Wednesday, November 7, 2012

Malaysia...Why Politician Try to Kill You?.....


Semenjak Malaysia membuka pintu kepada dunia luar untuk mereka diluar sana mengenal kita dengan lebih dekat, ia juga turut memberi peluang kepada kita untuk mengenali negara-negara asing. Penambahan infrastruktur telekomunikasi dari masa kesemasa. Teknologi satelit dan fiber optik membantu penghantaran dan penerimaan maklumat dengan pantas dan tiada apa-apa halangan bagi ia untuk menembusi setiap benua. Kewujudan MSC mewujudkan perkembangan informasi yang meningkatkan produktiviti, kemahiran dan percampuran budaya yang mana ia memberi kesan baik atau buruk. Itu terserah pada  anda untuk menentukannya.

Petiktetikus dapat merasakan Malaysia tercinta ini semakin hari semakin anggun dan cantik dari pandangan mata kasar. Tetapi jika aku tenung dengan lebih dalam lagi, aku dapati terdapat pelbagai "anasir-anasir" jahat yang cuba merosakkan keharmonian yang telah lama kita kecapi. Pernah tak beberapa tahun dulu kita mendengar atau melihat orang ditembak dengan pistol? ataupun pernah ke kita mendengar anak-anak kita diculik kemudian dirogol dan dibakar seperti haiwan? atau pun yang lebih teruk kita melihat ramai yang mati kerana terlampau banyak makan?. Mengapa ia berlaku dengan kerap sekarang?. Lebih teruk lagi apabila kita merasakan isu-isu ini perkara biasa dan kita tidak berasa hairan lagi. What is happen right now?

Pada pendapat saya sendiri, informasi yang mudah dan pelbagai boleh didapati di internet tanpa sebarang tapisan dan pantauan menjadi punca kudis semakin melarat. Dengan hanya memetik tetikus, kita dapat pelajari bagaimana hendak membuat bom tangan, dengan memetik tetikus kita boleh diajar mencuri kereta, dengan hanya memetik tetikus, kita dapat membeli senjata dan yang lebih teruk dan hina lagi kita juga didedahkan bagaimana cara meluahkan protes dengan membakar harta benda orang lain, membelasah siapa sahaja yang berlainan ideologi dan mengajarkan semua ini kepada anak mereka yang mungkin bakal menjadi pemerintah negara ini. Wei! korang sedar tak?

Aku sama sekali tidak menyalahkan IT kerana menjadi penyebab Malaysia ini semakin teruk. Aku menyalahkan individu tertentu yang sempit akalnya yang menapoli pemikiran orang lain hanya untuk kepentingan diri semata-mata. Parasit-parasit seperti ini yang membuatkan pokok yang utuh dan jitu menjadi kering dan bakal tumbang pada bila-bila masa sahaja. Maklumat yang mereka dapati di internet, kemudiannya mereka memutarbelitkan ia dan menjadikan ia senjata untuk menjatuhkan orang lain. Yep, aku memang memerli ahli-ahli politik yang hipokrit. !

Di dalam mana-mana parti politik, aku dapati pemimpinya tidak berapa memberi masalah. mereka mempunyai pegangan politik yang jelas dan kuat . Kalau anda berdebat dengan mereka tanpa memenuhkan ilmu didada, lebih baik duduk diam dihujung penjuru bilik. Cakap kosong hanya untuk budak-budak sekolah. Yang amat menyedihkan aku ialah pemimpin bawahan ni. Mereka "menjual" nama pemimpin mereka untuk mereka menjahanamkan rakyat seperti kita. Kita diperbodohkana seperti anak ayam dan ditarik hidungnya seperti seladang di sawah. Bagaimana perlu kita"setel" tahi-tahi busuk ini. Mungkin anda berfikir seperti saya, "Aku tiada kuasa untuk menolak". Aku sesekali tidak menolak pendapat itu. Ya!. kesihan rakyat seperti kita. Ditendang dan ditampar sesuka hati.


Aku cuma boleh memohon agar pemimpin kesemua parti politik cuba "membersihkan" badan masing-masing dahulu sebelum menabur janji kepada rakyat Malaysia. Perancangan ekonomi yang mantap dan kemajuan yang semakin kita terima bakal menjadi abu sekiranya orang-orang bawahan ini yang mempunyai perancangan jahat ini dibuang,dibakar atau di tanam terlebih dahulu. Aku amat sayangkan Malaysia,seperti aku sayangi keluarga aku. Apa-apa komplot yang bakal menghancurkan negara , tanpa ragu-ragu aku akan bangkit menghalang puak-puak ini dengan cara dan usaha aku sendiri. Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment