Monday, April 1, 2013
DELL bermasalah? Masa Depan Menjadi Tanda Tanya
Assalamualaikum pembuka bicara, Dalam beberapa minggu ini, saya telah membaca beberapa artikel daripada majalah dan laman web membincangkan "perkelahian" antara pengasas DELL, Michael Dell bersama pemegang amanah aset,Silver Lake Partners dan 2 syarikat persendirian iaitu Blackstone dan Carl Icahn yang menawarkan harga belian saham yang cukup lumayan untuk pihak DELL menolaknya. Penulis dapat mengagak masalah ini akan berlaku kerana dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, pengambil alihan sesebuah syarikat akan berlaku kerana nilai saham ketika itu murah dan boleh dibeli dalam kuantiti yang besar. Pada akhir tahun lepas Syarikat gergasi pc HP dan Sony juga mengalami masalah yang menyebabkan beberapa pekerja terpaksa "dilepaskan".
Motif Michael Dell ingin membeli semua aset Dell adalah kerana beliau ingin menjadikan Dell 100% hak milik persendirian dimana beliau boleh mengawal operasi jualan dan pembelian bagi memastikan pemegang saham menerima keuntungan yang lebih tinggi berbanding sekarang. Walaubagaimanapun, perancangan beliau tergugat kerana diasak hebat oleh 2 syarikat persendirian yang ingin mengambil alih kepentingan Dell untuk diri masing-masing.
Dell dan Silver Lake menawarkan US$24.4 billion atau $13.66 per share untuk syarikat ini. Kemudian mereka menaikkan tawaran sebanyak $4 billion sepanjang 6 bulan rundingan. Tetapi Blackstone menawarkan samada pemegang saham menerima wang tunai atau stok yang masing-masing bernilai $14.25 per share. Berita ini merisaukan Michael Dell.
Bagi membotakkan lagi kepala Michael Dell dan mengancam pengambilalihan syarikat, Carl Icahn menawarkan $15 per share secara tunai. Kelebihan Carl Icahn ialah buat masa ini ia telah memiliki 80 million pegangan di dalan syarikat Dell dan sekarang ia mahu memiliki 58% kepentingan di dalam syarikat yang mana ia akan menjadi pemegang mejoriti .
Apakah nasib Dell untuk masa akan datang?. Apapun yang terjadi, pengambilalihan yang bakal terjadi mestilah membawa bersama-sama pembaharuan dan strategi yang bijak bagi menguatkan nama Dell di pasaran dunia.
Labels:
Info IT Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment