Monday, April 1, 2013

Tips Untuk Mengelakkan Anda Di"bodoh"kan ? APA !!!





"Helo, En.XXX anda memenangi hadian utama!"

" Hai, En.xxx kami mengesan aktiviti yang meragukan di akaun bank anda, sila masukkan maklumat daripada e-mail yang kami akan hantar kepada anda"

"Hai, mari cuba nasib anda, sila beli gores kertas ini untuk memenangi hadiah misteri"


Salam kesedaran daripada PetikTetikus. Saban hari masih kedengaran ramai manusia di Malaysia ini masih ditipu oleh "syaitan-syaitan hidup" yang ingin mencuri duit simpanan . Mereka menggunakan pelbagai modus operandi untuk melakukan penipuan tidak kira di dalam internet, panggilan telefon dan bersemuka. Mereka akan menggunakan pelbagai helah yang akhirnya kita akan terkedu melihat wang yang kita simpan hilang sekelip mata.

Walaupun pihak berkuasa telah melakukan pelbagai operasi untuk membanteras gejala lanun ini, ia masih tetap bercambah dan merebak di merata tempat. Oleh yang demikian, sebagai warganegara Malaysia yang prihatin, PetikTetikus ingin memberikan beberapa tip untuk peringatan kita bersama.


  • Jangan sesekali membenarkan orang yang tidak dikenali masuk di halaman rumah kita untuk menjual kad gores, sebabnya jika kita tidak berminat mereka akan tetap memaksa dan tidak akan beredar dari rumah.
  • Jangan membeli apa-apa barang yang memerlukan kita menggores. Kalau terjebak, tergoreslah dompet anda.
  • Sekiranya anda dijanjikan hadiah yang lumayan hanya dengan melabur rm1, semua itu hanyalah tipu sahaja. Silap haribulan 80 kali gores pun anda menang gula-gula lolipop sahaja.
  • Jangan sesekali percaya sekiranya anda menerima email yang mengatakan anda memenangi sejumlah wang tanpa anda pernah menyertai apa-apa pertandingan.
  • Jangan memberi maklumat sulit anda kepada sesiapa yang menghantar email kepada anda atas sebab untuk membuat pindahan wang
  • Sekiranya anda tiada sanak saudara di Afrika mahupun Uganda, jangan sesekali percaya yang mereka ingin menghantar duit kepada anda.Mustahil dia atau anda sendiri sanggup membuat transaksi berjuta ringgit tanpa mengenali antara satu sama lain.
  • Elakkan diri anda dari memasuki apa-apa laman web yang meragukan, ini salah satu penyebab anda menerima pop-up yang anda "pengguna bertuah" atau "tahniah". Ini salah satu taktik untuk mencuri maklumat peribadi anda
  • Jangan  melayan email berantai yang memerlukan anda memberi sejumlah wang kepada organisasi yang anda sendiri tidak pasti kewujudannya.
  • Pastikan anda tidak memasuki laman internet di siber cafe tanpa anda "clean" jejak browser anda. Kadangkala ada individu yang mencuri maklumat secara anda tidak sedari.
  • Jangan dedahkan maklumat bank anda kepada pengguna yang mengatakan mereka "tersalah masuk wang" ke dalam akaun anda. Berurusanlah dengan pihak bank, bukan anda.
  • Jangan memberi maklumat di dalam telefon kepada individu yang anda ragui
  • Sekiranya anda menerima sms yang mengatakan anda menang hadiah dan memerlukan anda memberikan maklumat bank, itu palsu. Kebiasaanya mereka akan meminta anda datang ke pejabat.
  • Jangan melayan panggilan yang merayu anda memasukkan wang ke dalam akaun atas alasan yang tidak munasabah seperti wang untuk tambang pulang ke luar negara atau wang untuk membayar yuran hospital. Sekiranya buka saudara anda abaikan. Ini salah satu cara untuk mendapatkan maklumat sulit anda.(rakyat Malaysia memang penyayang).
  • Sekiranya anda menerima panggilan dari nombor bukan nombor pejabat daripada pihak bank mengatakan anda perlu memberi maklumat peribadi untuk memastikan pengguna yang masuk itu anda, jangan sesekali memberi. Ini kerana pihak bank tidak akan menggunakan telefon bimbit sendiri untuk menelefon anda.
Semoga tip-tip ini membantu anda dalam menjaga keselamatan kewangan anda. Sentiasa beringat dan jagalah maklumat peribadi anda sebaik mungkin. ikhlas daripada Petiktetikus :P

No comments:

Post a Comment