Aduh perlahannya laptop aku!#%%$%%)!!. Pernahkah masalah seperti ini terjadi pada anda ?. lebih kurang 60% penggunan laptop atau PC mengalami masalah ini. Masalah seperti ini bukan hanya berlaku pada laptop/PC model lama, walhal ia juga turut berlaku pada model yang baru. Disini, Petiktetikus akan kongsikan tips untuk menyelesaikan masalah ini. Try ok !
- Selepas melakukan proses install perisian windows, lakukan proses "backup image" atau melakukan setkan "restore time" . Ini bagi memudahkan proses mengembalikan laptop ke keadaan "fresh install" (keadaan baru install)
- Lakukan instalasi satu per satu.jangan lakukan instalasi terlalu tergopoh-gapah kerana ini akan membuatkan kedudukan sistem file di dalam windows tidak tersusun
- Pastikan instalasi perisian dilakukan dengan mendownload terlebih dahulu perisian daripada internet ke laptop, Ini dapat membantu mengenalpasti perisian itu selamat digunakan atau tidak. Antivirus akan memeriksa keselamatan perisian tersebut.
- Lakukan proses "defragmentation" yang sedia ada di dalam windows atau boleh di muat-turun daripada laman web seperti filehippo.com atau download.com
- Muat-turun perisian antivirus yang boleh diupdate sentiasa dan tidak terlalu berat sehingga mengganggu prestasi laptop.
- Jangan letakkan terlalu banyak icon di paparan desktop laptop
- Jangan mengecilkan space di C: (partition utama,menyimpan sistem windows) pastikan semasa membuat partition pada Hardisk, C: hendaklah lebih besar daripada D:
- Jaga kebersihan laptop, jauhkan daripada tempat yang panas dan berhabuk
- Tambah kekuatan perkakasan dengan menambah RAM atau Hardisk
- Jangan plug-in sebarang kabel yang tidak digunakan seperti kabel Hp atau MP3 atau USB. Ia akan melambatkan proses "load" windows
Selamat Mencuba !
Sila bagi komen sekiranya anda memerlukan penerangan lebih lanjut
No comments:
Post a Comment