Sunday, October 26, 2014

Tips Pemilihan Power Bank...Caranya ?

Suatu ketika dahulu gadget power bank merupakan sesuatu yang agak aneh dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna gadget. Apabila zaman "Nokia" roboh dan pengguna mula beralih arah kepada telefon pintar (smartphone) yang menggunakan aplikasi "Android", "MacOS" dan "BlackBerry", segalanya berubah. Dunia sekali lagi dilanda putaran tsunami teknologi yang membuka ruang kepada penggunaan power bank. Penggunaan kuasa oleh peralatan elektronik pada telefon pintar menyebabkan ia memerlukan satu mekenisma tenaga tambahan agar dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.

Terdapat banyak pilihan power bank di pasaran dan ia memberi kuasa memilih kepada pengguna. Terdapat pelbagai saiz, rekabentuk dan jumlah kuasa yang dibekalkan. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat pilihan yang tepat agar power bank yang kita beli dapat kita gunakan semaksima mungkin

Pada hari ini, Petiktetikus ingin berkongsikan tips pemilihan power bank kepada semua pembaca laman blog ini :


Bentuk

pemilihan bentuk penting kerana ia menentukan bagaimana ia di bawa dan disimpan. biasanya bentuk yang kecil mempunyai kapasiti simpanan kuasa yang rendah dan yang besar mempunyai simpanan kuasa 5 kali ganda. Keselesaan pengguna juga perlu diambil kira kerana ada yang tidak sanggup membawa power bank yang berat di dalam beg bimbit. Terserah kepada anda untuk menentukannya

Warna

Wanita suka mempunyai power bank yang serasi dengan beg dan pakaian harian mereka. Bagi lelaki pula, mereka suka warna yang gelap kerana lebih menarik, Kanak-kanak pula suka yang berwarna terang dan comel. (budak berumur 5 tahun pun sudah ada Hp sendiri). Pilih ikut keselesaan anda (nak pakai lama kan?)

Kapasiti Kuasa (mAh)

Anda perlu mengambil kira kuasa telefon pintar anda, dan beli power bank yang mempunyai kuasa lebih besar. Pemilihan power bank berkuasa lebih rendah, menyebabkan ia tidak dapat mengecas penuh telefon pintar anda (sedih bila hanya separuh bar dapat di cas)


Jenama

Saya menekankan jenama amat penting. Bukan kerana berlagak, tetapi untuk memastikan ia mempunyai warrenty dan tidak menyusahkan kita untuk membuat tukaran sekiranya berlaku kerosakan. Jenama yang kurang di dengar bukan tidak bagus, cuma "kehebatan" dan "ketahanan" masih diragui. (beli pun tak salah, kongsikan hasilnya bersama rakan-rakan tau)

Bateri

Kebanyakan power bank di pasaran ada yang "clone". Bentuk dan jenama sama, tetapi kebolehan mengecas berbeza. Kenapa?. Penggunaan bateri adalah jawapannya. Mereka menggantikan bateri asal dengan bateri yang tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengelakkannya?, Belilah di kedai komputer besar seperti ALL IT, Thunder Match, Cycom dan seangkatan dengannya.

Lampu

Saya mencadangkan pembelian power bank yang mempunyai 'indicator' berbentuk lampu daripada paparan nombor. Kita lebih mudah mengetahui paras tenaga yang tinggal atau cas penuh oleh power bank, Ia nampak lebih menarik dilihat pada waktu malam dan ada antara power bank ini di datangkan dengan lampu. Sesuai digunakan untuk mencari kunci di dalam dompet anda yang besar semasa gelap.

USB

Telefon pintar yang berbeza mempunyai slot yang berbeza saiznya. Pastikan power bank anda mempunyai kabel yang boleh anda gunakan.  Pembelian power bank yang mempunyai pelbagai kabel haruslah menjadi pilihan anda ( mungkin anda mempunyai lebih dari 1 telefon pintar dan berbeza jenama)

Harga

Pilihan yang terakhir dan terpenting. Beli power bank mengikut kemampuan anda. Tidak perlu beli yang terlampau mahal. Anda hanya perlu membeli power bank yang dapat cas penuh telefon pintar anda. Tidak perlu memikirkan untuk cas 2-3 kali kerana fungsi power bank asalnya untuk memastikan telefon anda tidak padam dan anda boleh gunakan ketika berlaku kecemasan.


Harap tips ini dapat membantu anda. Cubalah !



Saturday, October 25, 2014

Laptop Hybrid Touch-Screen Terbaik, Seluk Poket Dan Beli !


Petiktetikus telah menerima banyak pertanyaan berkenaan pilihan laptop hybrid yang sesuai dan terbaik untuk di miliki. Kebanyakan pengguna ini merupakan pelajar, guru, pekerja pejabat, peniaga produk, agen-agen jualan dan pekerja perhotelan. 

