Thursday, January 16, 2014

3 PERALATAN TERKINI UNTUK TAHUN 2014...WoW!

Kita sudah melangkah masuk ke dalam tahun2014 . Pelbagai peralatan moden bakal doperkenalkan kepada kita pada tahun ini. Petiktetikus telah menyenaraikan beberapa peralatan terkini yang bakal membuatkan anda kagum. Mulakan simpanan di dalam tabung ayam anda sekarang !

PlayStation 4 (juga dikenali sebagai PS4)

Kita sudah diperkenalkan dengan rekabentuk PS4, sejujurnya saya amat bernafsu untuk memilikinya. Ia merupakan satu produk Sony Computer Entertainment terbaik yang pernah dikeluarkan. Ia telah dilancarkan buat pertama kalinya di America Utara pada 29 November 2013 dan seteruskan ke seluruh benua.


Ia telah meninggalkan penggunaan Cell architecture kepada penggunaan pemproses yang lebih stabil iaitu X86-64 yang memberikan kekuatan pada paparan grafik dan sistem konsol permainan. Tahniah kepada Sony kerana telah memberi tumpuan penuh untuk kepuasan pengguna dengan menambah beberapa fungsi menarik. Antaranya fungsi "share" pada konsol permainan yang membolehkan pemain memaparkan permaian  rakan secara "live streaming"di mana-mana tempat . Bukankah itu menakjubkan?

Selain daripada itu,  fungsi "cloud-game based" yang membolehkan kita bermain game secara online tanpa memerlukan penggunaan dick Blue-ray. Penggunaan PSP Vita untuk memainkan game PS4 secara wireless remote play sudah cukup untuk anda berpuas hati dan puas sebagai seorang GAMERS.

CyberPowerPC's Fang Battle Box

Sudah penat memikirkan bagaimana anda hendak membawa CPU anda kemana sahaja anda berada? masanya telah  tiba untuk saya perkenalkan CyberPowerPC Fang Battle Box!. Pertama kali saya melihatnya saya tidak menjangkakan ia sebuah PC. Ia lebih nampak seperti beg motorsikal.Ia mempunyai pemegang (handle) untuk mudah diangkat. Tetapi jangan tertipu dengan luarannya kerana perkakasan di dalam PC ini berkapasiti tinggi.

Ia diperkuatkan dengan paparan grafik GeForce GTX 780 Ti, bekalan kuasa daripada Corsair CX500, Papan Induk ITX, Penggunaan Corsair all-in-one cooling loop untuk menyejukkan PC ketahap maksimum, RAM 16G , tambahan skill Ram 120GB SSD, 1TB hardisk dan penutupnya ialah penggunaan pemprosesan terkini Intel Core i7 4770K. Apa lagi yang anda mahu?



Razer, Project Christine

Penampilan syarikat Razer sebagai pengeluar perkakasan gamming tidak perlu diperkatakan lagi. Daripada keybord, mouse kepada laptop yang bermutu tinggi dan hebat, Razer membuka satu paradigma baru dengan memperkenalkan Project Christine. Ia merupakan sebuah PC.

Ia telah memperkenalkan produk PC yang berlainan konsep dengan PC sedia ada. Rekabentuknya sahaja sudah cukup membuatkan saya terpukau dan sekali sekala merenung lama untuk mengesahkan ia sebuah PC. Ia dibina sebagai PC Gamming dimana ia menggunakan perkakasan yang berkapasiti tinggi dan termoden sekali di dalam liga PC. Perkakasan PC ini menggunakan konsep Plug-in-Play, bermaksud untuk membuat pertukaran atau pemasangan perkakasan, kita hanya perlu cabut dan pasang sahaja. Ia di sejukkan dengan penggunaan perkakasan  "mineral oil" yang diletakkan di dasar PC dan tekanan daripada valve system menolak cecair ke atas dan megelilingi semua perkakasan. Ini menjamin ia sentiasa sejuk.


Oleh kerana ia lain daripada yang lain, semua perkakasan seperti RAM, paparan grafik, prosessor, blue-ray dan paparan LED perlu di order daripada Razer untuk diupgrade. Agak sukar tetapi yang pastinya sekiranya anda membeli dan pasang dirumah, Kepuasan permainan game boleh anda rasai dan pada masa yang sama anda boleh berlagak dengan rakan-rakan gamers anda. 

No comments:

Post a Comment