Saturday, January 25, 2014

10 Pilihan PetikTetikus .....Game Android!

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua pembaca blog Petiktetikus ini. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada saya. Hari ini saya ingin kongsikan 10 game android terbaik pilihan Petiktetikus. Mungkin sebahagian daripada anda ada pilihan masing-masing, Oleh itu, saya mengharapkan anda memberikan komen ok. Tanpa membuang masa, saya mulakan....

Angry Bird


Siapa individu di dunia ini yang tidak mengenali permainan android ini. Watak burung yang tidak bersayap menghancurkan dinding batu,kayu dan kaca. Permainan ini mula diperkenalkan pada tahun 2009 di platform IOS Apple. Ia telah di muat-turun sebanyak 12 juta kali pada tahun itu. Dengan sambutan yang menggalakkan , Ia telah dikeluarkan dalam perisian Android ,Symbian dan Windows. Sekarang terdapat pelbagai versi seperti bird season,rio,space,starwars dan go!. Sekiranya anda belum memuat turun perisian terbaru iaitu go!, anda rugi kerana keseronokan permainan kali ini lebih hebat (lebih baik daripada mario carts).

Tample Run


Pernahkan anda bermain permainan Ball? corak permainan ini juga hampir sama. Anda perlu memandu arah watak di dalam permainan ini ke arah kiri dan kanan. ia akan bergerak sangat laju dan tugas anda ialah memastikan ia tidak melanggar dinding ataupun makhluk di tengah laluan anda. Permainan ini sangat mengujakan kerana ia memaksa anda bertindak pantas dan setiap laluan yang anda pilih akan membawa anda ketempat yang berlainan. 

Cat Vs Dog


Petiktetikus telah terpukau dengan keseronokan permainan ini semasa versi pertama dikeluarkan. Ia sangat melucukan apabila melihat anjing dan kucing bergaduh dengan membaling barang seperti tulang ,daging,kayu ,minyak,sampah dan gas. Permainan ini amat mudah kerana ia seperti angry bird juga . Versi baru menampilkan paparan grafik yang lebih cantik dan menarik. Salah satu permainan kesukaan saya sepanjang zaman

Unblock Car


Konsep permainan yang mudah dan mencabar minda. Misi anda ialah mengalihkan kedudukan kereta yang mengganggu ferrari merah untuk keluar.Lebih kurang langkah yang anda gunakan, lebih banyak markah yang anda perolehi.  Setiap peringkat akan memaksa anda memerah otak anda untuk memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada kereta-kerata yang parking tak tentu arah. Bertuah Betul !

Pool Billard Pro


Salah satu permaian android yang mesti ada di dalam Hp anda. Ia merupakan satu permainan yang menyeronokkan. Di dalam permainan ini anda boleh memilih untuk bermain pool atau snooker. Anda boleh bermain bersama rakan-rakan atau berlawan dengan komputer. Walaupun nampak mudah, ia tetap memberikan cabaran.

FIFA 14


Dengan paparan grafik yang menarik dan gameplay yang telah dipertingkatkan, ia merupakan salah satu permainan bola sepak terbaik pernah dikeluarkan. Ia menampilkan beberapa pasukan dan pertandingan bertaraf dunia untuk anda ceburi. Gambaran watak yang cantik dan sudut kamera yang sentiasa berubah menunjukkan jaringan sudah cukup membuatkan Hp anda kehabisan bateri kerana anda akan terpaku berjam-jam bermain permainan bola ini.

Word Search


Satu permaianan yang santai dan menarik untuk anda menghabiskan masa anda ketika sedang berehat. Ia menyediakan pelbagai tahap dan tema yang berbeza. Teka silang kata ini mudah dan anda perlu mencari ayat yang ditentukan dengan masa yang pantas. 

Touch Music


Permaianan musik ini sangat mengasyikkan. Berpandukan pada lagu yang anda pilih, anda perlulah menekan setiap not yang jatuh di dasar tapak serentak mengikut landasan masing-masing . Setiap lagu yang anda pilih akan menghasilkan pergerakan not yang perlahan atau laju. Ia bertambah menarik apabila ada not yang memerlukan anda menekan lebih lama dan akan bersilang ke landasan yang berlainan. Amat Menyeronokkan.

Dead Trigger


Siapa yang tidak suka zombie? lebih-lebih alagi apabila anda berpeluang untuk menembak menggunakan pelbagai jenis senjata ke arah zombie-zombie sehingga hancur berkecai. Misi yang disediakan amat mencabar. Anda perlu memperoleh wang emas yang mencukupi sebelum membeli senjata baru. Pergerakan zombie yang menakutkan dan suasana permainan yang gelap dan mencabar sudah pastinya menyeronokkan dan mengujakan.

GolfStar


Permainan golf ini berlainan dengan permainan golf yang pernah petiktetikus main sebelum ini. anda boleh berinteraksi dengan permain lain dan saling mencabar untuk melepasi setiap tahap. Anda juga boleh mengupgrade set golf anda. Cara permainan yang mudah dan memerlukan ketepatan yang tinggi untuk menghantar bola golf yang anda pukul ke tempat yang dikehendaki. 

No comments:

Post a Comment