Laptop model ini menjadi pilihan kerana ia mudah digunakan sebagai tablet dan laptop pada satu-satu masa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melakukan pelbagai jenis tugas seperti menaip, melihat video dan membuat penerangan (presentation) kepada pelanggan. Dengan saiz yang kecil dan mudah di bawa kemana-mana, tidak hairanlah ramai berminat untuk memiliknya.

Dengan rasa berbesar hati, saya telah memilih 3 produk yang dirasakan seimbang dari segi harga dan kualiti. Semoga persoalan anda terjawab dan anda dapat menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab dan efisyen.


Acer Aspire Switch 10




Model acer ini saya telah kupaskan di dalam post saya sebelum ini, anda boleh lawati link ini :

http://petiktetikus.blogspot.com/2014/10/produk-acer-yang-gempak-aspire-r.html

Model ini di datangkan dengan windows 8.1, 2GB RAM dan 500 GB storage

untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ACER : TEKAN

Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :

RM 1700.00 (COD)


Asus T100 TA



Model ini mempunyai tujahan kuasa yang mantap kerana digerakkan dengan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage

untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN


Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :

RM 1700.00 (COD)


Asus T200 TA


Berbeza dengan model "abang" sebelumnya, model ini telah ditambah baik dari segi grafik kerana ia mempunyai keupayaan paparan HD, rekabentuk yang lebih nipis dan besar . Ia  mempunyai keupayaan enjin prosessor Intel Atom Quad Core, Windows 8.1, 2GB Ram, 32+500 GB storage

untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi ASUS :TEKAN

Jika berminat boleh membuat tempahan di talian 019-2012711 :

RM 1800.00 (COD)

Makin Maju Teknologi....Menakjubkan!



Sedarkah kita, teknologi semakin berkembang dan ia pastinya menjadikan hidup kita lebih mudah. Saban tahun pelbagai rekabentuk baru dicipta yang pada pandangan Petiktetikus, menarik, bijak dan menakjubkan !. Petiktetikus ingin berkongsikan beberapa teknologi akan datang yang pastinya membuatkan para pembaca turut teruja dengan kemampuan perkakasan gadget ini. Selamat menonton


HANYA JARI

PEMBANTU RUMAH

SENTUHAN MAYA+FIZIKAL

 ANTI - LANGGAR LARI

NO-REMOTE

SKATE BOARD?

Produk Acer Yang Gempak ! Aspire R Convertibles, Aspire Switch 2-in-1


Tidak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Ia telah mendominasi penjualan laptop di Malaysia sejak dahulu lagi. Laptop yang dijual antara yang "mampu" dibeli kerana harganya yang murah. Siapa lagi kalau bukan ACER !

Pada tahun 2014 ini, Acer telah mengeluarkan beberapa produk yang menarik yang mempunyai harga yang menarik tanpa "mengorbankan" kualiti produk mereka. Antara produk terhangat tahun ini ialah Laptop Aspire R Series Convertable  dan PC Aspire Switch Series 2 in 1 hybrid, . Sungguh sibuk kilang Acer kali ini.


Laptop Aspire R Series convertable di datangkan dengan model bersaiz 13" dan 14". Laptop R 13 menawarkan sesendi "Acer Ezel Aero" yang membenarkan skrin dapat diputarkan 12 jenis cara. Menarik bukan?. Manakala Laptop R 14" boleh diputarkaan 360 darjah. (Jangan terkehel tengkuk pengguna sudahler).

Selain draipada itu, R 13" berpaparan "touchscreen " yang mampu menampung imej 2560x1440 atau Full HD, prosessor i5 atau i7, SSD 1 TB dan 8GB RAM.Selain draipada itu, R 14' mempunyai paparan grafik yang mampu menampung imej 1366x768 atau Full HD, prosessor i3, i5 atau i7, SSD 1 TB dan 12GB RAM. Ia juga turut diperkuatkan dengan grafik card Nvidia GeForce 820M


Bagi yang meminati laptop hybrid, model terbaru daripada Acer ini iaitu Aspire Switch 11 dan 10 yang menggabungkan keupayaan laptop dengan tablet pasti menjadi pilihan anda. Di datangkan dengan 11.6 inch dan 10.1 inch skrin. Produk 11.6' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1080p, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0.


Manakala 10.1' ini mempunyai kekuatan grafik Full HD 1920x1200 atau 1280x800, HD webcam, prosessor i5 generasi ke-5, 4 GB RAM, 128 GB SSD, port usb 3.0 dan 2.0. Kaca skrin tahan lasak kerana menggunakan "Corning Gorilla Glass3". model ini telah tersedia ruang storan 32GB dan 64GB, 2 GB RAM dan mempunyai saiz berketebalan 8.9mm dalam mode tablet, manakala 20.2mm sekiranya dengan keyboard.

Acer Aspire Switch 11

Satu usaha yang bagus daripada ACER untuk kembali bersaing di dalam pasaran laptop hybrid. Apa tunggu lagi? kasi korek tabung dan beli !