAPAT MENGURANGKAN KETEGANGAN TENGKUK
  • AMBIL MAKANAN YANG MANIS SEPERTI AIS KRIM ATAU COKLAT
  • TANGGAL SEMUA PERKAKASAN DI BADAN ANDA, SEPERTI JAM, RANTAI, CINCIN
  • DENGARKAN  LAGU YANG MENENANGKAN DAN BERMELODI INDAH
  • BARING DAN SEKIRANYA BOLEH TIDUR 
  • BERBUAL DENGAN RAKAN RAPAT ANDA, TEMAN WANITA LEBIH AFDHAL( MASIH MENCARI HEHE)
  • CUBA MENGGEMBIRAKAN HATI ANDA DENGAN MELAKUKAN APA SAHAJA YANG ANDA SUKA
  • ELAKKAN DARI MENCARI SEBAB STRESS WALHAL LEBIH BAIK MENCARIK CARA MELUPAKANNYA
  • BELANJA KAWAN ANDA MAKAN FREE HEHEHE         ( HILANG STRESS AKU PADA MASA YANG SAMA) 
Hope cadangan ini dapat membantu anda ok ! 



No comments:

Post a Comment