Saturday, February 16, 2013

Dipersilakan....BlackBerry Z10 menghadap!


Ia merupakan salah satu telefon selular yang berpengaruh di dunia ini. Pelbagai andaian yang dibuat mengenai rekabentuk dan perisian telefon yang bakal di pekernalkan.adakah ia lebih baik berbanding telefon lain? mungkinkah perisian yang digunakan sudah tidak releven? Jika anda melihat di blog-blog lain atau di laman youtube, pelbagai lakaran lukisan mengenai bentuk permukaan telefon ini. Yep....telah tiba masanya saya perkenalkan.....BlackBerry Z10


 BlackBerry kali ini telah menukar rentak dengan menggantikan papapan kekunci QWERTY dengan skrin sesentuh yang nampak lebih seksi dan elegen.  Ia mempunyai paparan LCD 4.2 inch dengan resolusi (agak hebat)) 1280x768 dan menyediakan kepadatan gambaran 356 pixel. Menambah keseksian BlackBerry ini, ia disumbatkan dengan unit pemprosesan Dual-Core 1.5GHz. Ia juga turut mempunyai RAM yang pantas hasil dari penggunaan 2GB RAM dan 16GB flash storage. Yup! ia juga ada slot microSD yang boleh menampung memori sebanyak 32GB.

BlackBerry Z10 juga mempunyai camera 8MP yang mampu merakan video beresolusi 1080p. Maksudnya disini, anda dapat membuat rakaman video yang jelas dan cantik seperti menggunakan HandyCam. Ia juga menggunakan perisian Time Shift yang mana anda boleh mengambil gambar dalam jumlah yang banyak dengan sekali 'klick' dan kemudian pilih yang mana lebih menarik. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 2MP yang mampu membuat rakaman video beresolusi 720p. Selain daripada itu ia juga disertakan :


  • WiFi
  •  Bluetooth
  • NFC
  • Port micro HDMI  
  • Port micro USB 
 Oleh yang demikian, sesiapa yang masih menggunakan BlackBerry yang lama dan bercadang untuk menggantikan ia dengan model Z10, dipersilakan!. Dengan rekabentuk yang menarik dan mengikut teknologi terkini, tidak salah untuk anda memilikinya.
 


1 comment:

  1. aku rasa kan Mir.. akan aku cuba dptkan la this gadget.. bagi menggantikan bold 2 aku tu.. hehehehe..

    ReplyDelete