Wednesday, June 5, 2013

GPS Terkini Untuk Anda...Jangan Tersesat Lagi !


Seperti biasa, setiap minggu kita pasti mendapat undangan perkahwinan daripada rakan-rakan dan saudara mara. Kebiasannya kita pasti ke majlis tersebut dengan berpandukan kepada kad undangan. Seperti saya, lokasi majlis itu amat mengelirukan dan kadang kala tersesat. Sudah pastinya GPS akan memudahkan perjalanan anda. Tidak kira anda dimana, anda sudah tidak perlu berpusing-pusing mencari lokasi tujuan anda.

Oleh itu, Petiktetikus ingin berkongsi bersama anda model GPS terkini yang mungkin menarik minat anda untuk membelinya.

Garmin nüvi 2350LMT

Harga : RM 450 (Anggaran Petiktetikus)
The 4.3-inch Garmin nüvi 2350LMT merupakan yang terbaru daripada Garmin yang telah ditambah baik. Ia mempunyai arahan suara yang kelas, memaparkan kedudukan yang tepat dan menunjukkan keadaan trafik semasa.


Garmin nüvi 3590LMT

Harga : RM 830 (Anggaran Petiktetikus)Mempunyai paparan 5 inci . Memaparkan lokasi tepat dan paparan grafik lebih jelas. Kadar proses lokasi lebih pantas.



Harga : RM 530 (Anggaran Petiktetikus)
The TomTom VIA 1605TM merupakan gadget GPS budget yang mampu dimiliki. Mempunyai paparan 6 inci dan bentuk fizikal yang tahan lasak dan paparan grafik yang mudah difahami.


TomTom GO 2535 M LIVE

Harga : RM 670 (Anggaran Petiktetikus) 

Agak mahal sedikit. Tetapi ia mempunyai sambungan le laman web dimana ia mampu mengarahkan anda menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan jalan yang sesak.


Semoga ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk membeli GPS anda sendiri. Sudah pasti sekiranya anda ke kedai, anda akan ditawarkan dengan harga yang lebih murah bersama beberapa promosi dan "free gift". Good Luck

No comments:

Post a Comment